Laventarine - 79

56 11 0
                                    

"Safyna, ibu aku suruh balik. Nak balik kampung sebab kematian pakcik aku ni. Weh sorry tak dapat spend time dengan kau" ujar Hannah bersama rasa serba salah yang menggunung. Dia baru sahaja diarah balik oleh ibunya.

Safyna angguk kepala, bibirnya dirapatkan.

"Tak apa, aku faham. Kau pergilah."

"Aku suruh driver aku hantar aku dulu baru kau, okay?" Skrin telefon digesek ke atas lalu sebuah aplikasi ditekan untuk menghubungi encik driver milik keluarganya.

Dia tidak boleh berbuat apa-apa melainkan bersetuju. Bila fikir balik, lebih elok Hannah dihantar ke rumah terlebih dahulu. Boleh kemas barang dan buat persiapan lain. Dia ni nak tereban mana-mana pun tak apa.

Maksudnya Ridzwan pun perlu angkat balik kampung sekali lah juga ni. Maklumlah sepupu. Safyna dan Hannah terus membuka langkah besar, balik semula ke SLE Palace.

Tak apa, Fyn. Rezeki kau mungkin di lain hari. Semalam pun dikira cukup, bersyukurlah.

Kelam-kabut mereka berdua mengemas barang. Nasib baik tak banyak sangat dan cukup tangan, kalau tidak memang jenuh mereka nak junjungnya. Ketika tiba di tingkat G, Mr. Aizack aka pemandu milik keluarga Hannah menerpa ke arah mereka berdua. Sudi menghulurkan bantuan. Sudah ditepis tapi masih berdegil.

"Ah ok lah, abang Aiz letak je barang ni kat bonet. Tak pun, kat depan kalau bonet penuh" tercungap-cungap Hannah ketika berkata-kata.

"Baik, cik muda Hannah" ujar Mr. Aizack seraya menunduk separa kepalanya.

Hannah berlalu ke arah pintu kereta Range Rover Evoque berwarna hitam tersebut lalu menarik pemegang pintu. Masing-masing masuk ke dalam perut kereta lalu melabuhkan punggung.

"Hannah."
"Hm?"

Safyna berpaling melihat tempat duduk hadapan yang diduduki pemilik asalnya sebelum menoleh ke arah Hannah.

"Maknanya Ridzwan pun balik juga, kan?" Sampai saja ke telinga Hannah, terus budak itu sekilas memandang ke arahnya. Tayang muka berkerut.

"Kenapa kau sibuk pula pasal dia ni?" Biji mata mula pandang atas bawah ke arah Safyna.

"Ya Allah saja je aku tanya" separuh jujur Safyna menjawabnya. Dia teringat akan suatu perkara yang melibatkan keluarga Ridzwan dan arwah ibu kesayangan. Tentang apa? Tunggu dulu.

"Dia balik.. tapi esok. Mak bapak dia ada hal penting hari ni. Dapat berita pun mengejut, mana sempat nak pek barang apa bagai. Tak esok, malam ni baru gerak" jelas Hannah yang baru selesai membalas mesej Ridzwan.

Kepala diangguk perlahan. Dia membuang pandang ke luar jendela.

"Kau suka dia eh?" Tiba-tiba suara Hannah menyampuk. Diselitkan bersama sebuah tudingan.

Terus berdesup Safyna menoleh. Kawannya sorang itu sedang tersengih persis seekor kambing.

"Eh kau! Mana ada!" Oh tolonglah, lambat lagi!

---

"Bye, Hannah. Thank you for everything" ucap Safyna sambil berpelukan dengan Hannah tersayang.

Gadis itu geleng kepala. Senyuman yang diukir masih tidak lekang dari bibir. Hannah menapak keluar daripada perut kereta, mereka melambaikan tangan sesama sendiri. Mr. Aizack yang menjadi saksi hanya tersenyum nipis, lucu dengan kelakuan dua sekawan itu. Perempuan..

Perlahan-lahan pedal minyak ditekan seraya menggerakkan tayar kereta tersebut. Safyna kembali duduk seperti biasa, penuh beradab. Kepalanya menunduk ke bawah, sedari tadi kuku galak menguis-nguis kulit. Dia terpikirkan sesuatu.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now