CHAPTER 100 : ALISA INTERFERE

757 87 15
                                    


Luqman mendarat di hadapan kawah hasil serangannya tadi,Rowan dalam keadaan seperti hangus. Masih lagi bernafas namun keadaannya kritikal,Luqman hanya perlu melakukan satu lagi serangan normal sudah cukup untuk tamatkan nyawanya.

"A-aku tak boleh terima semua ni..ha ha.." Rowan berkata dengan menahan sakit.

Luqman tidak berkata apa-apa,dia kemudian melompat dan mendarat di sebelah Rowan. Mereka berbalas renungan namun Luqman hanya menghela nafas pendek,Rowan pula merenungnya dengan tidak puas hati.

"Kau sudah kalah..." ujar Luqman.

"Kau datang nak lakukan pukulan terakhir..? Lakukannya!" kata Rowan dan Luqman memandangnya dengan air muka simpati.

Luqman tidak berkata apa-apa lagi,lalu dia terus berpaling kemudian melangkah pergi dari situ. Rowan terkejut dengan tindakan Luqman,dia mengetap gigi dengan kemarahan yang meluat-luap.

"Kenapa kau tak hapuskan aku!!?" soal Rowan membentak dan Luqman berhenti dari melangkah,dia menoleh ke arahnya.

"Kau tidak berbaloi untuk dibunuh..." kata Luqman dengan dingin,lalu terus hilang dari pandangan.

Rowan hilang kata-kata dan dia mengetap gigi,lantas dia menjerit sekuat hati serta ditemani bunyi tembakan. Mariana terseret ke belakang lalu mencacakkan pedangnya ke tanah,mengelakkan dari terus menyeret jauh. Erica pula meluru ke arahnya tanpa memberi amaran,Mariana menahan tetakan kapaknya.

KRAANG!!

KTANG!!

ZTANG!

Mereka bertarung dengan deras,tanpa fikirkan keadaan sekeliling. Farhan,Fara dan Hafez hanya menjadi penonton. Hafez yang memerhatikan Erica,menghela nafas pendek kemudian meneguk air botol. Tidak lama lama selepas itu,Luqman dan Aminudden muncul sekelip mata di belakang Farhan.

"Korang... Mana pergi?" soal Farhan.

"Belasah orang jahat.." jawab Luqman.

"Bakar musuh?" balas Aminudden pula.

Farhan menekup dahinya dan kepala digelengkan,Fara menyentuh bahu suami dia untuk menenangkannya. Hafez yang berdiri selamba baru disedari oleh Luqman dan Aminudden,Hafez hanya mengangkat kepala tanda sapaan.

Erica dan Mariana kekal bertarung tanpa henti,malah tiada tanda-tanda perlawanan itu bakal tamat. Impak lagaan senjata begitu deras,seseorang berjalan ke arah perlawanan mereka.

"Ada orang la.." ujar Luqman dan Farhan memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Luqman.

"Alisa?" soal Farhan dan Fara terkejut. Aila dan Alia serta Hikari muncul,mendarat di bangunan tersebut.

"Aila...?" soal Luqman terkejut.

"Alia! Hikari!" Aminudden tersenyum girang apabila kedua-dua isterinya muncul.

Erica dan Mariana masih bertempur tanpa fikirkan keadaan sekeliling,orang yang berjalan ke arah mereka menghasilkan aura dingin pada tangannya sebelum terus dihembuskan ke arah di mana berlakunya pertempuran.

ZRASHH!!!

Ais membeku menyerang mereka,namun sempat Erica dan Mariana berundur. Farhan hanya menghela nafas pendek,Fara pula tersenyum kelat dan dentuman kuat terhasil. Ikhwan yang berada di tempat lain tersengih,dia menyedari kehadiran permaisurinya.

Ais yang membeku di antara Erica dan Mariana terhasil bagaikan dinding lutsinar transparen,Erica menghembus nafas berwap sambil mengetuk dinding ais itu berulang-kali sebelum menoleh ke arah si pelaku kemudian dia menghela nafas tersenyum kelat.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt