CHAPTER 124 : WE'LL PROTECT EACH OTHER

782 85 6
                                    

Luiz berdiri di hadapan tubuh Rollant,dia mengepalkan penumbuknya dan diselubungi aura hitam. Lantas dihalakan tapak tangan ke arah tubuh tidak bernyawa,Rollant diselubungi aura asap yang gelap dan berubah menjadi satu benda kecil.

Sebuah patung terhasil dengan wajah Rollant,dia mengambil dan memerhatikan keadaan patung tersebut. Merlin tidak lama kemudian muncul,lantas Luiz mencampakkan patung tersebut pada Merlin.

"Woo! Apahal kau main-main campak ni?" soal Merlin merungut.

"Itu benda yang kau nak..." ujar Luiz dan Merlin memandang apa yang dipegang olehnya.

"Ouh... Nice,thanks!" ujar Merlin tersengih dan beredar.

Luiz tidak berkata apa-apa,dia memerhatikan gambar pada dinding. Simbol corak kegelapan terukir pada kertas yang melekat pada dinding,Luiz hanya menyentuh dan mengusap kertas tersebut.

"The Forsaken Beast sudah kena kurung.. Ikhwan Syah Al'Solleh... Dia bukan lawan yang sembarangan,aku kena berhati-hati supaya tidak berhadapan dengan dia..." ujar Luiz.

Averardus berdiri di sebuah bangunan pencakar langit,skarf miliknya beralun ditiup angin semulajadi. Tangan kirinya berbalut diperhatikan,nafas dihelakan dan hilang bersama bayang.

Satu tempat yang agak jauh,letupan berlaku dengan begitu. Alif terseret ke belakang,dia mengesat darah yang mengalir pada bibir. Seekor beruang yang besar dua kali ganda beruang normal,Alif mengelak dengan melompat ke belakang.

"Sial betul!!" ujar Alif terus menujah tongkatnya,dipanjangkan mengenai perut beruang gergasi sehingga merempuh pokok.

Beruang gergasi itu mengaum dengan kuat dan kembali bangkit,Alif mula geram dan rambutnya berubah menjadi keemasan. Lantas tongkat dia disimpan,penumbuk dilagakan dan terus meluru ke arah beruang tersebut.

"GIANT FIST!!"

Penumbuk besar hasil dari cahaya emas milik Alif,menumbuk beruang itu sehingga terbenam pada tanah. Tapi serangan itu berjaya membunuh beruang itu,Alif sedar dan bersorak girang.

"Yeah!! Makan besar!! Hahahahah!!" ujar Alif tersenyum girang.

"Belum selagi kau tak bawa ke guild..." ujar Azryan muncul tidak lama.

"Diamlah kau! Duduk tengok je kerja kau.." kata Alif tidak puas hati.

"Aku masih dalam proses pemulihan ni bro..." ujar Azryan tersengih.

"Baik tak payah ikut,semak je.." Alif berkata sambil mengangkat beruang besar itu.

"Jangan la macam tu,kalau aku tiada kau rindu aku kan haha..." kata Azryan tersengih.

BOKK!!

"Ayark!!"

Alif menghempap Azryan dengan badan beruang besar itu,Alif pula menepuk kibas tapak tangan.

"Apa ni oi? Alihkan beruang ni!"

"Ubat untuk kau,main-mainkan perasaan aku..."

Aurora dan Raisyah yang baru tiba di situ,hanya kehairanan dengan keadaan tersebut. Alif hanya berdiri tegak sambil memerhatikan Azryan dihempap bangkai beruang besar,Aurora hanya menghela nafas pendek dan menghalakan tapak tangan ke arah bangkai beruang besar itu. Sekelip mata bangkai beruang itu,lenyap umpama disedut ke dalam tangan Aurora.

"Hak alah bro,aku diselamatkan tuan Hafez.. Kalau dia tak buat apa-apa.. Memang aku sekarang sudah berada di dalam kubur..." jelas Azryan.

Alif tidak berkata apa-apa,kemudian terus melangkah pergi menuju ke arah kapal pesawat mereka. Azryan dan Raisyah serta Aurora hanya memerhatikan Alif,mereka tidak mahu berkata apa-apa.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now