CHAPTER 106 : WE OVERDID AREN'T WE?

653 83 1
                                    


Ikhwan dan Qatariz berdiri secara membelakangkan antara satu sama lain,Qatariz menghela nafas pendek dan Ikhwan pula mendecih. Askar tengkorak itu semua telah berjaya dihapuskan,mereka berbalas pandangan kemudian mengangguk.

Mereka berdua terus lenyap sekelip mata,tidak lama kemudian muncul di kawasan salji. Mereka muncul di hadapan Alif dan Aurora serta Azryan berada,Ikhwan dan Qatariz merasakan aura yang kuat.

"Tuan putera!" Alif terkejut dengan kehadiran mereka.

"Apa yang berlaku,di mana mamat rambut panjang tu?" soal Ikhwan.

"Dia masuk ke temple tu.." jelas Azryan.

"Kenapa kamu bertiga tidak pergi menghalang?" soal Qatariz pula.

"Ada pelindung yang amat kuat..." jelas Aurora pula.

"Kami bertiga dah cuba,tapi gagal..." kata Alif kecewa.

Ikhwan dan Qatariz hanya mendiamkan diri,mereka menyedari barrier itu amat kuat. Saat itu cahaya gelap keluar dari dalam temple,lalu menembusi bumbung temple menembak cahaya gelap ke awan tebal.

Cahaya gelap itu menembusi ruang dimensi,Ikhwan mendecih kerana tahu siapa yang melakukannya. Ozmandiyas memerhatikan cahaya gelap itu,di belakangnya pula prajurit seruan telah tewas dan hilang bagaikan debu yang ditiup angin lalu.

"Apa yang berlaku?!" soal Aurora.

"Cahaya gelap tu memecahkan dimensi!!" Alif mula risau.

"Kita kena halang Ozmandiyas secepat yang mungkin..." jelas Azryan mengetap giginya.

Luqman dan Aminudden yang sedang menumpaskan tentera android tempur,sedar akan perkara itu begitu juga Aila,Alia dan Hikari. Mereka juga risau dan Hafez yang memecahkan kepala android tempur,menoleh dan mendongak memandang ke langit.

Alisa yang sedang membantu para kesatria negara Winter,risau keadaan itu dan Erica juga begitu tidak terlepas dari merisaukan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Farhan dan Fara berpandangan,mereka hanya berbalas pandangan dan terus menuju ke arah cahaya gelap yang tinggi ke langit.

"Alif..." Rafaela dan Rachel yang baru lepas merawat yang tercedera,turut sama nampak cahaya gelap itu.

"Cahaya apa tu?!" Akhil terkedu melihat cahaya gelap,seiring merasai aura dari cahaya tersebut.

"Aku rasa tak sedap hati..." ujar Khidir pula.

Aswandy dan Reezal hanya mendiamkan diri,mereka berdua berbalas pandangan dan mengangguk. Aswandy dan Reezal serentak melangkah ke hadapan,Akhil dan Khidir sedar tindakan mereka.

"Hey,korang nak ke mana?" soal Akhil dan Reezal serta Aswandy serentak berpaling ke arah mereka berdua.

"Kami berdua nak siasat cahaya tu.." jelas Aswandy.

"Kau gila? Kita tak tahu apa yang berlaku!" Akhil berkata risau.

"Lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.." jelas Aswandy lagi dan terus melangkah pergi.

"Hey..!" Akhil menekup mukanya.

"Kalau kau takut,duk situ diam-diam.." ujar Reezal sinis dan Akhil terdiam,campur bengang dan Khidir menghela nafas pendek.

"Siapa kata aku takut!?" soal Akhil geram.

Aswandy yang berjalan mendahului hanya menghela nafas pendek,dia menggelengkan kepala sahaja. Khidir juga begitu dengan tingkah-laku mereka,tiba-tiba mereka merasai gegaran.

Tanah bergegar di seluruh kawasan,Reezal memandang ke arah tanah yang dia pijak. Tangan yang hanya ada tulang keluar dan Aswandy ditarik oleh Reezal,Akhil dan Khidir turut perasan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now