CHAPTER 52 : HERE THEY GO AGAIN

788 92 9
                                    

Aizat ternganga dalam keadaan hangus berasap malah berasap rambutnya,Ikhwan pula hanya memegang kepala Elis yang tidak sedarkan diri. Tidak lama kemudian tangannya bersinar,Ikhwan jelas menyaksikan Aizat tercium Elis kerana terjatuh.

"I see... Kau hilang keseimbangan,terjatuh dan tercium Elis..." ujar Ikhwan.

"BARU SEKARANG KAU NAK PERCAYA?!!" Aizat menjerit tidak puas hati.

"Tapi itu tidak mengubah fakta kerosakan ini punca uncle..." Alif mencelah menuding ke arah kerosakan pada bangunan yang dibaiki.

"Ha betul tu..." ujar Ikhwan mengangguk sambil mencebik sedikit.

"Jadi aku tak sengaja..!" Aizat masih lagi mempertahankan dirinya.

"Well that time when you accidentally kiss her,did you accidentally grope her breast?" soalan Ikhwan membuatkan Aizat terdiam,Alif dan Aurora berbalas pandangan.

"Err...suddenly I remember I had to do some work... Ciao!" Aizat terus melompat tinggi dan lenyap dari pandangan mereka dalam sekelip mata.

Suasana menjadi tegang dan Alif yang sedang arah di mana Aizat melarikan diri,tersengih apabila terasa yang amat kuat di belakangnya. Aurora hanya mampu menekup mulut,dia terkedu melihat Ikhwan yang sedang menahan marah.

"So... Kau nak main kejar-kejar ya.." ujar Ikhwan tersenyum licik.

"Sixth?" Alif tersengih kelat dan Ikhwan membuka dimensi di sebelahnya.

Pada masa itu Aizat melompat dari bangunan ke bangunan yang lain,dia melompat dengan kelajuan maksimum dan harus melarikan diri sejauh yang boleh.

"Aku tak nak kena bakar lagi!!" jerit Aizat dan dengan tiba-tiba ada tangan keluar dari portal,tangan tersebut menekup muka Aizat.

"Ouh boy..." ujar Aizat sebelum sebelah tangan misteri menumbuk dagunya.

DUUUSSH!!

Aizat terus melambung tinggi ke atas awan,Aizat terus terapung di bawah langit. Dia lega hentikan dirinya dari terus keluar dari ruang atmosfera,Aizat sedar sesuatu dan memandang ke hadapan. Ikhwan keluar dari pintu portal,Aizat tersengih dan menghela nafas pendek.

"Sudah lama kau tak balik,jadi aku nak cabar kau satu lawan satu..." ujar Ikhwan menumbuk tapak tangannya,api menyambar sebaik penumbuknya berlaga dengan tapak tangan.

"Tak boleh ke kau bagi aku rehat je?" soal Aizat dengan muka blur.

"Kau rasa?"

"Bahang..."

Ikhwan tersenyum kemudian dengan pantas,dia berada di belakang Aizat. Terkejut akan tindakan pantas Ikhwan,Aizat mengelak hayunan penumbuk Ikhwan secara merukuk ke hadapan. Namun serangan Ikhwan tidak semudah itu,lalu Ikhwan menghayunkan sebelah lagi kaki ke punggung Aizat.

"ADOI!!" Aizat kembali berdiri tegak,dengan tangannya menekup punggungnya.

"Oi! Mana aci sepak bontot!!" Aizat berkata tidak puas hati,tetapi dia terhenti dari terus berkata kerana Ikhwan sudah mengecas meriam naganya.

"Kau ada masa nak protes ke?" soal Ikhwan dan meriam naganya bersinar dengan terang.

"Ouh my god...." Aizat ternganga sebelum ditelan cahaya.

BOOOMMM!!!!

Letupan yang kuat menerangi langit negara Mentari,Alif dan Aurora yang memandang ke atas hanya mampu terkebil-kebil. Mereka berdiri di atas bangunan tinggi,menyaksikan letupan berlaku berulang kali.

"Wow... Sixth macam bengang dengan uncle goldie tu..." ujar Alif menyilangkan tangannya.

