CHAPTER 65 : I'M A WARRIOR!!

863 78 2
                                    


Raisyah berhadapan dengan Dark Knight,pahlawan berzirah dengan serigala berperisai juga. Renungan mata Dark Knight yang bersinar itu,membuatkan semua pahlawan Hawk tidak mampu mara. Auranya sahaja boleh buatkan orang sesak nafas,Ikhwan turut menyedarinya dan memandang ke arah yang dia rasai kuasa itu.

"Kenapa uncle?" soal Luqman.

"Kau dapat rasa bukan?" soal Ikhwan pula dan Luqman memejamkan matanya,kemudian dia buka semula kelopak matanya.

"Kuasa apa ni? Kuatnya..." ujar Luqman risau.

"Makhluk seruan,dipanggil pahlawan kegelapan.." jelas Ikhwan.

"Jadi uncle takkan kita cuma duduk di sini sahaja?" soal Luqman.

"Jangan risau,ada bantuan menuju ke sana.." jelas Ikhwan.

Luqman kehairanan tidak dapat mengagak apa yang dikatakan oleh Ikhwan,pada masa yang sama Raisyah terpelanting jauh kemudian terseret. Dark Knight pula hanya tenang,memegang pedangnya tanpa bergerak seinci pun. Raisyah terus meluru ke arahnya,lalu menghayunkan pedangnya.

TANG!

KRAANG!!

TANG!!!

Alif hanya menyaksikan keadaan itu,jelas Raisyah dalam keadaan baju perisai tidak mampu melawan Dark Knight. Serangan daripada Raisyah langsung tidak menunjukkan kesan,mata Dark Knight mula bersinar dan Raisyah sedar dia patut jarakkan dirinya.

Dark Knight bergerak pantas sekelip mata berada di hadapan Raisyah,Alif tergamam dan Raisyah ditumbuk sehingga terpelanting jauh merempuh pokok besar. Skuad arahannya memberi bantuan namun sia-sia sahaja,Raisyah tidak mengalah dengan begitu mudah.

"WOOOO....!!!" Raisyah bangkit dan meluru laju ke arah Dark Knight.

KTANG!!

"DIE YOU DEMON!!" Jerkah Raisyah sekuat hati dan Alif merasakan sesuatu,bagaikan Raisyah ada kisah silam yang meninggalkan kesan dalam dirinya.

"Raisyah...." ujar Alif mengepalkan penumbuknya sekuat hati.

Senjata Raisyah yang besar itu berlaga dengan pedang hitam Dark Knigt,Raisyah mampu menyaingi kekuatan Dark Knight nampaknya. Semua anak buahnya memberi sokongan,namun Alif terasa sesuatu tidak kena dan mata Dark Knight bersinar sekali lagi.

"Bahaya!!"

"GROOAAARRR...!!!!" Jeritan dari Dark Knight seiring melibas serangan,mengejutkan Raisyah sebelum menahan libasan tersebut.

DUUUSSH!!

Dark Knight menghayunkan penumbuk,tepat mengenai perut Raisyah yang dilapik perisai keras. Raisyah tercampak jauh merempuh batu besar berhampiran,Raisyah mengerang kesakitan biarpun berpakaian zirah tetapi tumbukan Dark Knight itu menembusi zirahnya.

Raisyah tidak mampu bangun dan melutut,kakinya terketar-ketar untuk bangun dan Dark Knight menjerit seiring menghasilkan cahaya gelap di hadapan mukanya. Aura yang kuat terhasil dan daya menakutkan itu membuatkan para skuadnya,tidak mampu bergerak dan menggigil kesemuanya.

"Adakah aku akan mati dengan cara ini?" soal Raisyah dengan penuh kekesalan.

Tembakan sinar gelap dilepaskan ke arah Raisyah,dia hanya menggigit bawah bibir dan teringat masa silamnya. Keluarganya dia dibunuh oleh manusia yang menggunakan kuasa kegelapan,dia dibiarkan hidup dengan ketakutan sebelum diambil sebagai anak angkat oleh seorang panglima negara Hawk. Namun panglima itu tidak hidup lama,selepas membesarkan Raisyah dia di hantar melakukan misi. Tetapi panglima itu mati dibunuh oleh orangnya sendiri,dikawal kuasa kegelapan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now