Laventarine - 40

152 20 0
                                    

"Apa yang membuatkan kau sampai jadi macam ni? Bersendirian" tanyanya lagi.

Safyna masih lagi berdiam diri. Dia hanya menjongketkan kedua belah bahu sebagai tanda tidak tahu.

Setelah mendapat persetujuan dari Safyna, mereka berdua meneruskan perjalanan bersama-sama. Dengan satu syarat, mereka akan lepak di mana-mana kedai atau tempat yang mempunyai orang lain selain mereka berdua. Apapun, dia masih fobia dengan lelaki so why not?

Tidak beberapa lama selepas itu, langkah kaki menjejak kawasan sebuah kedai yang sedang beroperasi. Dekat dengan perumahan juga sesuai untuk suasana di antara mereka berdua.

"Boleh kita duduk di sana?" Sebelah tangannya menghala ke sebuah tempat bersebelahan kedai tersebut.

Fikir dua tiga kali, akhirnya Safyna angguk kepala.

Mereka melabuhkan punggung di sebuah kerusi batu yang berdiri megah, masing-masing duduk berdiam diri sehinggalah lelaki misteri itu membuka mulutnya.

Janggal sumpah.

"Kau tak takut dengan aku?"

Safyna toleh ke arah sang suara, tapi hanya sebentar sahaja. Ada satu benda yang membuatkan dia memang tak boleh nak pandang ataupun tatap muka mamat itu.

"Tak."

"Aku bunuh orang."

"Habis tu?"

Safyna hala sedikit kepalanya ke arah orang di sebelah. Sunyi. Dia sedang menunggu saat hati dan diri berasa terkejut dan takut. Anehnya.. kosong. Entah kenapa dia tak rasa takut mahupun sedikit.

Nafas dihelakan.

"Okay, kalau kau bunuh orang pun kenapa?" Mendatar suara Safyna bertanya.

"Kau tak takut aku bunuh kau?"

Kepala digelengkan. Dia lagi rela mati dibunuh sebenarnya. Lelaki di sebelah juga mengangguk kepala tanda faham.

"Aku tak bergurau" dia mencelah.

"Aku pun" Safyna jujur. Benda betul apa.

"Nama aku, Fyaz" lelaki bernama Fyaz itu memperkenalkan dirinya dahulu. Tangan ditawarkan sebagai tanda mahu berkenalan, sebaris senyuman juga turut disertakan.

Perlahan-lahan kepala Safyna berpusing lalu anak mata jatuh kepada tangan yang mahu berjabat. Pandangannya hanya menala kosong, tak perlu nak berjabat bagai. Cukup sekadar angguk kepala.

Fyaz yang bagaikan faham dengan isyarat kepala Safyna terus menarik semula tangannya. Badan kembali duduk menegak sebelum berubah senang diri.

"Kau kata nak balik rumah, tapi kenapa pergi sini?" Tambah Fyaz lagi.

"Saja. Kalau boleh aku tak nak balik rumah langsung."

"Oh, kenapa tak nak balik rumah? Bahaya lah kat luar ni.."

"Biar lah. Aku lebih suka kat luar daripada balik rumah tu."

"Uish, kenapa?"

"Sebab aku tak nak."

"Yelah.. kau tak nak sebab apa?"

"Sebab tak nak."

"Mana boleh macam tu, jawab lah soalan aku." Nada Fyaz sedikit tinggi.

Safyna mendengus. Tak salahkan kalau dia berkau-aku dengan orang asing yang baru dia kenal? Macam dah terbiasa. Iris mata tajamnya menjeling sekilas orang di sebelah. Aduhai!

"Ya Allah sebab aku tak nak. Itu je."

"Sebab kau tak nak lah aku nak tahu. Orang mana meroyan tak nak balik rumah. Padahal rumah kan tempat kita berteduh and so on.." desa Si Fyaz lagi.

Safyna mula bangun dari tempatnya. Berang betul.

