CHAPTER 111 : THE END OF WAR

770 91 22
                                    


BOOMM!!

"AHAHAHA..!! INTERESTING!! YOU GUYS GOT A GUTS!!" Lucian menjerit teruja.

Luqman dan Aminudden terseret ke belakang,mereka hanya menghela nafas pendek. Luqman memusingkan pedang berbilah warna ungu,kemudian dia memandang Aminudden.

"Marilah,serang aku lagi..." ujar Lucian tersenyum sinis.

Sepantas kilat Luqman sudah bergerak pindah ke belakang Lucian,terkejut dek tindakan Luqman dan Lucian menoleh ke belakang. Luqman menghayunkan pedang miliknya,Lucian segera menahan dengan kemas.

"Kau fikir dapat potong ak-ARGH!!" Lucian meraung kesakitan apabila Aminudden menumbuk pipinya,lalu terpelanting dari situ.

Luqman hanya menoleh memerhatikan Lucian terhempas,Aminudden mengepalkan penumbuknya sambil tersenyum lebar. Lucian kembali bangkit dan mengeluarkan auranya,amat kuat jelas dirasai oleh dua beradik itu.

"Nampaknya aku tak boleh main-main bila berlawan dengan kamu berdua..." ujar Lucian dengan renungan tajam.

"Macam tu la..." ujar Luqman dengan kilat ungu mengalir pada kedua-dua tangannya.

"Mari berseronok..." kata Aminudden melagakan penumbuk dan tapak tangannya.

Pada masa yang sama Ikhwan dan Alif berbalas pandangan,Alif memandang Ikhwan dengan penuh kehairanan. Apa maksud Ikhwan bentuk terakhir Golden Aura?

"Apa maksud tuan dengan bentuk terakhir?" soal Alif.

"Bentuk itu mampu menandingi kuasa dewa..." jelas Ikhwan dan Alif terkejut.

"Benar ke?" soal Alif.

"Ya.. Tapi ia sukar untuk kuasainya.. Kau sedia nak belajar?" soal Ikhwan.

"Kenapa tuan tahu mengenai hal ini?" soal Alif pula.

"Golden Aura adalah kuasa dari puak naga tetapi diturunkan kepada puak kamu.." jelas Ikhwan.

"Maksudnya tuan boleh gunakannya?" Alif menyoal.

"Golden Light diturunkan sepenuhnya.. Jadi puak naga tak sentuh pun kuasa tu.." jelas Ikhwan.

"Apa...?"

"Cukup kita berbual..." ujar Ikhwan dan Aurora baru tiba di situ,Alif terkejut dengan kehadirannya.

"Aurora..." ujar Alif dan Aurora hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum.

Ikhwan menarik nafas panjang,kemudian dihelakan dan perisai halimunan terhasil. Aurora turut berada di situ,Ikhwan duduk dengan cermat. Alif mengikut sahaja perbuatannya,kini mereka dalam keadaan bersila dan berpandangan di antara satu sama lain.

"Untuk menguasainya,kau perlu bertenang dan fokus tenaga alam....bergabung dengan kuasa alam..." jelas Ikhwan.

"Baiklah..." ujar Alif.

Alif memejamkan matanya dan bertenang kemudian nafas dihelakan,Ikhwan hanya tersenyum sahaja melihat Alif yang sedang menumpukan fokusnya.

Lucian melibaskan hayunan kuasanya,lalu Luqman menepis ke tepi dan dielak oleh Aminudden sambil mendongak. Lalu kuasa libasan kuasa Lucian,meletup sebaik mendarat di pergunungan salji berhampiran.

"Oi kau nak aku mati ke?!" soal Aminudden bengang.

"Huh? Tak kena kan?" Luqman berkata tenang.

"Tak kena kau... Nak cari gaduh ke?!" Aminudden menyoal bengang.

"Ha? Apa?.." soal Luqman pula dengan muka menakutkan,kemudian mereka terus bertinju antara satu sama lain.

"Oi.. Oi.. Apahal korang bertekak ni?" soal Z yang muncul dengan tiba-tiba.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now