CHAPTER 137 : MERLIN SECRET PLAN?

558 78 4
                                    


Aminudden dan Nazryn hanya memerhatikan Merlin hilang daripada pandangan,Aminudden mencacakkan pedangnya dan bangun dengan sedaya-upaya. Nafas termengah-mengah dan dihembuskan,telefon dikeluarkan sambil mendail nombor seseorang.

"Kau nak call siapa?" soal Nazryn.

"Kau rasa siapa lagi?" kata Aminudden menjeling ke arahnya.

Ikhwan yang duduk menemani dua orang anak saudaranya,berehat diganggu oleh bunyi nada dering panggilan telefon pintar.

Aminudden incoming call...

"Hello..."

"UNCLE!! KECEMASAN!!"

Ikhwan menjauhkan telefonnya,sebaik suara Aminudden menjerit kedengaran sehinggakan Luqman dan Zareena turut terdengar. Farhan hanya mendiamkan diri tapi anak matanya,juga menunjukkan dia turut terkejut.

"Boleh slow tak? Aku tak pekak..." ujar Ikhwan merapatkan telefonnya pada telinga.

"Kami bertembung dengan Merlin!" ujar Aminudden dan Ikhwan terus bangun.

"Kamu berdua selamat? Tiada apa-apa yang berlaku?" soal Ikhwan.

"Kami okay,tapi mereka dapat bola orb tu dan... Sesuatu yang pelik berlaku.." Aminudden berkata sambil menjeling ke arah Nazryn.

"Sesuatu yang pelik? Macam apa?" soal Ikhwan.

"Saya berjaya tumpaskan salah satu rakan mereka... Tapi Merlin datang dan jadikan rakan dia,anak patung kayu..." jelas Aminudden lagi dan Ikhwan mendiamkan diri.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,Farhan tidak tahu kenapa Ikhwan begitu risau. Ikhwan teringat ketika dia membaca satu dokumen fail lama,mengenai perkara yang dikatakan oleh Aminudden sebentar tadi.

"Takkanlah dia..." ujar Ikhwan sendirian.

"Uncle?" soal Aminudden.

"Tiada apa-apa.. Aminudden kamu datang jumpa uncle..." jelas Ikhwan memberi arahan.

"Baik uncle.." ujar Aminudden mematikan talian.

"Jadi bagaimana?" soal Nazryn.

"Kita jumpa uncle aku terlebih dahulu..." jelas Aminudden.

Mereka terus melompat pergi dari situ,Aminudden teringat semula perkara tadi dan merasakan tidak kena dengan tindakan Merlin.

"Aku dengar adik kau dengan Siddiq?" soal Aminudden.

"Siddiq kan dah kahwin... Agak-agak la.." kata Nazryn mengerutkan dahi.

"Maksud aku sekarang tengah jalani misi dengan Siddiq la..." jelas Aminudden lagi.

"Ah.. Cakap la awal-awal..." kata Nazryn.

Siddiq berdiri di satu tempat,dia berada di kawasan hutan belantara. Memandang kiri dan ke kanan,hanya bersendirian kerana terpisah dengan Aqirah. Ikhwan meminta dia mencari orb yang dimaksudkan,orb yang mewakili roh raksasa malapetaka.

"Semua tempat sama je.. Mana aku nak cari ni?" soal Siddiq sendirian menggaru kepala.

Siddiq berjalan ke hadapan,alat yang direka mengesan orb itu dipegang. Namun tiada tindak balas menunjukkan orb itu berada,keluhan dilepaskan kemudian meneruskan langkah.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें