CHAPTER 87 : KING SUMMIT,BEGUN!

784 92 17
                                    


Negara Winter.

Sesiapa sahaja yang mendengar nama negara ini,sudah terbayang sebuah negara yang disaluti salji dan cuaca sejuk berpanjangan.

Namun bukan semua tempat diselaputi salji,kerana kerajaan negara Winter telah mereka bentuk satu mesin pemanas khas. Mesin tersebut bukanlah mesin yang biasa,tetapi mampu menghasilkan suhu dingin atau suhu bilik. Sebab itu ada tempat-tempat yang tidak diselaputi salji tebal,kekal dingin dan para rakyatnya tidak perlu sentiasa memakai baju yang tebal.

Kota di negara tersebut umpama sebuah kubu pertahanan gergasi,dengan perisai halimunan yang melindungi kota itu dari serangan pihak musuh. Tetapi tahun ini negara Winter terpilih,ya terpilih menjadi negara tuan rumah untuk para raja seluruh dunia berhimpun.

Alif kini berada di negara tersebut,untuk misi mengiringi raja negara Mentari iaitu Reezal Al"Solleh menghadiri mesyuarat perjumpaan para diraja. Dia kini berada di sebelah kanan Reezal,Ikhwan pula di mengiringi dari sebelah kiri dengan gaya yang tenang dan tegas.

"Aku rasa tak perlu kau iringi aku..." ujar Reezal tidak menoleh pada Ikhwan.

"Kenapa tidak,musuh bukan seorang dua orang abangku..." kata Ikhwan pula masih dengan riak wajah serius.

"Apa yang kau fikirkan?" soal Reezal.

"Raja negara Hawk,Gordon Hawkins hampir dibunuh oleh pihak pemberontak 3 tahun yang lalu..." jelas Ikhwan dan Reezal hanya mendiamkan diri.

"Tapi yang mati adalah anaknya,Edward Hawkins.. Putera kedua kerana dia melindungi ayahnya dan putera sulung pula,Carl Hawkins hilang tanpa dapat dikesan.." kata Ikhwan seperti membaca maklumat dari fail.

"Kau bagi penjelasan macam tengah baca fail..." kata Reezal hanya tersenyum.

"Memang pun..." Ikhwan menjawab sambil menyerahkan fail dokumen pada Reezal.

Tindakan Ikhwan hanya mengejutkan abangnya,kemudian menggelengkan kepala dan menyambut dokumen fail berisi maklumat yang dimaksudkan oleh Ikhwan.

"Pembunuhnya adalah Valkryie mereka sendiri,Mariana de'Lance..." ujar Ikhwan dan Reezal memerhatikan gambar wajah Mariana di situ.

"Cantik orangnya,tapi sayang dia pilih jalan yang salah..." ujar Reezal.

"Terpikat ke?"

"Kau buat lawak ke? Aku cuma memuji.."

"Rasanya kalau kak Razeedah dengar naya kau bang..."

"Diam boleh tak?"

Gelagat dua beradik itu yang sedang berbual diperhatikan oleh Alif,dia hanya memandang mereka berdua tanpa sepatah ayat sekalipun. Mereka kini telah tiba di hadapan pintu utama bangunan perjumpaan diraja,pengawal yang berkawal memandang ke tempat sebaik menyedari kehadiran Reezal serta Ikhwan dan yang lain.

"Raja generasi kelima,Reezal Al'Solleh..." Seseorang menegur dan langkah mereka terhenti.

Alif menjeling dan terkedu melihat seorang perempuan cantik,berdiri di satu tempat seperti menunggu kedatangan Reezal. Ikhwan pula hanya mendiamkan diri,dia tahu Reezal mengenalinya.

"Delisha..." kata Reezal pendek.

"Amboi dinginnya..." ujar wanita bernama Delisha berjalan dengan gaya menggoda.

"Apa yang kau nak?" soal Reezal.

"Lama kita tak berjumpa,salah ke saya menegur awak Reezal?" soal Delisha cuba menyentuh pipi Reezal.

Namun Ikhwan terlebih dahulu menahan,Delisha sedikit terkejut kemudian menjeling Ikhwan. Alif pula hanya mampu menghelakan nafas pendek,Aurora dan Altera hanya mendiamkan diri mereka.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™حيث تعيش القصص. اكتشف الآن