CHAPTER 104 : OZMANDIYAS's RAGE

685 70 16
                                    


Satu penempatan bandar yang tenang dan beberapa orang anak muda berkumpul,mereka berada di sebuah kafe dan bergelak ketawa. Salah seorang berambut perak,tersenyum sambil ketawa kecil menyertai mereka.

Ozmandiyas berusia 20-an tersenyum girang,mereka hanyalah kumpulan peronda muda mengawasi kawasan bandar. Para penduduk menyenangi kehadiran mereka,malah memberi kerjasama.

Ozmandiyas merupakan ketua kumpulan peronda tersebut,dia menoleh ke arah gadis bersebelahannya. Noir Campbell membalas senyumannya,rakan sekerja mereka yang lain mengusik mereka berdua.

Penjenayah yang membuat kacau,mereka berjaya mengusir seorang demi seorang keluar dari bandar itu.

Ozmandiyas merupakan pencinta keamanan,dia tidak mahu orang menderita kerana sikap mementingkan diri orang lain. Kerana sikapnya itu menjadikan Noir menghormatinya,malah mencintainya.

Tetapi...

Bandar tersebut begitu aman,tetapi satu hari mereka diganggu oleh kehadiran seorang keluarga kerabat atasan. Mengenakan cukai yang tinggi,sesuka hati menaikkan harga barang jualan.

Ozmandiyas hanyalah anak muda biasa dan mereka dibelasah kerana memihak pada rakyat,apa yang paling teruk kanak-kanak turut menjadi mangsa.

Anak gadis dijadikan bahan pemuas nafsu dan berkhidmat sebagai hamba nafsu mereka seumur hidup,Ozmandiyas kesal kerana tidak mampu memberikan pertolongan.

Dia mengambil keputusan untuk bertindak sendiri,menyelamatkan perempuan yang dijadikan hamba abdi. Perbuatan dia menaikkan kemarahan kerajaan,malah pihak kerabat atasan juga menjadi batu api.

Rakan-rakannya menjadi mangsa,mereka dihukum bunuh serta-merta. Tetapi Noir pula diperkosa beramai-ramai,dikhalayak ramai dan orang awam tidak mampu memberi pertolongan.

Ozmandiyas yang dirantai ketat,hanya mampu melihat Noir hilang nyawa dalam keadaan memalukan. Tibalah gilirannya untuk menjalani hukuman,hatinya penuh kebencian dan amarah.

Dia membantu yang lemah tetapi dapat balasan seperti ini..

Rakan-rakannya tidak seharusnya mati seperti itu,terutamanya Noir mati dalam keadaan memalukan.

Sekelip mata kuasa kegelapan dari dalam tubuhnya bangkit,sekelip mata juga mereka yang berada di situ mati tanpa mereka sendiri sedar. Ozmandiyas menghampiri tubuh Noir dan mengangkatnya,dia menggunakan kuasa kegelapannya dan seluruh bandar itu hancur tanpa meninggalkan kesan.

Dia bersumpah akan menghancurkan dunia ini,Ozmandiyas bersumpah mencipta dunia baru.

Tetapi perancangannya terlalu jauh untuk sempurna kerana ada yang menghalang jalannya...

"DON'T GET TOO COCKY!!" Ozmandiyas menjerit kemarahan apabila masa silam menerjah ke dalam mindanya.

Alif terpelanting melanggar dinding,lalu terbaring di atas tanah dengan kesakitan yang tidak terperi rasanya. Alif segera bangkit dalam keadaan sakit,kemudian menoleh ke hadapan dan Ozmandiyas sepantas kilat sudah berada di hadapannya.

DUUUSSH!!!

Alif dihentam dan terpelanting,saat dia hampir menumbangkan Ozmandiyas. Lelaki berambut panjang itu membangkitkan kuasanya,saat itu Alif ditumbuk pada perut dan dihentam pada tanah lalu merekah dengan kuat.

"Tak sangka dia berjaya menepis tumbukan ribuan kau..." ujar Wukong.

"Apa yang kau hairan dari last boss?" seloroh Alif sambil mengesat darah pada bibirnya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now