CHAPTER 10 : SECOND AMBUSH

1.2K 106 10
                                    

Imej Qatariz pada media

Alif menggeliat sebaik sahaja bangun dari tidur,mereka masih berada di atas kapal dan tidak turun mana-mana negara. Mereka tidak mahu sebarang masalah terjadi,pada masa yang sama dari jauh sebuah kapal yang mempunyai lambang Mentari memerhatikan mereka.

Sudah semestinya orang itu adalah Qatariz dan Mirana,itulah misi mereka melindungi Alif dan yang lain dari jauh. Rambut Qatariz disikat ke belakang dengan cermin mata hitam,air pepsi disedut dengan penyedut dan ayam goreng dikunyah.

"Will you eat properly? Tak ada adab betul...." Mirana mula berleter.

"Hey relax....tak mati la.." jawab Qatariz menarik daging peha dengan giginya.

Mirana hanya menggelengkan kepalanya dan terus berleter,Qatariz tersenyum memerhatikan Mirana yang sedang memarahinya sehingga terhenti. Mirana mukanya merona merah dan Qatariz hanya tersenyum,Mirana terus mendiamkan diri tanpa bersuara sedikit pun.

"Saya lega bila awak semakin aktif..." ujar Qatariz.

"A-apa maksud awak?" soal Mirana tidak faham.

"Awak ingat pertama kali kita berjumpa?" soalan Qatariz membuatkan Mirana teringat kenangan silam,di mana dia diselamatkan oleh pemuda itu semasa dia di seksa.

BOOM!!!

"Huh?.." Qatariz terkejut apabila menyedari kapal milik Alif diserang.

"Apa yang berlaku? Siapa serang mereka?" soal Mirana dan Qatariz menekan system pada kapal miliknya,mencari pihak yang menyerang kapal Alif.

"APAHAL SIAL?" Soal Alif bengang apabila kapalnya diserang dengan tiba-tiba.

"Baru je kena serang tadi,ni datang lagi? Apa punya nasib malang da..." ujar Azryan terus ke tempat pilot,Aurora menunduk memeluk lutut dan Alif sedar akan keadaan itu.

"Aurora...." Ujar Alif dan Aurora mendongak memandangnya.

"Saya tak akan tanya...." Kata Alif dan menekan sesuatu pada headphone miliknya.

"Ryan pandu cepat!!"

"Qatariz!" Mirana mula risau.

"I know!...." balas Qatariz.

Kapal hitam itu mula bergerak meluncur laju namun tembakan tetap mengejar mereka,Qatariz segera menggelungsur ke arah tempat pilot dengan kerusinya lalu memulakan pemanduan. Sedang mengekori Alif dari belakang,Qatariz sedar satu objek besar mengekori kapal hitam tersebut.

"Kapal apa pulak yang serang diorang ni?" soal Mirana.

"Skull Wing obviously...." ujar Qatariz menoleh ke arah kapal misteri itu,lambang Skull Wing tertera pada badan kapal itu.

"Wuhuu...dekkak...." Qatariz berkata dengan ternganga.

"Apa kita nak buat? Letupkan kapal?" soal Mirana.

"Dengan apa? Saya bukan Ikhwan okay?" ujar Qatariz mencebik.

"Otak ada kan? Guna la....awak kan pandai?" Mirana menyindir.

Qatariz malas nak bertekak dengan gadis serigala itu,kemudian dia menekan sesuatu pada sistem kawalan. Dia mengimbas kapal musuh yang besar itu,untuk mencari kelemahan atau tempat yang lemah dan senang untuk diserang.

"Haih lemah betul la...kapal tu solid,how I'm gonna blow that ship...?" Qatariz berfikir sejenak kemudian menjeling Mirana.

Alif berpaut pada dinding dan palang bagi mengelakkan dia terjatuh,Azryan sedaya-upaya mengelak serangan kapal tersebut. Agnez mendecih kemudian segera ke kawasan kargo kapal,pintu belakang terbuka dengan tiba-tiba.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now