Laventarine - 6

311 45 1
                                    

"Bibik tak guna, kau pergi buat air sekarang!" Tegas arahan dari Pak Zail.

Safyna ketap bibir. Gelaran dia sudah bertukar menjadi bibik dan sekarang dia kena pergi buat air. Ikut logik, rasanya selama ni dia dah jadi bibik tanpa sedar. Bukan setakat bibik saja, tapi kuli. Kuli yang setia menjadi hamba seksaan neraka buatan Pak Zail.

Safyna tarik nafas dalam-dalam lalu bersuara.

"Pak Zail dengan Cik gorgeous nak minum apa?" Paksa tarik senyum. Mogok anak tekak dia nak lafaz perkataan 'gorgeous' tu. Yucks!

"I nak air sirap satu. Baby, you nak minum apa?" Pesan wanita itu lalu soalan dipulangkan kepada baby dia.

"Buat kan aku kopi" mendatar suara Pak Zail.

Safyna angguk kepala. Kaki berjalan menuju ke dapur untuk menyiapkan pesanan mereka berdua. Sirap dari peti sejuk dikeluarkan, balang kopi juga diambil.

Sesekali mata mengintai Pak Zail bersama wanita asing itu di ruang tamu. Bertepuk tampar, gelak tak ingat dunia, suara kepit-kepit, ayat-ayat manis buaya platinum semua dihambur keluar. Bernanah telinga dia ni mendengarnya.

Ketika Safyna sedang membancuh air kopi, telinga menangkap derapan kaki seseorang menapak ke dapur. Malas nak angkat kepala.

"Hoi bik, bagi aku air tu" tiba-tiba satu suara separa berbisik mencelah.

Safyna paksa toleh kepala ke tepi, kelihatan seorang perempuan sedang terpacak sambil sebelah tangan mencekak pinggang langsingnya. Aduh apa perempuan ni nak? Tanpa banyak soal, tangannya menolak cawan kaca itu kepada wanita asing di hadapan.

Perempuan itu mengambil cawan kaca yang diberi lalu hirup sedikit air kopi di dalamnya. Redup pandangan Safyna melihat kelakuan si dia. Entah apa kena pun tak tau.

Malas nak hadap, kaki dia terus pusing ke belakang untuk mengambil ais batu. Baru sahaja dia nak buka pintu peti sejuk, tiba-tiba ada suara nyaring menjerit. Tersentak dibuatnya, kepala lantas toleh ke belakang.

"Baby! Help me!" Pinta wanita asing itu sambil menjerit-jerit memanggil baby nya. Dah macam cacing kepanasan.

Dengan sekelip mata, Pak Zail sudah sampai di dapur. Cepat-cepat dia menenangkan wanita kesayangannya. Pujuk macam benda tu masalah besar sangat.

"Omg sayang, kenapa boleh jadi macam ni?" Lembut berselit risau Pak Zail bertanya.

"Tangan I! Tangan I! Tangan I kena kopi panas ni! Semua salah bibik tak guna you tu!" Rengek si dia sambil menuding jari tepat ke arah Safyna. Tajam-tajam dia tuding!

Kerutan menghiasi dahi Safyna. Aip.. apa— Ok maklumat dah sampai otak. Tepuk tangan! Safyna mendengus kecil lalu pandangannya dibuang ke tempat lain.

So the conclusion is, perempuan tu saja-saja jirus kopi panas dekat diri sendiri lepastu dia akan tuding jari dekat orang lain. Mungkin dia tahu betapa bencinya Pak Zail pada diri Safyna atau dia cemburu? Kebiulan apakah ini?

Cukuplah Safyna melihat wajah bengis Pak Zail yang bagaikan sedang tunggu waktu gunung berapinya meletus. Halkum lelaki itu bergerak-gerak sambil kedua belah tangannya menggenggam kuat buku lima. Bila-bila masa je boleh melayang dekat muka Safyna.

Pak Zail berjalan pergi ke Safyna seperti seekor gergasi. Tanpa buka mukadimah, sedas tumbukan padunya hinggap di pipi kanan gadis itu. Terpelanting Safyna ke belakang sehingga kepalanya bergesel dengan bucu meja. Dia rebah di atas lantai.

