CHAPTER 63 : MOCK BATTLE? OR...

854 78 1
                                    

Alif dan Luqman berpandangan dengan renungan yang serius,Aurora dan Aila hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Alif memegang tongkat dengan erat,Luqman pula bersiap-sedia dengan pedang miliknya.

Tiupan angin lembut di tengah-tengah gelanggang sambil diperhatikan oleh Azryan,dia sekarang tertanya ke mana Raisyah pergi. Kenapa dia pergi macam itu sahaja? Tanpa memberi penjelasan yang jelas?

"Sedia monyet?" soal Luqman.

"Selepas kau muka jahat..." jawab Alif dan Luqman tersengih sebaik mendengar kata-kata Alif.

Alif terus bergerak pantas di sebelah Luqman,dia segera menghayunkan tongkatnya tanpa banyak soal. Luqman menahan dengan pedangnya,namun menyedari tindakan Alif bukan hanya ingin memukulnya sahaja.

PRAAAKK!!

Luqman tercampak ke belakang dan terseret jauh sebaik mendarat,dia segera mencacakkan bilah pedangnya untuk menghentikan dirinya dari terus terseret. Alif terus meluru ke arah Luqman dengan pantas,dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melibas tongkatnya.

Namun Luqman tersengih licik dan terus lenyap daripada pandangan matanya,Alif tersentak begitu juga Aurora dan Aila sekadar menghela nafas pendek. Alif memandang kiri dan kanan mencari di mana Luqman,dia terus mendongak ke atas dan terkejut kerana Luqman menyerang dari menjunam ke bawah ke arahnya.

TANG!!

KRAAKKK!!

KRASSHH!!

Alif menahan segera dan sebaik lagaan senjata mereka berlaku,rekahan dahsyat pada tempat Alif berpijak dan Aurora tergamam dengan serangan yang dilakukan oleh Luqman. Alif tidak mahu mengalah dengan segera,dia menghentak tanah dan terhasil tiang yang sebesar pemeluk menyerang Luqman.

"PILLAR ATTACK!!"

Luqman mendecih dan terus lesap dari pandangan lalu mendarat jauh sedikit di hadapan Alif,mereka berpandangan kemudian tersengih kerana masing-masing boleh tahan skill. Tiang yang dihasilkan dari tanah oleh Alif,lenyap kembali menjadi tanah.

"Nice defensive.." ujar Luqman memuji.

"Heh,you're not bad too....." balas Alif.

"Shall we continue?"

"Sure,I'm still warm-up.."

Alif dan Luqman kembali berbalas lagaan senjata dengan gerakan yang amat pantas,Aurora hanya menyaksikan dengan penuh teruja manakala Aila sekadar tersenyum kelat sambil memegang sebelah pipinya.

TANG!

TANG!!

KRAANG..!!!

"Mereka nak berlawan sampai bila?" soal Azryan sendirian.

"Dari tak ada buat apa.." ujar Ikhwan menyapa berjalan menghampiri Azryan yang menoleh ke arahnya.

"Tuan putera..." Azryan sedikit terkejut.

"Alif mempunyai pengalaman berlawan dengan ramai orang di seluruh dunia bukan?" soal Ikhwan memerhatikan perlawanan itu dari jauh.

"Rasanya? Sebab saya baru sahaja sertai dia 5 tahun yang lalu..." jelas Azryan memandang ke arah perlawanan tersebut.

Ikhwan hanya menoleh ke arah Azryan,dia sedar air muka Azryan tidak menunjukkan dia fokus pada perlawanan itu. Luqman mengaruskan aliran kilat pada bilah pedangnya,lalu dia melibas pedang dan menghasilkan tembakan gelombang hayunan menegak ke arah Alif.

Alif pula memusingkan tongkatnya beberapa kali ke atas umpama pusingan kipas helikopter,sebelum dia menghentak ke tanah dan turut menghasilkan gelombang hayunan kemudian bertembung serangan Luqman.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now