CHAPTER 62 : INVESTIGATION NOT GOING WELL

848 91 3
                                    


Qatariz bersama Mirana serta Rachel,bertenggek di dahan pokok besar. Mereka memandang ke sebuah bangunan lama,di tengah-tengah hutan belantara yang menjalankan eksperimen misteri.

Kenapa mereka berada di situ?

Ini kerana Ikhwan telah letakkan Qatariz,Mirana dan Rachel di satu kumpulan,juga tidak lupa Aminudden bersama Hikari bersama mereka cuma berlainan lokasi jauh sedikit daripada mereka.

"Bangunan lama di tengah-tengah hutan belantara..." ujar Mirana menoleh ke arah Qatariz.

"Terlalu mencurigakan.." Rachel menyokong kata-kata Mirana.

"Uncle Riz,Aminudden di sini..." suara Aminudden menegur dari earphone kecil yang diselit pada telinga Qatariz.

"Uncle Riz ni,ada apa-apa ke?" soal Qatariz.

"Bagaimana dengan security?..." soal Aminudden pada alat komunikasi dan Qatariz memandang ke arah Mirana kemudian mengangguk,Rachel faham akan isyarat Qatariz lalu mengeluarkan binokular.

"Menara pemerhati ada dalam sepuluh...kena jatuhkan dua di hadapan..." jelas Rachel sambil perhatikan semua menara itu.

Qatariz dan Mirana berpandangan kemudian mengangguk,Rachel pula mengeluarkan senapang miliknya dan menarik laras. Qatariz tersengih kerana Rachel faham apa yang dia akan lakukan,Mirana dan dia segera turun dan berlari laju dengan secara senyap.

Rachel memerhatikan bangunan itu menggunakan binokular pada senapang jarak jauh,kemudian menjilat bibir dengan gaya menggoda dan picu ditarik tepat mengenai pengawal yang berada di atas menara pemerhati.

Aminudden pula bergerak di sebalik semak-samun yang tebal,Hikari mengekorinya dari belakang tanpa menghasilkan bunyi sedikit sekali pun. Sebaik tiba di satu tempat Aminudden mencapai tangan Hikari kemudian pedang diseru,segera Aminudden merejam ke dalam salah satu menara akhirnya mereka berdua warp masuk ke dalam menara tersebut.

"Kau?!" dua orang pengawal terkejut dengan kehadiran Aminudden dan Hikari.

"Hiyark!!" Aminudden segera meluru dan menghentak kepala dua orang pengawal itu.

"Nice shot dear..." puji Hikari dan Aminudden tersenyum sahaja.

Qatariz menghempas pengikut yang berkawal di bawah ke dinding,Mirana pula menjatuhkan pula yang berada di atas menara. Aminudden dan Hikari pindah dari menara ke menara lain,menggunakan teknik warp Aminudden.

KRAKK!!

PRAAAKK!!

Akhirnya Aminudden dan Mirana berjaya menjatuhkan kesemua pengikut yang berada di atas menara,Rachel yang menyaksikan keadaan hanya mampu tersenyum kelat kemudian dia sedar seseorang pengikut yang berkawal di atas bumbung dan membidik tepat pada kepala orang tersebut.

TUSSH!!

Tepat mengenai sasaran dan Aminudden bersama Hikari bergerak ke lokasi lain,semua musuh yang berkawal telah ditumpaskan dan kini hanya tinggal menyiasat apa yang berada di dalam bangunan terbiar itu.

"Semua sedia...?" soal Qatariz.

"On your mark uncle Riz..." balas Aminudden.

Qatariz bersama Mirana serentak menerjah masuk disusuli Aminudden dan Hikari,namun bangunan itu tiada penghuni. Qatariz meninjau-ninjau keadaan sekeliling,namun hampa dan apa yang mereka dapat hanyalah mesin lama.

"Tak ada apa..." jelas Aminudden.

"Pelik..kenapa mereka kawal tempat yang tiada orang?" soal Hikari memeriksa keadaan mesin lama itu.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now