Laventarine - Prologue

553 61 1
                                    

Saya tahu cerita ini nampak sangat ketidakmatangan dari segi penulisan ayat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tahu cerita ini nampak sangat ketidakmatangan dari segi penulisan ayat. Saya minta maaf terlebih dahulu dan harap maklum bahawa cerita ini dibuat dengan selamba badak.

---

"Okay semua, sampai sini saja video kita kali ni. Bye!" Tangan kanan Safyna melambai-lambai ke arah kamera di hadapan.

Tamat sahaja penggambaran video, senyuman manis yang diukir sejak tadi perlahan-lahan merosot. Keluhan panjang dilepaskan. Mati terus wajah ceria dia.

Begini lah rutin seorang Safyna setiap kali mahu mengambil video untuk akaun YouTube asmr dia. Perlu pakai topeng yang tebal supaya orang tidak mengesyaki apa-apa.

Sejurus kamera ditutup, punggung diangkat dari tikar plastik. Safyna perlahan-lahan berjalan ke arah seseorang yang sedang duduk di ruang tamu. Dia berhenti di sebelah lelaki itu.

Nafas dikumpulkan sebelum dia berani mengeluarkan suara.

"Pak Zail, Fyn dah siap buat video" suram suara Safyna berkata.

Lelaki separuh umur itu hanya angguk kepala sekali. Sebelah tangannya naik menadah sesuatu tanpa berpaling ke arah anak gadis di sebelah. Tanpa ragu-ragu, Safyna lantas meletakkan kameranya di dalam tadahan tangan Pak Zail.

Dia kemudian melangkah ke belakang untuk masuk ke dalam biliknya. Lemah lutut bila hadap lelaki aka Pak Zail tu. Tapi pergerakan dia terhenti apabila suara Pak Zail berdehem.

"Kau tak buat apa-apa selain benda yang sepatutnya kau buat kan?" Duga Pak Zail seraya menghirup sup bakso ke bibir.

Safyna terkedu. Meskipun dia tidak buat tapi tetap dia rasa terperangkap. Tipulah kalau selama ni hatinya tak pernah terjentik mahu meminta tolong melalui rakaman video. Lagipun, tak berani lah dia nak buat! Sebab..

"Ingat, kalau aku jumpa kau buat benda yang tak sepatutnya.. bukan setakat tali pinggang je aku kasi. Segala batang paip, kayu apa semua aku bagi. Nak puas lagi? Batu arang tu, panas-panas aku tepek atas badan kau" sedas ugutan maut diberikan.

Safyna hanya diam. Sebab itu lah! Dari kecil sehingga besar dia sering didera oleh lelaki itu. Salah sikit, tak payah tunggu satu minit, tak sampai sepuluh saat dah hinggap tapak kaki dekat muka. Kena libas kayu pun dah cukup.

Kepala angguk tanda faham, lantas tapak kaki meneruskan perbuatan yang tertangguh tadi. Sebaik diri masuk ke dalam bilik, cepat-cepat pintu kayu itu ditutup rapat.

Safyna perlahan-lahan duduk bersandar pada pintu bilik sambil memeluk lutut. Air mukanya hanya mendung dan monyok. Tanpa sedar, air mata mula bergenang. Sakit sungguh hati dan perasaan.

"Kenapa aku hidup?" Kata minda Safyna. Sudah beribu kali persoalan yang sama terlintas di fikiran.

Pak Zail, ayah kandung dia sendiri. Ye, ayah kandung! Tapi layanan orang tua tu jelas bukan seperti seorang ayah. Tak pernah lelaki tu memberi kasih sayang padanya walaupun sebesar hama.

Insan yang bergelar 'ayah' memang suka menyoalkan kewujudan dia di bumi ini. Bahkan lelaki itu jijik mendengarnya memanggil dia sebagai 'ayah'. Boleh bernanah telinga kata dia.

Safyna tekup muka sendiri, sumpah dia tak tahan hidup macam ni. Rasa nak mati saja. Nak minta tolong pun rasa macam tak berguna. Ada ke orang yang nak percaya kata-kata dia?

Pada pandangan orang luar, mereka ialah sebuah keluarga yang bahagia. Pada mereka, hubungan di antara Safyna dan Pak Zail sangat akrab sehingga membuatkan orang luar yang melihat berasa mahu ada ayah seperti Pak Zail. Tapi itu semua dusta belaka! Orang tua tu sangat mahir dalam bab berlakon dan manipulasi. Tambah pula dengan jumlah pengikut yang diperolehi.

Manakan tidak, setiap akaun Pak Zail yang berada di mana-mana platform sosial media, semuanya memaparkan bahawa mereka berdua sangat bahagia sesama sendiri. Kalau lah mereka semua tahu perkara sebenar.

Sejak kecil, Safyna dipaksa untuk membuat video. Tengah sakit atau letih pun dia terpaksa juga buat. Semuanya hanya disebabkan duit. Siapa lagi yang paksa kalau bukan Pak Zail. Depan kamera bukan main mesra diorang berdua, belakang kamera syaitan pun terkejut.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now