CHAPTER 92 : TRUE POWER

821 100 10
                                    


BOOMM!!!

KRAANG..!!

Alif terseret ke belakang dan mendongak memandang ke hadapan,Rowan berdiri memegang pedangnya dengan seerat yang mungkin. Matanya kemerahan jelas kelihatan dari lubang zirah helmet,bersinar merah saga dan terus meluru ke arah Alif.

Alif pula tidak berganjak dan meluru ke arah Rowan juga,dentuman dari lagaan senjata mereka berhasil dengan bunyi yang kuat sekali. Alif melibas manakala Rowan menangkis,kemudian dia berpusing lalu menetak pedang.

KRAANG!!

Alif pula berganjak sedikit ke belakang mengelak tetakan Rowan,sambil tangan memusingkan tongkatnya menangkis habuk dan asap yang terhasil. Rowan menyisirkan jari-jemarinya pada bilah pedang,lalu sinaran kemerahan pada bilah pedangnya.

ZRASHH!!

ZWOOSHH!!

Rowan melepaskan gelombang libasan kemerahan,bertalu-talu ke arah Alif dengan pantas hayunannya. Manakala Alif pula kedua-dua tangannya memegang tongkat,dia terus memutarkan tongkat seperti putaran kipas angin.

Serangan Rowan ditangkis dengan mudah oleh Alif,kemudian dia menangkis sekali lagi serangan tersebut. Alif mengangkat tongkat ke atas,lalu dibesarkan tongkat dia seperti tiang sebesar pemeluk manusia dewasa.

"Take this!!" Alif menghempas tongkat ke arah Rowan.

KRAANG!

KLONG!!

Hentaman tongkat gergasi menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat,Alif mengembalikan tongkatnya kepada bentuk normal. Rowan dalam keadaan terbaring terlentang,dia melekat pada tanah kemudian bangkit semula.

"Wow... Talk about stubbornness.." ujar Alif tersengih.

Rowan menjerit sekuat hati dan aura kuasanya dilepaskan,angin bertiup kencang dan kawasan tanah bergegar. Rowan menumpukan kuasa kegelapan dalam tubuhnya,Alif yang sedar keadaan itu lantas membuangkan tongkatnya.

"LETS GO SECOND ROUND!!" Alif menumbuk tapak tangannya sambil tersengih.

Alif meluru ke arah Rowan dengan pantas,Rowan bersiap-sedia menunggu kemaraan Alif. Penumbuk ditujah dan Rowan juga melakukan perkara yang sama,sebaik sahaja penumbuk mereka berlaga. Impak angin berlaku dan sekitar kawasan merekah sedikit,mereka berganti tinju dengan pantas sekali.

Pertembungan mereka bagaikan ribut taufan melanggar kota,Alif menumbuk dan Rowan menujah penumbuk lalu muka masing-masing terkena tumbukan secara serentak. Alif dan Rowan terpelanting ke belakang,Alif terseret menahan diri dari terjatuh tetapi Rowan berguling beberapa kali sebelum terseret secara terlentang.

Suasana menjadi sunyi dan sepi,Alif berdiri dengan memasang kekuda. Menunggu Rowan bangun semula,tetapi tidak dan Rowan kekal terbaring. Tetapi tidak lama dia mengangkat tangannya menghalakan ke langit,bayangan seorang gadis berambut panjang berwarna putih salji membelakangkan dia bermain di minda.

"ARGH!!!!" Rowan bangkit semula dan kuasanya dipertingkatkan.

"AKU TIDAK AKAN KALAH!! TIDAK SELAGI AKU BELUM DAPAT MELIHAT SENYUMAN KAU!!" Rowan menjerit bagaikan orang gila.

"Aku rasa tidak sedap hati..." ujar Alif tersenyum kelat sebaik melihat keadaan tersebut.

Rowan memasang kekuda dan bergerak maju ke hadapan secara perlahan-lahan begitu juga Alif,dia melakukan perkara yang sama dan sekelip mata mereka lenyap dari pandangan mata kasar.

DUSH!!

DUSSH!!

DUUUSSH..!!!

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now