"Weh kau nak pergi mana? Jawab soalan aku dulu lah!" Sejurus itu lengan Safyna direntap daripada belakang. Akibat berang mendadak, Safyna menepis kuat tangan yang merentapnya lalu mata melaser ke arah Fyaz.

"Sengal! Ada sebab lah aku tak nak jejak seinci pun kawasan rumah tu! Kau tak payah nak menyibuk hal orang boleh tak, mat?! Rimas sia kau ni, baru je kenal eih..!" Dengusan kuat diletuskan.

Terasa kepala mula berpinar. Niat keluar nak hilangkan stress tapi boleh pula terkutip beban tepi jalan. Rimas! Banyak betul benda nak ditanya! Baru kenal nak sibuk jaga tepi kain orang. Sebelum dia bertukar jadi singa betina, lebih baik angkat kaki dulu! Adios!

"Hey, jangan lah marah! Aku tanya je" Fyaz dengan segera mengikuti langkah Safyna. Makin dia cuba dekat, makin laju Safyna berjalan, mahu menjauh dari si penyemak.

"Hey, perempuan! Jangan lah marah.."

"Kenapa nak marah-marah ni? Kau tak suka aku eh?"

"Perempuan! Please stop! Let me talk to you!"

Hampir separuh jalan Fyaz cuba mendekati untuk memujuk hati Safyna yang sudah lancar mogok. Ketika langkah dibesarkan dan susuk tubuhnya berdiri di hadapan semata-mata untuk menghalang pergerakan, tanpa mukadimah terus badannya ditolak kuat ke tepi. Mujur tak bercium dengan jalan tar.

"Okay, perempuan. Tolonglah berhenti, aku tak larat nak kejar kau dah. Jangan lah marah, nak cendol ke?" Sudah tak tahan lagi, dengan nafas yang tak teraturnya tangan terus naik menarik lengan baju Safyna ke belakang. Gadis itu dihadapkan ke arahnya.

"Perem-"

"Lepaslah!" Protes Safyna keras. Sebelah tangan yang masih bebas terus naik menghempuk kuat kepala Fyaz. Kepala terteleng ke tepi, genggaman yang terlerai lantas memegang bahagian kiri rahang.

"Bapak ah.. padu gila" pergerakan mula menjadi terhuyung-hayang lalu geleng-geleng kepala beberapa kali.

Iris mata Safyna yang menjamah pandangan di hadapan mata membuatkan dia tergamam. Melihat keadaan lelaki yang baru dikenalinya menyebabkan dia berasa serba salah. Terhuyung-hayang sambil pegang kepala, dah rupa orang baru lepas hisap ganja.

"Aku.. aku minta maaf.." kemam bibir. Keningnya berpaut.

Apabila kepala mengimbas kembali keadaan sebelum kejadian berlaku, lagi rasa serba salah kian menyelubungi diri. Ya Allah dia sakitkan orang sebab itu je?

"Oh tak apa. Sikit je ni. Dah biasa" dia kilas kepala lalu pandang Safyna. Sebaris senyuman diukir, saja nak kontrol macho.

Safyna telan liur. Kelopak mata dipejam lalu keluhan ringan dilepaskan. Ya Allah Safyna, tolong lah behave sikit! Mamat ni tak cederakan kau pun.. buat masa sekarang lah.

"Sorry sangat-sangat! Minta maaf!" Beberapa kali perkataan maaf diulangi. Dia betul-betul rasa serba salah.

"Oh tak apa. Tak apa tak apa. Kau tak sal- kau salah. Kita berdua salah jadi tak ada siapa menang. Sudah lah.." gelak hambar menghiasi bibir. Lucu mengenangkan ketewasan dia dengan seorang perempuan.

"Tapi-"

"Aku cakap tak apa. Jangan risau sangat."

Safyna akur, dia panggung kepala. Derapan kasut Fyaz mula mendekati dirinya.

"Hey, kau nak risau apa? Tak payah takut."

"Lagipun.. kau ni.. hebat juga, kan?"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now