CHAPTER 116 : NAO INTO THE RESCUE

673 89 17
                                    


Luqman dan Aminudden bergaya posisi sedia bertarung,Rollant merenung mereka dengan tajam. Pedang dihunus dan aura gelap semakin kuat,aura mereka sahaja sudah bertembung dengan dahsyat apatah lagi apabila mereka bertarung.

"Dia bukan lawan sembarangan.." ujar Luqman.

"Aku tahu la,bukan aku tak boleh rasa..." balas Aminudden.

"Apa kau kata?" soal Luqman.

"Musuh di depan..." balas Aminudden tersengih.

"Musuh ada di depan,kamu berdua nak bergaduh antara satu sama lain?" soal Rollant sinis.

Luqman dan Aminudden memandang Rollant semula,mereka berbalas pandangan kemudian menghela nafas pendek.

"Jangan rosakkannya.." ujar Luqman bersiap-sedia.

"Aku tak perlu diingatkan..." balas Aminudden memasang posisi kekuda

"Macam ni baru menarik..." Rollant menarik pedangnya.

Luqman sekelip mata terus berada di hadapan Rollant dengan pantas,tumbukan melangit dihayunkan namun berjaya dielak dengan Rollant. Si pahlawan kegelapan terus menghayunkan pedangnya,namun Aminudden menangkis dengan salah satu pedangnya juga.

"Thousands Sword huh?" soal Rollant tersengih dan Luqman menghalakan tapak tangan ke arah Rollant.

"IMPACT THRUST!!" Rollant tercampak sekali lagi.

Namun Rollant mencacakkan pedangnya pada dinding gunung,untuk mengelakkan dia melambung jauh. Rollant melompat ke udara dan Aminudden berlari,Luqman juga sama mereka meluru ke arah Rollant. Api marak pada kedua-dua tangan Aminudden dan Luqman pula,busur kilat terhasil di tangan kirinya.

"Thousands Sword,Dual-wield Play.." Aminudden menyeru dua bilah pedang dan menambahkan kelajuan.

"Kirin Bow.." ujar Luqman dan berhenti dari mara,dia menembak panah kilat ke arah Rollant.

TANG!!

Aminudden dan Rollant berlaga pedang masing-masing,gegaran kuat terhasil dan Aminudden mengalihkan kepala ke kanan sedikit. Rollant terkejut apabila ada anak panah kilat,hampir mengenainya tetapi berjaya dia elak.

Aminudden terus mengasak Rollant,dia melibas hayunan pedang tetapi Rollant mampu menangkis. Aminudden berpusing dua kali sebelum hayunan dia,dihayunkan dan Rollant terseret jauh. Luqman pula sudah siap mengumpulkan kuasa,panahan kilat dilakukan dan Rollant tersentak.

"THOUSANDS ARROW LIGHTNING ARROW!!" Luqman terus memanah dan ribuan anak panah kilat laju meluru ke arah Rollant.

"THOUSANDS SWORD,FULL COURSE.. IGNITE!!!" Aminudden tidak ketinggalan memberikan bantuan pada abangnya.

Rollant terkejut dan letupan berlaku sebaik serangan gabungan mereka,mengenai kawasan di mana Rollant berada. Luqman dan Aminudden hanya menunggu,untuk mengetahui adakah mereka berjaya.

Letusan yang kuat berlaku dan dua beradik itu terkejut,Rollant bangkit dengan bentuk berzirah. Luqman dan Aminudden tersengih berpandangan,mereka menelan air liur.

"We're in troubles right?" soal Aminudden.

"Looks like it.." ujar Luqman.

Rollant menghayunkan libasan pedangnya,Luqman dan Aminudden mengaktifkan kuasa lalu mengelak. Letusan kuat sebaik kuasa hayunan dari Rollant,mengenai permukaan atas laut.

"Glad we fight in this island.." ujar Luqman tersenyum kelat.

"Hey! Quit daydream already,here he comes!!" Aminudden memberi amaran.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Место, где живут истории. Откройте их для себя