Laventarine (THE END)

254 12 0
                                    

Nail polish berwarna ungu dicalitkan pada kuku jemarinya sambil bibir khusyuk mengunyah gummy bear. Tekun matanya menala pada nail art hasil sendiri. Dia meniup kukunya. Puas dengan hasil di hadapan mata, Safyna mengambil seutas tali hijau tua di atas kusyen hitam di sisi. Tangan menggulung tali itu di tangan kanannya.

Klak!

Bunyi pintu kereta dibuka. Safyna mengalihkan perhatiannya kepada ia. Jelas di telinga suara lunak seseorang sedang bercakap dari dalam telefon.

"Ye do. Padan muka! Puas hati aku bila dapat tahu yang suami kau balun budak tu. Aku dah lama pendam ni! Mak dengan anak sama je! Dua-dua ekor tu haram jadah!"

Kepala menjengah sedikit ke pemandangan tempat duduk hadapan. Mata redupnya hanya menjeling ke arah perempuan tersebut, kata-kata keji tak habis dihamburkan. Semuanya berupa satu hinaan.

Dia hanya membiarkan sesi mengumpul dosa berjalan sehingga habis. Usai telefon dimatikan, perempuan itu menepuk stereng hitamnya sambil hilaian tawa keji menyeringai di segenap kereta. Safyna beralih kembali ke tempat duduk belakang.

Rambut pendeknya yang kian panjang dan warna Midnight yang kian pudar diraup ke belakang. Nafas dihembus perlahan, mendengarkan bunyi kereta yang mahu bergerak membuatkan dia beranjak sedikit ke hadapan.

"Ahahaha, tak sabar ak—" kata-katanya terputus bersama dengan nafas apabila batang lehernya dijerut kasar daripada belakang. Segala benda tidak dapat dicapai, secara automatik kedua belah tangan merayap ke tali tersebut.

"Kenapa kau buat macam ni kat aku?" Suara serak basah Safyna melintas di gegendang telinganya.

"F- Fy- Saf- Argh—" Tak dapat dia mengeluarkan suara akibat jerutan yang kian dikejapkan. Terasa bagaikan lehernya mahu terputus.

Safyna jeling menyampah, tali itu dilonggarkan sedikit supaya bedebah depan dia ni boleh guna khidmat bersuara. Kalau tidak jenuh dia mahu guna bahasa isyarat pula.

"Cakap cepat, Sabrina. Jelaskan kat aku apahal kau buat macam ni kat aku dan arwah mak aku" penuh authority dia mengarah.

Kak Sabrina telan liur perit. Tangannya perlahan-lahan dilabuhkan ke sisi sambil terketar-ketar.

"Ma.. macam.. macam mana Safyna tahu.. pasal ni..?" Dengan penuh perlahan-lahan dia bertanya. Soalan yang tak lekang daripada otak.

Safyna putar bebola mata.

"Aku tahulah. Aku tak bodoh sangat macam kau! Lain kali buat kerja biar clean! Apa? Kau ingat rahsia kau dengan kembar kakak kau aku tak boleh nak pecah?" Safyna tertawa, lucu. Tali dijerut kembali dengan ekspresi keji, mengundang jeritan Kak Sabrina yang meluas.

"Itu.. tak penting. Aku nak kau cakap perkara yang sebenar, tak lebih dari itu. Cepat. Kau nak hidup ke nak mampos?"

Kak Sabrina masih terdiam.

"Cepatlah bodoh!" Zrak! Geram sangat terus dia tarik tali itu.

"Ak- ok- okay- okay-!" Berkerut-kerut muka Kak Sabrina cuba mengeluarkan suara. Iris mata Safyna hanya merenung tajam, dia merapatkan wajahnya pada rahang Kak Sabrina lalu tali dilonggarkan kembali.

Kak Sabrina terbatuk-batuk, dia mengusap lehernya yang terasa perit sebelum perasan akan jelingan maut Safyna.

"Tak, sebenarnya.. Arwah Safiyyah memang dah lama meninggal. Tapi.. walau macam manapun, dendam akak kat dia tak akan hilang. Dia rampas Zail. Suami dia tu yang sepatutnya jadi suami akak. Kembar dia, Sadirah.. tahu semuanya. Dia sokong akak, lagipun memang dia ada dendam tersendiri kat Safiyyah.." terketar-ketar nada suaranya ketika bercerita.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن