Laventarine - 44

118 21 1
                                    

Pewarna rambut bertona midnight dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk kecil sebelum developer yang tersedia dimasukkan. Kedua-duanya dicampurkan bersama, sejurus itu ia diletakkan pada rambut yang sudah dibahagikan kepada subseksyen.

"Agak-agak apa hasil kita dapat nanti?" Tanya Safyna sambil sibuk meletakkan warna pada helaian rambutnya.

Hannah jongket bahu, dia pula sedang sibuk bermain dengan pewarna rambut kepunyaan Safyna.

"Mana lah aku tahu. Aku tak pernah buat."

"Tak apa kan kalau aku buat tapi tak bleach rambut?" Dia risau kalau ada apa-apa jadi terhadap rambutnya nanti.

"Okay kut aku rasa. Google mengatakan bahawa warna rambut tanpa bleach boleh je, asalkan kalau rambut kau gelap, pilihan warna pun mestilah gelap. Kita doa je lah kau tak cosplay Saitama lepas ni" ujar Hannah berbaur gurauan.

Terus sedas pelempang dihadiahkan pada bahu kanannya. Safyna ketawa kecil apabila membayangkan rupa dia jika botak nanti. Mahu ada yang jadi Joker. Dia geleng kepala lalu terus menyambung kerjanya.

"Weh, Hannah" seru Safyna.

"Apa dia?"

"Cuba kau fikir, kalau orang lain tahu aku buat benda ni, agak-agaknya nak tak diorang dekat dengan aku lagi?" Soalan yang tiba-tiba terlintas di benak fikiran. Ye lah, majoriti manusia suka menerapkan mindset orang rambut berwarna lain ni adalah 'murahan'. Kalau yang Islam, sudah tentu terus-menerus dilabel 'haram', 'murtad' and so on..

"Lantak diorang lah nak jauh berbatu-batu dari kau. Habis aku yang tercangak renung kau buat ni, tak ada pula nak putus sahabat" balas Hannah selamba.

Safyna diam seketika. Ada betulnya juga.

Beberapa minit kemudian..

Gincu bertona merah gelap dicalitkan ke bibir mungilnya, kemudian palet eyeshadow dibuka. Pergerakan Safyna terhenti seketika, tubuhnya dipusingkan menghadap ke arah Hannah yang sedang duduk di atas sebuah kerusi empuk.

"Hannah" panggil Safyna.

Hannah toleh kepala ke arah sang suara yang menyeru namanya.

"Hm?"

"Erm.. kau tau makeup kan?" Hannah angguk kepala mendengarnya. Bukan tipikal handal, tapi sekadar tahu serba sedikit iye lah.

"Boleh tak kau letak benda alah ni kat aku? Hm.. aku tak reti pakai eyeshadow" pinta Safyna bersama sebaris senyuman di bibir. Palet coklat itu dihalakan kepada Hannah. Kelihatan gadis itu sedang merenung alat solek di tangan Safyna lalu berdiri menghampirinya.

"Boleh je" Hannah bersetuju.

Dia mendorong tubuh Safyna untuk duduk di atas katilnya, palet coklat itu dibuka lalu hujung jari mencalit sedikit warna karamel.

"Hannah, aku nak tanya boleh?" Dengan mata yang terkatup, dia bertanya.

"Tanya jelah kau ni" Safyna tertawa kecil.

"Hansa.. dengan kau.. okay ke?"

Soalan itu membuatkan Hannah terkedu, tetapi dia tetap berbuat tenang. Kelopak mata Safyna diusap lembut, malas guna berus sedia ada.

"Kenapa kau tanya?" Tanya balik.

"Maaf lah kalau nampak aku ni busybody sangat tapi.. aku.. aku selalu notis yang adik kau, Hansa.. macam tak berapa sihat" ujar Safyna berhati-hati.

"Ouh. Tak ada apa lah dia tu. Lagipun, apa kena mengena dengan hubungan kitorang?"

"Err.. aku nampak kau dengan Hansa macam.. macam.."

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now