CHAPTER 95 : WILD GUNZ TRUE STRENGTH

750 71 7
                                    


Lima kapal armada gergasi berhenti terapung di satu tempat,tidak jauh dari kota di mana negara Winter berada. Satu bahagian kapal terbuka,kemudian ribuan susuk tubuh mendarat kasar.

Ratusan ribu askar robot drone tersusun kemas di atas salji,Meteora dan Joker mendarat di hadapan robot itu semua. Ozmandiyas pula menyusul mendarat di hadapan Meteora dan Joker,dia hanya memerhatikan kota tersebut dari jauh.

Dia sebenarnya telah mengarahkan askar drone itu semua,mendarat sekeliling kota tersebut. Ozmandiyas menoleh ke arah Meteora di belakangnya,wanita itu hanya mengangguk sahaja. Pada masa yang sama,Ikhwan dan dua lagi Hunimal sedar kehadiran mereka.

"Bagaimana tuan?" soal Recca.

"Kita akan berjumpa dengan general yang bertugas... Kita tak boleh lakukan sesuka hati..." jelas Ikhwan dan mereka bertiga terus lenyap dari pandangan mata.

KRAANG!!!

Rowan dan Alif bertembung lalu sekitar kawasan merekah,Wild Gunz memberi bantuan dengan menembak dari jauh. Aurora yang menyaksikan pertarungan itu menyedari sesuatu,begitu juga dengan Meteora menyedari kehadiran Aurora.

"Meteora?"

"Aurora......" ujar Meteora sendirian.

Ribuan askar robot tempur mula bergerak dari semua arah,Ozmandiyas pula lenyap dari pandangan mata kasar. Alif menepis senjata Rowan,kemudian penumbuk padu mengenai pipi kiri Rowan.

Rowan terpelanting dan Wild Gunz segera menangkapnya,suasana menjadi sunyi dan sepi. Aurora,Azryan,Altera dan Raisyah hanya menyaksikan dengan mendiamkan diri masing-masing.

Alif yang merenung Wild Gunz dan Rowan sekadar mendiamkan diri,seketika dia tersentak kerana Mariana sudah berada di sebelahnya. Aurora tersentak dan Azryan terkejut,begitu juga dengan lain. Mariana melibaskan pedang besarnya,Alif mendecih sebelum bunyi hentakan kedengaran.

"ALIF!!" Aurora kembali risau.

Wild Gunz dan Rowan sekadar mendiamkan diri,mereka tidak menyangka yang Mariana akan bangkit semula. Asap tebal berkepul menghalang permandangan mata,namun sedikit demi sedikit asap tebal menipis.

Alif mula dapat dilihat dalam keadaan menahan pedang Mariana,Alif sempat menyeru perisai zirah di pergelangan tangan. Kalau tidak sudah pasti tangannya akan putus,tetapi Mariana tidak berhenti di situ dan sedaya-upaya cuba menekan mendesak Alif.

"Looks like sleeping beauty already awake huh?" soal Alif selamba.

"I admit,you're really strong..." ujar Mariana.

"Well thank you,I guess?" balas Alif.

"But,I can't let you win..." kata Mariana lagi.

"Persistent aren't you?" soal Alif menolak pedang yang dipegang oleh Mariana.

Alif menghasilkan daya tekanan dan Mariana terseret jauh ke belakang,Wild Gunz dan Rowan segera menahan Mariana dari seret jauh.

"Thanks..." ujar Mariana.

"Your welcome.. You okay?" soal Wild Gunz.

"Took you so long..." kata Rowan pula.

Mariana mencacakkan pedangnya pada tanah dengan kasar,kemudian bilahnya bertulis corak berwarna merah hitam. Nafas dihelakan dan sekali lagi dia meningkatkan kuasanya,letusan berlaku dengan deras dan bayang hitam menelan Mariana.

Alif hanya menghela nafas pendek kemudian menyedari dua orang mendarat di sebelah  kiri serta kanannya,Aurora dan Altera manakala Azryan dan Raisyah hanya memerhatikan sahaja.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now