CHAPTER 99 : LUQMAN VERSUS ROWAN

801 82 8
                                    


Satu tempat dalam kota yang menerima serangan pembelajaran,keadaan pada mulanya sunyi bertukar menjadi seperti kacau bilau dengan letupan kuat. Erica keluar dari asap tebal,Mariana pula mengejarnya dari belakang dan terus meluru ke arahnya.

Lagaan pedang dan kapak menghasilkan bunyi yang kuat,percikan api terhasil apabila mereka berbalas tetakan senjata masing-masing. Erica menggenggam erat pemegang kapak,lalu menghayunkan ke dengan secara menegak..

Mariana pula dengan pedang besar miliknya,menangkis dengan hayunan yang sama. Gemaan kuat dan efek gelombang kuat terhasil,pertarungan mereka disaksikan oleh Hafez dan Farhan dari bangunan yang masih elok.

"Kau tak perlu bantu?" soal Farhan.

"Dia tak suka diganggu..." jawab Hafez.

"Ouh boy..." Farhan berkata sambil mengusap belakang leher.

TANG..!!!

Erica mengilas kapaknya kemudian percikan api terhasil,sebaik dia berlaga senjata sekali lagi dengan Mariana. Mereka berdua berbalas renungan tajam,mereka siap-sedia untuk membunuh antara satu sama lain.

"Kau hilang bersama keluarga kau,tak sangka kau kembali?!" soal Mariana menetak pedangnya.

"Aku cuma datang diupah,tak sangka boleh bertembung dengan kau!!" ujar Erica menangkis serangan Mariana.

"Kau fikir mampu tewaskan aku?!"

"Jangan angkuh sangat Maria,kau hanya manusia biasa.. Bukan tuhan.."

Mariana mendecih dan terus berlari meluru ke arah Erica,manakala gadis berambut putih vanilla turut meluru ke arahnya. Mereka berlaga senjata sekali lagi,impak lagaan menjadikan kawasan bergegar. Tanah-tanah merekah dan dinding retak teruk,Erica menghayunkan kapak ke bawah dan Mariana mengelak secara melompat ke belakang.

KRAANG..!!!!

KRAKK!!!

Tanah terus merekah dengan besar akibat tetakan Erica,Mariana bernasib baik kerana sempat mengelak. Erica menundukkan sedikit badan kemudian terus meluru laju ke arah Mariana,sedar dengan tindakan Erica. Mariana segera menggenggam erat pedangnya,lantas dia menghayunkan melepaskan gelombang potongan ke arah Erica.

Dia mengagak Erica akan mengelak tetapi sangkaannya meleset,kerana Erica terus mara dan menahan serangannya dengan sebelah tangan kosongnya. Erica kekal mara dan Mariana mengetap gigi terkejut dengan tindakan Erica.

"Sebelah tangan sahaja?!" soal Mariana dan Erica kekal meluru ke arahnya.

"You bitch!!"

KTANG!!!

Rempuhan berlaku sebaik sahaja Erica hampir pada Mariana,Hafez dan Farhan hanya memejamkan sahaja. Kepulan asap menyukarkan permandangan,Hafez mengecilkan matanya untuk fokus. Sedikit demi sedikit asap tebal menipis,kelibat tubuh mula kelihatan.

Mereka masih bertarung di dalam kepulan asap tebal,seolah-olah tidak berlaku apa-apa yang serius. Seseorang muncul sekilas kerdipan mata di belakang Farhan dan Hafez,sedar akan kehadiran individu itu segera Farhan serta Hafez menoleh dengan tangan masing-masing di senjata mereka.

"Hai.." sapa orang itu dan Farhan terkejut dengan kehadirannya.

"Fara..." Farhan menghela nafas pendek.

"Siapa?" soal Hafez.

"Kenalkan,isteri aku.. Fara Darweez.." ujar Farhan.

"Ah.. Master teleport,Fara Darweez..." kata Hafez selamba.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now