CHAPTER 159 : DRAGON KING JUDGEMENT

743 88 19
                                    


Satu battalion askar gelap musuh mara,Alisa mendepakan kedua-dua tangannya ke hadapan. Ribuan dibekukan kemudian Nao muncul terbang,hancurkan statue ais itu semua. Iris pula muncul seperti ski di atas ais,seiring bersama Luna dan membekukan musuh.

Zeo mengepalkan penumbuknya dan api emas yang marak,membara di tangannya dan membakar puluhan askar gelap musuh. Qatariz muncul dan merempuh musuh,api merah darah mencairkan zirah askar gelap. Mirana pula dengan sebelah matanya,berwarna emas bersinar dan mencakar membelah musuh.

Nabill dalam bentuk zirah dengan meriam yang besar,meleburkan musuh tanpa teragak-agak. Hisyam mengepalkan penumbuknya lalu dihayunkan,sehingga kepala askar gelap hancur zirahnya.

Niezam dengan alat yang lengkap diletakkan racun,menyerang pantas askar yang ada dan tidak lama. Tubuh askar gelap yang ada mengelembung,lalu meletup bagaikan belon.

"Oi tak ada cara lain ke? Jijik la!!" Hisyam menjerit.

Jane menarik laras senapang,kemudian menembak beberapa askar gelap musuh yang ingin menyerangnya. Jamel muncul mendarat kasar sehingga askar gelap itu semua melambung,Azlee pula muncul dan sekelip mata mendarat dengan membelah musuh.

Zharief menukarkan senapang menjadi senjata laser,lalu mengukir lubang pada askar gelap yang mara. Aizat pula berdiri tenang sambil tangan,diseluk ke dalam kocek seluar. Ratusan askar gelap menyerang ke arahnya,belakang askar bulatan seperti kocakan air terhasil di udara.

"Gate of Babylonia..."

Tusukan ribuan senjata terbang menikam ratusan musuh,Aizat tergelak jahat dan meneruskan serangan. Aila dan Alia membantu suami mereka,Luqman memetik jari dan panahan kilat dari langit merenjat puluhan askar. Aminudden pula mengangkat tangan ke udara,ribuan pedang terapung di udara.

"Ten Thousand Streamm!!!"

Pedang-pedang yang beribuan jumlahnya terbang menghancurkan musuh,Luqman menghayunkan tangan dengan kilat lalu musuh hangus begitu sahaja. Fasha menarik pedangnya yang sudah berubah menjadi cemeti,membelah musuh yang ingin menyerang ke arahnya.

Seseorang berjalan dengan tenang,sambil tangannya memegang pedang katana. Ratusan askar gelap yang menunggang meluru ke arah Farhan,tetapi Farhan hanya tenang dan memegang erat hulu pemegang pedang. Lantas sekelip mata juga ratusan askar gelap musuh,terbelah begitu sahaja dan Farhan kembali menyarung semula pedangnya.

Seluruh tempat bagaikan dipotong dimensi kemudian kembali normal,Farhan sedar Fara membantu Alisa. Tidak lama selepas itu,raksasa gergasi muncul dan menyerang kesatria Mentari. Khaizo pula muncul dan menghancurkan raksasa gergasi,Farhan tersenyum sahaja dan berlari meluru ke arah Khaizo.

"Khaizo!! Lend me a hand!" Farhan memekik sambil berlari laju,Khaizo memandang ke arah Farhan kemudian tersengih faham.

"Coming right up!!" Khaizo memegang tukulnya,lalu menghentak lutut gergasi itu lalu makhluk yang dua kali ganda besarnya dari gajah mula tumbang.

Farhan berlari lalu melompat meluru ke arah makhluk gergasi itu,lantas pedang ditarik dan sekilas mata memandang. Makhluk gergasi itu terbelah seribu,lalu hancur bagaikan debu. Farhan mendarat di sebelah Khaizo,mereka berdua berbalas sengihan dan menyeru meriam naga pada tangan kiri masing-masing.

"TWIN DRAG-CANNON!!"

BOOMM!!!

BOOMM..!!!!

Askar kegelapan yang mara musnah dek tembakan meriam naga,tembakan yang umpama meriam kereta kebal. Qatariz melayang ke arah mereka berada,Farhan dan Khaizo menyedari kehadiran dia.

Qatariz menjunam dengan pendaratan yang kasar,maka askar gelap yang ada di situ melambung tinggi. Api merah menyelubungi tubuhnya,kedua-dua tangan dikepalkan menjadi penumbuk dan meletuskan kuasa.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now