CHAPTER 98 : FEEL. THE. BURN?

808 84 38
                                    


Meteora dan Wild Gunz terus rebah,darah membasahi bumi dan Farhan melangkah pergi dengan muka tanpa emosi. Namun Meteora kembali bangkit dan bentuk pahlawannya telah lenyap seiring terken serangan Farhan,biarpun dalam keadaan darah penuh hampir seluruh tubuhnya. Langkah Farhan mati dan dia mengeluh,membelakangkan Meteora yang merenungnya tajam. Wild Gunz tidak mampu bangun,hanya mampu memerhatikan Meteora.

"Luka kau parah,duduk diam tunggu bantuan adalah pilihan bijak..." ujar Farhan tidak memandang ke arahnya.

"Diam!! Aku tidak akan mudah mengaku kalah! Tidak selagi manusia di muka bumi ini pupus sepenuhnya!!" Meteora berkata dengan susah-payah,Farhan menghela nafas pendek kemudian memandang ke arah wanita berambut biru.

"Kau memang menjengkelkan..." ujar Farhan dengan nada yang tegas,Meteora terkejut apabila melihat daya bunuh Farhan dirasai olehnya.

Meteora menggigil dan Wild Gunz kehairanan,apabila Wild Gunz memandang ke arah Farhan dia tersentak. Ini kerana bayangan naga berwarna perak sedikit cerah,berada di belakang Farhan merenung tajam ke arah mereka.

Sekali imbas bayangan itu terus hilang dan renungan Farhan berlainan,dia hanya menghelakan nafas sambil memejamkan matanya. Meteora terketar-ketar kerana daya bunuh milik Farhan,Wild Gunz tidak mampu berkata-kata.

"Kau rawat luka kau tu dulu,baru cabar aku lagi..." ujar Farhan tersenyum kemudian berpaling dan terus berjalan pergi.

Meteora terus terduduk dan Wild Gunz hanya mampu mendiamkan diri,tidak mampu berkata-kata dengan kekalahan teruknya. Farhan berjalan dengan tenang dan seseorang mendarat di hadapannya. Farhan tersenyum dengan kehadiran pemuda tersebut,berambut serabai kemas anak mata berwarna emas cair.

"Kau lepaskan mereka? Patut bunuh sahaja..." ujar pemuda itu.

"Hafez...janganlah begitu,semua orang perlu diberi peluang..." kata Farhan dengan senyuman redup.

"Kau terlalu murah hati..." ujar pemuda bernama Hafez itu.

"Tak sangka kau datang..." kata Farhan tersengih.

"Ikhwan suruh aku datang,kau tahu apa akan jadi kalau aku tak ikut permintaan dia.." ujar Hafez merungut.

"Biasalah,Ikhwan jenis suka membantu walau macam mana susah... Tetapi jangan kita masa dia minta tolong buat tak tahu.." ujar Farhan dan Hafez hanya mengeluh.

"Kau datang sini sorang je ke?" soal Hafez.

"Nope,ada dua ekor budak ikut aku tadi.." ujar Farhan menggaru kepala.

"Sekarang?" soal Hafez.

"Entah cabut mana.." jelas Farhan.

"Sama la..." kata Hafez pula.

"Eh? Kau pun sama?" Farhan tersenyum kelat.

"Aku dengan seorang perempuan... Alih-alih dia hilang..." jelas Hafez.

Pada waktu yang sama juga,di lokasi berbeza di mana Altera diselamatkan oleh Luqman dan Aminudden. Mereka berbalas renungan dengan Mariana,Joker dan Rowan. Luqman mengeluh dan Aminudden meregangkan ototnya,tangannya diputarkan kemudian lehernya pula.

"Setelah sekian lama,akhirnya kita berjaya beraksi dalam perang!" ujar Aminudden teruja.

"Oi! Musuh depan mata jangan main-main la.." kata Luqman menampar belakang kepala adiknya.

"Aku excited gila ni,jangan la rosakkan bro!" Aminudden merungut.

Joker tersenyum sinis dan mengeluarkan kad tertera Joker pada kad terup tersebut,dia terus melemparkan ke arah dua beradik itu. Luqman dan Aminudden menoleh ke arah kad terup itu,kemudian seseorang muncul lalu membelah kad tersebut dan meletup kedua-dua bahagian kad terup yang sudah terbelah.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now