"Nak buat macam mana,Aizat sendiri yang cari masalah..." Alif menoleh sebaik ada suara menegur mereka.

Farhan berjalan dan berhenti di sebelah mereka berdua,mereka berdua memandang dengan tanpa berkata apa-apa. Farhan hanya kehairanan dengan reaksi pasangan itu,Alif dan Aurora mulutnya ternganga kemudiannya.

"FARHAN AL'TUZEMAN THE DRAGON SWORDMAN!!"

"Wow... Itu gelaran baru aku ke?"

TANG!!

"Hup!" Aizat mengundur ke belakang kemudian dia memandang ke arah Ikhwan yang berada di hadapannya.

"Hoi hati-hati la! Kau ingat tak sakit kalau kena tembakan meriam kau tu?!" Aizat berkata bengang.

"Hoi Aizat,kau tak berlawan dengan kuasa sebenar..." kata Ikhwan dengan mukanya di balik kegelapan serta renungan menakutkan dan Aizat tersentak.

"A-Apa yang kau merepek ni bro... Aku kuasa sebenar la ni...lawan dengan kau kan... Hehe.." ujar Aizat tergagap.

"Ouh.. Betul...?" soal Ikhwan.

"Yeah betul la..." ujar Aizat.

"Boleh aku cuba...?" soal Ikhwan sambil rambutnya berubah menjadi putih salji.

"Alamak... Ini sakit..." kata Aizat pasrah.

Ikhwan terus meluru ke arah Aizat,manakala pemuda berambut emas itu hanya menghela nafas pendek. Mereka berlaga tinju dengan kuat,anak matanya berubah warna keemasan.

"SIAP SEDIA LA KAU!!" Aizat cuba membuka langkah.

"Lambat!" Ikhwan sudah berada di hadapan Aizat dengan gerakan pantas.

DUSSHH!!

"Uhukk!!"

Sebelum Aizat melakukan tindakan,perutnya sudah senak dek tumbukan padu Ikhwan. Aizat terundur terapung ke belakang,memegang perutnya menahan kesenakan.

"Oi apa ni? Mana aci woi?" soal Aizat menuding jari ke arah Ikhwan.

"Hey Aizat,let me ask you one thing..." ujar Ikhwan dan Aizat mengangkat sebelah kening.

"Apa?" soal Aizat pula.

"When did I say wanna fight fair and square?" soal Ikhwan dan Aizat mengetap gigi menyeringai.

Aizat terus melibas belakang kaki,Ikhwan pula menahan dengan lutut. Mereka kemudian berlaga tinju di ruang udara,gerakan Ikhwan dan Aizat begitu pantas. Alif terkedu melihat pergerakan Ikhwan serta Aizat,Aurora juga sama.

"Are they human?" soal Alif.

"Of course..." jawab Farhan memeluk tubuh.

"But they strength is overwhelming..." Aurora menyokong kata-kata Alif.

DUSSHH!!

Aizat menahan tumbukan Ikhwan dan Ikhwan juga menahan tumbukan Aizat,semasa tumbukan mereka ditahan terhasil tiupan angin kencang. Masing-masing menumpukan kuasa mereka,aura emas menyelubungi tubuh Aizat.

"Nicely done,now I'm excited..." ujar Ikhwan aura biru laut campur putih salji menyelubungi tubuhnya.

Aizat menyungkit kakinya ke arah Ikhwan,namun Ikhwan terlebih dahulu mengundur ke belakang mengelak serangan Aizat. Gelombang aura dilepaskan oleh mereka berdua,sebaik kuasa mereka bertembung dengan segera impak kuat terhasil.

"OREAHH!!" Aizat menujah kakinya.

"HMPH!!" Ikhwan pula membalas dengan tumbukan.

DUSH!!

DUSH!!

DUSSHH!!

Perlawanan dua sahabat tetap berterusan tanpa menghiraukan apa-apa,Farhan pula bersama Alif dan Aurora hanya memerhatikan pertarungan di udara.

"Mereka buat lagi..." ujar Farhan sekadar ketawa kecil.

"Alif?..." soal Aurora.

"Ya..." jawab Alif.

"Chapter kali ni kita watak sampingan je.."

"Nampaknya macam tu la..."



CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now