CHAPTER 117 : NAO AL'SOLLEH

686 96 7
                                    


Rollant menjerit kesakitan kerana tangannya putus,dia tidak sedar bila masa perempuan itu melakukannya?

Nafas Rollant naik turun,dia mula berpeluh dengan kuat. Nao memusingkan pedang miliknya dan tersenyum,Ikhwan hanya memerhatikan sahaja dari dalam kapal.

Aminudden dan Luqman masih dirawat,dia memerhatikan keadaan anak saudaranya. Ikhwan menghela nafas pendek,dia hanya perlu serahkan hal ini pada Nao.

Rollant mengambil nafas dan mengatur kuasa dalamannya,lukanya mula berhenti pendarahannya. Nao terkejut dan kagum manakala Rollant,merenung Nao tajam dan terus melepaskan aura kuasanya.

"Kau berani mencabar aku?!!" Rollant menjerit dan terus meluru ke arah Nao.

Tetakan pedang bertembung dengan kuat dan angin kencang bertiup,akibat lagaan dua senjata mereka dan Rollant merenung Nao dengan pandangan mata tajam. Nao pula tiada reaksi,tetapi Nao tidak menunjukkan sebarang tanda dia tergugat.

"Kau ingat dengan putuskan tangan,dapat tewaskan aku dengan mudah?!!" Rollant menolak Nao ke belakang.

"Abang!" Iris muncul dan mendarat di sebelah Ikhwan.

"Iris.." ujar Ikhwan menoleh ke arah adiknya.

Iris memeriksa keadaan Luqman dan Aminudden,kecederaan mereka semakin pulih sedikit demi sedikit. Para healer memberikan yang terbaik,tetapi mereka terasa pelik dan Ikhwan sedar akan reaksi mereka.

"Putera,puteri bongsu..." ujar salah satu ahli medic,mungkin ketua mereka.

"Ada masalah?" soal Ikhwan.

"Mereka perlu dibawa jumpa healer yang lebih pakar... Kecederaan mereka amat dalam.. Kami hanya mampu hentikan pendarahan.. Selebihnya,perlukan pakar.." jelas ketua medic itu,Ikhwan menyedari kehadiran seseorang.

"Tidak perlu rasanya... Pakar yang dimaksudkan oleh kamu dah tiba.." jelas Ikhwan dan Alia muncul mendarat di hadapan mereka.

"Uncle.." ujar Alia.

Ikhwan sekadar memandang Alia,gadis berambut merah itu hanya memerhatikan keadaan suami dan abang iparnya. Dia hanya menghela nafas,kemudian Alia terus melangkah ke arah mereka berdua.

"Siapa ketua?" soal Alia.

"Saya.." ujar ketua medic mengangkat tangan.

"Bawa mereka berdua ke bilik kecemasan! Kita akan lakukan pembedahan!" ujar Alia dengan tegas.

"B-BAIK!!"

Alia mengetuai kumpulan ahli medic,masuk ke dalam kapal lalu ke bilik kecemasan. Alia menyarung tangan dengan sarung tangan getah,yang biasa digunakan untuk pembedahan.

"Baiklah... Kita akan mulakan sekarang..." ujar Alia.

KRAANG!!!

Rollant cuba mengasak Nao dengan serangan dia yang liar,namun Nao berjaya menangkis dengan kemas. Libasan pedang menegak dan dilepaskan hayunan kuasa kegelapan,Nao hanya memusingkan pedangnya dan terus menghancurkan serangan Rollant dengan mudah. Rollant terkejut dengan tindakan Nao,manakala wanita blonde itu menarik pedang ke belakang.

"Now it's my turn!" Nao menumpukan kuasa dan dilepaskan pada pedangnya.

Nao terus menghayunkan pedangnya,dia melepaskan hayunan gelombang yang amat besar sekali. Rollant merenung serangan tersebut,sebelum menahan dengan pedangnya.

"Apa?! Dia tahan dengan pedang macam tu je?" soal Iris terkejut dan Ikhwan hanya mendiamkan diri.

Rollant menahan dengan sedaya-upaya,dia tidak mahu mengaku kalah dengan seorang perempuan. Ini maruah dia dan kuasa kegelapan Rollant semakin membuak-buak,lalu Rollant menjerit seiring kuasanya meletus.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now