CHAPTER 160 : WE WILL FIGHT,TOGETHER

889 82 12
                                    


Fuiyooo first time buat chapter panjang macam ni,ini memang mengujakan


Ikhwan berdiri di atas balkoni biliknya,dia memandang ke arah laut. Angin meniup dingin dan mengalunkan rambut berkibas,Alisa yang baru masuk ke dalam bilik menyedari perkara itu. Apa yang suaminya fikirkan ketika itu,dia hanya berjalan dan memegang bahu Ikhwan.

"Hey.. Bagaimana Harriq dan Qalesya?" soal Ikhwan.

"Mereka temankan bonda.." ujar Alisa tersenyum.

Ikhwan hanya mengangguk faham kemudian kembali termenung,Alisa menghela nafas pendek melihat sikap suaminya ketika itu. Dia teringatkan semula ketika mereka 'disapa' oleh seseorang,malah Z mengenali individu tersebut.

"Hello pewaris Iskandar..." sapa orang itu dengan tenang.

Ikhwan merenungnya dan merasai kuasa yang amat kuat,Z menghampiri mereka dan Alisa hanya mendiamkan diri.

"Siapa kau?" soal Ikhwan.

"Aku bukan sesiapa.. Cuma banduan dalam penjara abadi.." jelas orang itu dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Apa yang kau nak?" soal Ikhwan.

"Cuma ucap tahniah kerana selamatkan dunia dari hancur..." ujar orang itu dan Ikhwan tahu ia adalah sarcasm.

"Ouh.. Patut aku ucap terima kasih..." balas Ikhwan.

"Hehehe... Kau angkuh Ikhwan Syah.. Kau bukan tandingan aku..." orang misteri itu berkata yakin.

"Menarik.. Rasanya yang angkuh adalah kau,Maybus Apocalypse..." ujar Ikhwan dan semua terkejut,Z hanya mendiamkan diri.

"Kau kenal aku?" soal orang itu dikenali Maybus.

"Sudah tentu,kau adalah orang yang menyibuk semasa kekalahan Marvus.." jelas Ikhwan lagi.

"Aku kagum..." ujar Maybus.

"Tiada apa yang hebat... Nama kau ada tercatit dalam sejarah sebagai pemusnah alam semesta.." jawab Z dan Maybus tergelak.

"Hahaha.. Z.. Kau semakin kuat.. Nampaknya kau masih menjalani latihan yang aku beri?" soal suara itu.

"Diam pengkhianat... Duduk diam - diam dalam penjara tu..sahaja.." ujar Z dengan muka serius.

"Kau masih menyebelahi manusia Zane,aku kecewa dengan kau.." ujar Maybus.

"Kau benci manusia,tiada kena-mengena dengan aku.." Z mempertahankan idealism dia.

"Hehe.. Bergembiralah.. Lambat laun aku pasti akan bebas..." ujar Maybus.

"Jangan mimpi Maybus..." kata Z pula.

"Kau fikir penjara ini mampu menghalang aku selamanya?" soal Maybus.

"Selagi aku bernafas..." jelas Z dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.

Sebaik sahaja Z berkata sedemikian,bayang hitam itu terus lenyap dan tidak dapat dikesan.

**************************

"Abang masih fikirkan hal seminggu lepas? Mengenai orang dipanggil Maybus..?" soal Alisa.

"Lebih-lebih lagi Z... Cara perbualan dia dan Maybus,macam mengatakan dia bukan manusia..." ujar Ikhwan.

"Kenapa abang tak tanya sahaja dia sendiri?" soal Alisa.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu