Laventarine - 41

143 18 0
                                    

"Assalamualaikum wahai kawan dinda!" Sapa satu suara daripada belakang.

Safyna segera menolehkan kepalanya, senyuman manis muncul menghiasi bibir apabila figura Hannah menyapa iris matanya. Tangan Hannah naik memagut bahu Safyna lalu mereka mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Pada pagi Sabtu, seperti yang telah dijanjikan mereka berdua akan keluar sakan untuk nikmati dunia bersama. Selesai menunaikan solat Dhuha, terus Safyna lantas menyiapkan dirinya. Pakaian yang dikenakan hanya biasa-biasa sahaja. Cukup badannya dibaluti dengan baju-t hijau serta hoodie pic sebagai penambah gaya. Kepala pula dilitupi bersama tudung sarung hitam dan semestinya dia mengenakan seluar slek sama tona seperti hijabnya. Biasa je kan.

Sebelum kaki mahu melangkah keluar, dia perlu mengganti tempat James Bond untuk filem tak bertauliahnya. Terhendap-hendap macam orang tak tentu arah, ini semua gara-gara si Zail tu ada dekat rumah. Nak minta izin dia, dah bagai sebelah kaki masuk ke neraka. Paling menjijikkan, perempuan asing gila itu diheret sekali masuk ke dalam, nak halau tahu tempatnya di mana.

"Duduk lah dulu" pelawa Hannah.

Safyna angguk kepala sedikit lalu perlahan-lahan dia mengambil tempat di sectional sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Berhadapan dengan sebuah tv bersaiz besar yang sedang dimainkan, ini kalau tak nampak lagi tak tahu lah. Tak payah pergi pawagam pun tak apa.

Mata Safyna tidak dapat ditahan daripada terus melilau, bukan niat dia nak menilai rumah orang tapi dia terpegun. Berapa banyak kali masuk sekalipun, butiran dan perincian rumah ini tidak pernah mengundang pautan cik kening. Lawa sangat. Orang poket tebal, segala benda diorang boleh capai.

"Jangan malu-malu, Fyn. Ibu dan ayah aku tak ada dekat rumah. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri" suara Hannah mencelah lamunan Safyna. Dia meletakkan dua gelas cawan tinggi di atas meja kopi yang berhadapan dengan sofa tersebut.

"Eh, pandai-pandai je kau ni. Lagipun kau tak payahlah buat air untuk aku. Rasa janggal gila" Safyna berdecit di hujung ayat. Takut kenyang, nanti keluar singgah kafe atau mana-mana kedai jual air juga.

"Tak apa. Lagipun dah aku nak hidangkan untuk kau, I just do what I want to. Kau tak nak minum sampai habis pun tak apa, nanti boleh jadi rezeki pokok belakang rumah aku" ujar Hannah. Bibir Safyna naik mengukir senyuman pesakit strok. Ayat Hannah ni ada double meaning, sama ada saja-saja atau sedang menyindir dia. Tak boleh diduga.

Tak tahu nak balas apa, sudahnya Safyna hanya mengambil gelas tinggi itu lalu disuakan ke bibir. Cerita yang disiarkan menjadi tumpuan anak mata.

"Nanti kita gerak dalam pukul 10 macam tu. Transport jangan risau, aku pau mak aku punya driver haha. Pasal duit pun jangan risau, setiap benda ada jalan penyelesaian" sebaris senyuman diukir. Safyna angguk faham, idea Hannah jarang kena bantah sebab semuanya akan dipermudahkan.

"Kita nak pergi mana mula-mula?" Soal Safyna. Kalau ikut perancangan asal, Starbucks lah destinasi pertama mereka tapi orang boleh tukar fikiran, bukan?

Hannah diam sekejap sebelum kembali membuka mulutnya.

"Kita.. shopping dulu!"

Setibanya di pusat beli-belah

"Woohoo.. dah lama aku tak masuk tempat ni!" Sahut Hannah keriangan. Sudah seperti kanak-kanak melihat permainan.

Safyna menala ke segenap kawasan pusat beli-belah itu. Dia memang betul-betul lama tak jejak tempat sebegini, jarang sekali. Agak sesak di dalam, tetapi tidak seperti di luar, jenuh nak cari parkir. Kena pusing dua tiga kali baru dapat, itupun agak jauh daripada pintu masuk. Mungkin sebab hari ini cuti umum.

Lengannya terasa ditarik, terkedek-kedek Safyna mengikut langkah Hannah yang entah mahu ke mana. Laju-laju nak pergi mana perempuan ni?

