Laventarine - 71

89 13 0
                                    

Cahaya bulan penuh yang berdiri megah di langit menambahkan keindahan malam. Menjadi tarikan seorang gadis yang galak merenung Cik Bulan.

Senyuman manis Safyna makin lebar apabila dia kian mengenang memori di antara dirinya bersama seseorang. Siapa lagi kalau bukan Mr. Vagabond itu. Hari ini merupakan hari paling indah sekali dalam hidupnya meskipun kena tibai tak tentu pasal.

Bermula dari detik Fyaz sanggup menggunakan duitnya untuk membeli beberapa jenis ubatan di farmasi. Kemudian rawat dengan pelbagai cara. Bukan hanya menggunakan ubat-ubatan tetapi sanggup membawanya ke tempat yang indah dan nyaman.

Taman Tasik Ukay, tempat mereka berdua menghabiskan masa sesama sendiri. Bersuka ria, kayuh basikal sama-sama, makan aiskrim meskipun mamat tu tak gemar makanan sejuk dan itu sangat menyentuh hati Safyna. Kejadian aiskrim di taman..

———

"Ada aiskrim lah! Weh.. dah lama tak makan aiskrim nok" ujar Safyna teruja. Bersinar-sinar anak mata memandang tepat ke arah gerai aiskrim yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.

Fyaz yang sedang melihat suasana taman tasik itu berpindah anak mata pada anak gadis di sisi. Dia beri jelingan pada tempat yang ditujukan, lalu pandang Safyna kembali.

"Kau nak aiskrim?" Tanya Fyaz.

Safyna angkat kepala menoleh ke arahnya, dia angguk sedikit.

"Tapi tak payahlah, aku ni mana ada duit. Lagipun.. nak suruh kau belanja? Malu tujuh keturunan aku chorr.. Kau dahlah habiskan duit untuk ubat nak rawat aku. Tak payahlah.." Safyna siap sedia menolak jikalau mamat itu mahu keluarkan duit poket untuk dirinya lagi. Cukuplah dia tahan malu selama ini.

Jejaka itu hambur tawa kecil.

"Apa payah sangat kau ni, perempuan? Cakap jelah nak. Duit aku banyak lagi ni.." Dia mengeluarkan beberapa keping ringgit Malaysia dari poket jaket.

"Eish.. tak payah! Simpan duit tu, Fyaz. Belanja untuk diri kau sendiri cukup" tangan Safyna menolak tangan Fyaz yang sedang menyuakan duit kepadanya.

"Tak apa, aku sudi belanja" ucapnya lembut.

"Fyaz.."

"Shh.. shhh.. jangan cakap apa-apa dah. Kehendak kau, kemahuan kau, aku sudi tunaikan. Shh.." Fyaz angkat jari telunjuk lalu digerakkan ke kiri ke kanan.

Safyna hela nafas. Lagi satu sebab dia tak mahu ialah mamat ni bukannya suka telan makanan sejuk.

"Tap-" belum sempat dia mahu melangsungkan ayat, jari telunjuk Fyaz serta-merta mendarat di bibirnya. Terkedu dan terdiam.

Fyaz merapatkan jarak di antara wajah mereka berdua. Sedikit sebanyak membuatkan Safyna mahu bergerak melangkah ke belakang, tapi kaki bagai ditampal gam Gajah.

"What Fyaz wants, Fyaz gets. How many times do I have to tell you to keep this in your head, Mr. Safyna? Please enjoy your day. Bagi aku tunaikan apapun hasrat kau, because that's what a Vagabond should do to his soul. Duk sini diam-diam, aku pergi beli eskem. Kau bergerak seinci, tu tasik tu.. berenang lah kau sorang-sorang" penuh authority dan mendatar pesanan diberi. Safyna telan liur.

Fyaz laju pergi berlari ke arah gerai aiskrim itu, meninggalkan Safyna dalam keadaan terkebil-kebil.

———

Bukan sahaja itu, kenangan paling tak akan punah dalam kepalanya adalah saat dimana mereka berdua seronok sakan bermain di padang rumput yang berdekatan dengan gunung-ganang. Hampir terjatuh dia ketika ditarik oleh Fyaz untuk sampai ke sana.

Tika Safyna dan Fyaz bermain, menari dan vibing bersama-sama.. ianya bagaikan dunia khayalan sahaja. Senyuman dan tawa Fyaz yang jarang diukir, sekali anak dara tengok mahu cair kalah aiskrim.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now