SPECIAL CHAPTER : CHRONICLES KAISER X THE CURSED GUARDIAN 05

725 85 27
                                    

Ikhwan berubah bentuk raja naga,setelah sekian lama dia tidak gunakan bentuk ini. Naga merah berbentuk seperti manusia gergasi itu,mengaum dan menembak dari mulutnya.

"APA BENDA TU?!!" soal Neil sebaik mendengar sesuatu yang luar biasa di situ.

Naga putih itu hanya mengepalkan penumbuknya,kemudian mengibas tangan memukul bebola meriam cahaya dari naga merah itu. Melambung tinggi ke atas langit,lalu letupan yang kuat berlaku di tengah-tengah udara.

Aizel,Emily,Hestia dan hanya mampu tergamam. Terkejut melihat seekor naga putih berperisai,Aizel tertanya-tanya ke mana perginya Ikhwan. Naga itu memandang ke arahnya,Aizel segera menghunuskan pedang ke arah naga tersebut.

"Bertenang Aizel... Ini aku.." ujar naga itu.

"Apa?" soal Aizel kehairanan.

"Kau uruskan Queen.. Aku uruskan naga tu.." kata naga itu lagi.

"Tak mungkin... Ikhwan?" soal Aizel dan seorang gadis di sebelah leher naga tersebut.

 Ikhwan?" soal Aizel dan seorang gadis di sebelah leher naga tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kalau kau.. Ikhwan.. Itu mesti kakak Alisa bukan?" soal Aizel dan Alisa sekadar tersenyum.

"Aku pergi uruskan naga merah tu.. Kau tahu tugasan kau bukan?" soal Ikhwan dan kembali memandang ke hadapan.

Aizel mengangguk faham dan pedangnya bersinar,Ikhwan sekelip mata sudah rapat ke arah naga merah itu. Muka naga itu dicengkam lalu kepaknya,Ikhwan kibas lalu terbang jauh pergi dari situ.

Ikhwan pergi bagaikan kilat sekelip mata hilang,Aizel hanya menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah Queen Vager yang mengaum.

"Masa untuk tugasan..." ujar Aizel terus melompat dan meluru ke arah Queen.

"ARGHHH!!!"

Aizel menghayunkan libasan pedangnya tetapi terhalang,bagaikan ada perisai halimunan dan Aizel tercampak jauh ke belakang. Aizel terseret dan tersenyum kelat,dia teringat semula pertempurannya dengan Vager's king.

Permaisuri Vager itu mengangkat kedua tangannya,didepakan berpuluh bebola gergasi berwarna gelap terapung di udara.

"Apa?" Aizel terkejut dan bebola hitam itu semua ke arahnya.

"Ouh... Aku bencikannya..!!!" Aizel mengelak dengan melompat dan terus melompat.

Risau melihat keadaan itu,Emily ingin membantu Aizel. Hestia menghalangnya dari terus pergi,Amy hanya memerhatikan keadaan pertarungan tersebut.

"Kita kena bantunya puteri!" ujar Emily risau.

"Saya tahu... Tapi jika kita tolong.. Hanya memberi beban sahaja.." jelas Hestia yang turut sama risau.

"Kurang ajar!!" Aizel berkata memotong bebola hitam itu.

BRAAMM.!!!

Naga merah dihempaskan ke satu kawasan tanah lapang,berguling jauh naga tersebut dan Ikhwan mendarat. Dia memandang sekeliling kawasan,kepala naga digaru.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now