Laventarine - 57

90 19 1
                                    

"Macam complicated sangat je. Argh aku tak nak lah buat.." selafaz kata putus asa keluar dari mulut Safyna. Tiba-tiba terasa seperti tidak ada tenaga mahu meneruskan misinya.

Hannah menghentak pen ke atas helaian kertas buku. Wajahnya berkerut.

"Apa pula kau ni? Kata nak buktikan lepas itu suruh aku bagi cadangan. Dah aku bagi kau nak bangkang" mulut sudah mula membebel.

"Bukan apa, tapi macam cliche sangat. Macam.. apakata kalau kita buat plan yang nampak tak budak-budak sangat. What I mean is matang..?" Safyna pula beri cadangan. Dia tahu budak perempuan 15 tahun di hadapannya akan bertukar menjadi singa betina dalam beberapa detik sahaja lagi.

"Jadi kau nak kata.. kau nak kata idea aku macam budak 9 tahun ke bawah?"

"Ya Allah tak! Maksud aku, apa nama perkataan tu? Uhh.. upgrade!"

"Dah tu kau bagi lah idea macam mana. Meh sini aku tadah telinga" Hannah menyuakan telinganya.

Berkerut sudah dahi Safyna. Bukan dia bermaksud idea minah tu tak boleh diguna-pakai tetapi macam ada benda yang mereka perlu betulkan lagi. Cuma.. dia sendiri pun tak tahu.

"Don't know what to say, dear girl?" Nada suara Hannah seakan-akan menyindir.

Safyna juling bebola mata. Dia mengeluh perlahan sambil menggosok-gosok belakang leher. Tiada langsung idea yang sudi masuk dalam benak fikiran.

"Macam budak-budak sangat. Aku.. ah entahlah tak tahu apa pasal dengan aku ni!" Pasrah sudah. Senang betul dia berputus asa.

"Kau takut idea 'budak-budak' ni tak menjadi lepas itu kena ejek dengan sempudal-sempudal lain?" Duga Hannah.

"Kind of."

"Don't give a shit about them. Therefore, work hard until mockeries turn into praisers" jawab si kawan ringkas. Dia menjongket kedua belah bahu dan terus menggesek skrin telefon bimbit.

Safyna membuang pandang ke suatu arah yang berlainan, dia cuba mencari idea. Kenapalah benda sebegini boleh jadi terlalu sukar?

"Meluat pula aku tengok posting setan tua tak sedar diri ni! Buat tiktok buat story IG buat post IG tunjuk kebahagiaan palsu kau tu! Diam seperti pemalu bergerak menjadi menantu mamamu~ Idih kuntull sudah!" Mendatar berang suara Hannah melepaskan barannya sehingga mengundang pautan kening Safyna.

Skrin telefonnya dipusingkan menghala ke Safyna. Tersemat beberapa buah postingan video dan gambar yang memaparkan keharmonian dua beranak tersebut. Menyenget bibir Safyna apabila menyaksikan video tentangnya yang sedang membuat video asmr diiringi dengan lagu berjudul Until I Found Her. Sudahlah dirakam dari jauh, senyap-senyap.

"Oh I used to say.. I would never fall in love again until I found her~"
Caption : Proud of you my beloved daughter. You never cared about being tired even though your father told you to stop. Dad has never regretted having a child like you, Safyna🥰

"Ini kau rasa pukul berapa dia rakam kau senyap-senyap? Cringe budu.. dad has never regretted lah kononnya. Lagu pun.. puss" Hannah geleng kepala. Dia tahu sesuatu yang Safyna tidak tahu.

Safyna hanya cebik bibir lalu membuang pandang sekali lagi. Malas lah nak ambil tahu hal kedukaan dia itu, buat mogok mod saja. Live asmr semalam hari sampai nak dekat pukul 5 dia buat, atas arahan dan pemerhatian dua ekor setan tak sedar diri.

"Entah lah Hannah, semalam aku buat je live tu. Mengantuk tak mengantuk itu hal lain. Aku rasa kosong gila, tak tahu nak buat apa" luah Safyna tentang situasi yang sebenar. Selepas tamat live, dia masih tidak rasa mengantuk. Mungkin sudah terbiasa dengan keadaan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora