CHAPTER 11 : ARMORED BAHAMUT

1.1K 153 13
                                    

Please put your earphone for the immersiver experience

SEMUA kapten kapal armada yang berada di situ,tergamam dan terpaku melihat salah satu kapal armada diletupkan dengan begitu sahaja. Malah lebih menakutkan seekor naga hitam gergasi,sedang merenungnya dengan pandangan kemarahan.

"Apa korang tunggu? Cepat hapuskan raksasa tu! Atau kita yang dihapuskan..!!" Arah salah seorang kapten kapal armada itu.

Kapal armada itu semua melancarkan serangan peluru berpandu,naga itu membuka sedikit mulutnya kemudian dia mengaum dan peluru berpandu itu semua hancur musnah begitu sahaja.

"Only by voice? Kill that monster!!" Jerit seorang lagi kapten.

"Berpecah dan menyerang!!" Seorang lagi memberi cadangan.

Kapal armada itu berpisah dan menjauhkan jarak mereka,naga itu hanya menunggu sambil menyilangkan pada bawah dada dengan muka bengisnya.

"Qatariz...!" Naga itu menjeling ke belakang sebaik Mirana menegurnya,naga itu adalah adalah Qatariz?

"Mirana take cover....I'm wanna blast them all..." ujar naga itu atau lebih tepat,Qatariz.

"Please be careful.." ujar Mirana dan Qatariz sekadar memalingkan tubuhnya semula ke hadapan.

"Tuan! Kapal di belakang naga itu cuba melarikan diri!" Anak kapal dari salah satu kapal armada itu dan dia sedar tindakan Mirana.

"Shoot that ship down!!"

Arahan diterima dan kapal itu menembak laser ke arah kapal celoreng perak itu,namun Qatariz menahan dengan lengannya tanpa sebarang kesan. Mirana terkejut dengan tindakan Qatariz,kapten kapal itu tergamam dan Qatariz membelah kapal armada tersebut dengan cakarnya yang tajam.

"Wanna touch her? Kill me first!...." jerit Qatariz dan menembak sebuah lagi kapal armada.

Naga gergasi di hadapan mata mereka mengaum sekuat hati,pihak kapal armada tidak mahu kalah dan menembak Qatariz bertalu-talu.

Qatariz menghasilkan perisai besar,dia memberikan masa pada Mirana berlindung. Dia tidak mahu libatkan Mirana dan tidak mahu si gadis kesayangannya,cedera akibat dari pertempuran yang melibatkan dirinya.

"TEMBAK!!"

TEMBAKAN kapal armada berterusan dengan jumlah yang banyak,serta saiz yang hampir sama dengan besar bentuk naga Qatariz membuatkan dia tidak boleh menyerang dengan sewenangnya.

"Aku bukan Ikhwan..."

Qatariz membuka cakarnya dan aura gelap menyelubungi cakar,giginya diketap dan terus melibas salah satu kapal armada.

"TIDAK BERMAKNA AKU LEMAH!!...."

BOOMM..!!

LETUPAN dahsyat dan kapten kapal armada yang masih ada mengetap gigi,tetap berdegil ingin menumpaskan naga yang berada di hadapan mereka.

"Tembak!!!"

BOOM..!!!

BOOM...!!!

"QATARIZ!!" Mirana menjerit dari jauh melihat Qatariz ditembak dengan deras.

"PERSISTENT!!!...." Qatariz mengibaskan sayapnya,membuatkan beberapa kapal armada bergoncang.

Qatariz mengaum sekuat hati sebelum terbang meluncur laju ke arah puluhan kapal armada itu,tembakan demi tembakan ditangkis dan dielak dengan mudah oleh Qatariz. Cakarnya menyala aura hitam dan dilibas cakarannya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now