"Hannah, slow lah sikit. Nak terjatuh aku kat belakang ni!" Pinta Safyna.

"Alah, dah nak sampai dah" balas Hannah tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya.

Makin kaki laju berjalan, baru lah dia tahu destinasi pertama mereka di dalam pusat beli-belah ini. Tidak lain tidak bukan, kedai Watsons lah. Ingat apa benda lah yang terkejar-kejar kan. Mereka tanpa berlengah lagi, terus masuk ke dalam. Kiri kanan mata dibelai dengan produk-produk pemikat hati.

Safyna menuju ke arah bahagian yang menempatkan produk-produk seperti gincu, mask muka, foundation dan sebagainya. Mata terpana pada alat-alat solek di situ, mana pernah dia pakai benda macam ni. Harapkan Hannah punya kalau ye pun.

Tangan mengambil gincu bertona merah gelap di dalam bekas lutsinar bertulis 'testing' tersebut, penutup merah jambu dipusingkan lalu dibuka, Safyna mencalit sedikit gincu itu pada belakang tapak tangannya. Cantik. Bersinar-sinar mata Safyna melihat, kemudian dia mengambil lagi satu gincu bertona merah jambu perlahan, dibuka lalu dicalitkan pada tempat yang sama.

"Bapak ah.. cantik gila. Berapa ni?" Dia menoleh semula melihat harga di bahagian bawah bekas itu, RM 15.35. Kalau gabung dua-dua ni dah jadi 30 lebih. Safyna dengan rasa berat hatinya meletakkan kembali gincu yang diambil. Tak apa lah, nanti dah ada duit kau beli.

Safyna kemudian berlalu daripada situ untuk mencari Hannah, apabila kaki mahu diangkat, tiba-tiba susuk tubuh Hannah sudah berdiri di hadapannya. Panjang istighfar yang dilafazkan oleh Safyna, buat terkejut je lah perempuan ni.

"Kau ni, buat terkejut aku je!" Marah Safyna.

Hannah jongket kedua belah bahu. Dia menapak ke arah Safyna kemudian berdiri di sebelahnya. Sempat mata kerling tangan Safyna yang dicalit dengan gincu tersebut, pandangan kembali diberi kepada produk kosmetik di hadapan.

"Kau nak beli ni ke?" Tanya Hannah sambil tangan membelek-belek bekas gincu itu.

"Tak ada lah. Aku saja-saja nak tengok" Safyna menafikannya. Jauh di dalam hati, dia mahu sangat-sangat benda tu.

Hannah angguk kepala. Faham.

"Kau suka warna apa kalau benda-benda macam ni?"

Safyna cebik bibir mendengar soalan Hannah. Ingat betullah soalan dia ni, kalau diikutkan dia suka semua warna. Rambang mata terus.

"Err.. warna merah gelap dengan pink perlahan. Entahlah.. warna tu nampak macam hot dengan elegant. Aku suka tengok.." ketawa janggal diletuskan pada hujung ayat. Entah kenapa janggal semacam keadaan mereka sekarang ini. Out of sudden..

"Kau tengok je?" Nada suara Hannah sedikit tinggi ketika bertanya, mata dijegilkan ke Safyna.

"Ap- apa kau?"

"Pahal kau tengok je! Beli lah sekali, kata hot and elegant, cuba beli pastu pakai.. mana tau terserlah kecantikan tu kat kau?" Belum sempat Safyna nak buka mulut, Hannah terus mencapai beberapa gincu di dalam bekas lutsinar di hadapan.

"Han- Hannah.. kau ni, tak payah lah ambik banyak-banyak" larang Safyna.

Pergerakan Hannah terhenti lalu dia pandang ke wajah Safyna.

"Biar jelah. Nanti kita bahagi-bahagikan. Kau nak, kau ambik. Lebih tu, bagi aku, okay?" Sejurus itu, gincu-gincu tersebut diletakkan ke dalam bakul kecil di sisi kakinya.

Safyna berdecit, nasib baik tak banyak sangat dia ambil. Hannah angkat kembali bakul kecil itu lalu dia menyinggah ke tempat barang-barang kosmetik yang lain ditempatkan. Dia pandang ke arah Safyna, Safyna pandang ke arah dia. Mereka berdua bertentangan mata, Safyna angkat sebelah kening.

"Menda?"

"Kau tak nak bawa mainan waktu kecil kau?"

"Hah?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now