"Kau kalau tak bawak bala dekat orang tak tenang hidup ke?! Berani kau sentuh perempuan aku! Kau memang nak.." saja dibiarkan ayat terakhir itu tergantung.

Pak Zail menarik Safyna ke arahnya menggunakan sebelah tangan. Dicekup kuat rambut gadis itu lalu dihantuknya kepala Safyna ke meja batu.

Tanpa belas kasihan, Pak Zail menghayunkan anaknya sekali lagi. Tapi kali ini Safyna menahan dirinya dengan kedua belah tangan di meja batu itu. Makin ditolak, makin cengkamannya dieratkan. Sampai terkikis-kikis kukunya.

"Fyn minta maaf! Fyn tak sengaja! Fyn tak ada niat nak buat! Fyn minta maaf! Minta maaf sangat-sangat! Fyn minta maaf! Fyn tak sengaja! Fyn tak ada niat nak buat! Pak Zail tolonglah! Fyn minta maaf! Tolonglah lepaskan Fyn Pak Zail.." esakan rayuan Safyna memenuhi rumah tersebut.

Walaupun dia tak pernah sentuh wanita kesayangan lelaki itu, tetap juga Safyna memohon maaf. Kalau dia cakap benda betul pun bukannya Pak Zail nak percaya. Apa saja yang betul pada diri dia di mata Pak Zail. Semuanya salah!

"Buat apa kau minta maaf dekat aku?! Minta maaf dekat dia lah gila!" Seraya itu Pak Zail menarik Safyna untuk menghadap wanita kesayangannya. Cengkaman kuatnya masih tak dilepaskan.

"You nak maafkan tak bala sekor ni?" Pak Zail minta pendapat wanita kesayangan di depan.

Dia yang sedang terpacak itu mula menggulungkan rambut ikalnya menggunakan jari telunjuk. Mara setapak ke hadapan hingga kaki panjangnya bertemu dengan kepala Safyna.

"Boleh. Urm but.. on my knees please" bibir naik senyum sinis. Mata bulatnya berkelip-kelip memandang Safyna di bawah.

"Cepat berlutut dekat dia!" Ditolaknya Safyna supaya posisi gadis itu berubah seperti yang dipinta.

Safyna gagahkan badannya walaupun dia sudah lelah teramat. Posisi diubah kepada berlutut. Air matanya masih tidak berhenti mengalir.

"Come on baby, takkan lah ni je" ya dan semestinya kita ada Pak Zail yang pantang berbunyi. Hasut perempuannya supaya lakukan lebih lagi.

Wanita itu lontarkan senyuman pada kekasihnya. Sejurus itu cawan kopi tadi diambil lalu dituangkan semua isi ke atas tubuh Safyna. Bersorak mereka berdua apabila melihat Safyna diperlakukan sebegitu rupa.

"Cium kaki aku" pinta dia.

Safyna pejam mata sendiri. Ketap bibir kuat-kuat supaya esakannya tidak terlepas. Kepala ditolak kuat lalu bibirnya bertemu dengan kaki wanita itu. Mestilah sekali saja tidak cukup bagi mereka.

Safyna geleng kepala tanda dia tak mahu teruskan. Dan ketika itu jugalah kepala dia ditekan ke bawah dengan sebelah lagi kaki wanita asing tersebut. Ditekan-tekan kepala anak gadis itu dengan kuat. Dua manusia di sekitarnya galak mentertawakannya.

Beberapa minit kemudian, mereka melepaskan Safyna. Meninggalkan dia yang sedang terbaring longlai di lantai dapur. Air mata Safyna juga sudah kering, hanya tinggal sisa-sisa sahaja.

Sakit kepala, sakit satu badan, sakit hatinya! Lebam di pelbagai tempat, bibirnya juga sudah pecah dan Safyna juga dapat merasakan darah yang mengalir masuk ke dalam mulut. Hati kecilnya berbisik.

Ya Allah, aku dah tak mampu..
Aku penat Ya Allah..
Kau tarik jelah nyawa aku sekarang ni..
Aku betul-betul mengalah
Ambil jelah aku Ya Allah

Dan kelopak mata Safyna perlahan-lahan tertutup.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now