CHAPTER 118 : IKHWAN VERSUS Z?

733 74 8
                                    

Seorang gadis bertubuh kecil,berdiri memerhatikan jam yang besar. Setiap lingkaran yang banyak  mempunyai aliran yang tersendiri,gadis itu memerhatikan dengan diam tanpa berkata apa-apa. Seseorang muncul dari belakang,gadis itu hanya menghela nafas pendek.

"Awak datang sini lagi? Bukankah saya dah beritahu,sini bukan tempat awak?" ujar gadis kecil tersebut memandang ke arah lelaki tersebut,ataupun lebih tepat Z.

"Janganlah begitu... Aku nak melawat kawan lama.." ujar Z tersenyum.

"Siapa kawan awak hah?!" kata gadis itu geram.

"Amboi marah,tak comel tahu?" ujar Z tersengih dan gadis kecil itu tersentak mukanya mula merah.

"Jangan layan aku macam budak kecik!!" kata gadis itu bengang.

"Aku tak layan pun macam yang kau katakan..." kata Z tersenyum dan gadis kecil itu hanya merengus sahaja.

"Apa yang kau mahukan?" soal gadis itu.

"Sampai bila kau nak rahsiakan perkara itu daripada dia?" soal Z dan air mukanya berubah serius.

Gadis itu tidak menjawab,malah dia berjalan ke hadapan sambil diperhatikan oleh. Dia berhenti di hadapan sesuatu,tidak dapat diketahui apakah ia. Tetapi wajahnya jelas sayu,Z hanya mendiamkan diri.

"V..." ujar Z dan gadis dipanggil hanya mendiamkan diri.

"Aku cuma tidak mahu dia disakiti lagi.." jelas V.

"Vanessa Venus.. The Keeper of Time.. Aku tahu kau sendiri faham dengan peraturan masa bukan?" soal Z.

"Z.. Aku.." V tidak berani berkata-kata.

"Aku harap kau fikirkan elok - elok.." jelas Z dan berpaling,lalu melangkah pergi meninggalkan V.

V hanya berdiri tegak memerhatikan Z hilang dari pandangan,dia menoleh dan melihat sebongkah kristal. Manakala di dalamnya ada seseorang,tidak jelas kelihatan wajahnya.

"Aku tak harap kau akan faham,Zanery Zane..."

Satu tempat di hospital kelihatan beberapa pesakit berjalan-jalan ditemani jururawat,mereka bergurau senda dan seseorang berjalan dengan selamba. Dia memasuki kawasan kaunter perkhidmatan dan dua orang jururawat,sedang bertugas dengan khusyuk.

"Hello..." sapa Ikhwan menurunkan cermin matanya,dua orang jururawat itu terkejut dan mula muka merah.

"Ya..? Boleh saya tolong tuan?" soal salah seorang jururawat.

"Saya nak tahu di mana wad Luqman AL'Reezal dan Aminudden Al'Reezal.." ujar Ikhwan tersenyum.

"Mereka ialah tuan putera,urusan apa yang tuan ingin bertemu dengan mereka?" soal jururawat itu.

"Hey! Dia tu Ikhwan Syah Al'Solleh! Putera Bongsu!" ujar jururawat seorang lagi dan jururawat itu terus tersentak.

"Eh?!!"

Wad A1

Luqman dalam keadaan berbalut muka dan badan,duduk di atas katil bersebelahan katil Aminudden yang berbalut satu badan. Alia ketika itu memeriksa keadaan Aminudden,Aila yang ada bersama hanya duduk di sebelah katil Luqman.

"Bagaimana kamu berdua boleh cuai? Tak pasal-pasal kena tahan wad.." ujar Razeedah yang sudah berada di dalam wad.

"Kami bukan OP macam uncle,bonda..." jawab Luqman.

"Lain kali berhati-hati..." ujar Razeedah risau.

Razeedah duduk di hadapan katil Luqman,kerana Aminudden masih dirawat Alia. Aminudden hanya mendiamkan diri,dia tidak memandang isterinya. Alia yang baru selesai melakukan pemeriksaan,sedar tindakan suaminya dan sekadar menghela nafas pendek.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now