Laventarine - 2

383 45 0
                                    

"Sabar ya, kita buat satu-satu" kata Safyna dengan nada berbisik.

Kini dia ligat bermain dengan berus dan slime di tangan. Rutin dia setiap malam jikalau ada masa terluang atau semuanya diarahkan oleh Pak Zail.

Tepat pada pukul 11 malam, dia akan mula membuat live di aplikasi Tiktok sehingga jam 4 pagi. Selagi Pak Zail tak suruh berhenti, dia tak akan berhenti. Kalau tak memang lunyai satu badan dia dikerjakannya.

Sekolah tak sekolah, apa yang lelaki tu kesah. Janji duit sampai kat tangan dia. Telefon yang digunakan Safyna juga ialah telefon keduanya. Gajet khas untuk membuat apa-apa hal tertentu.

Sungguh sekarang ni Safyna berasa kepalanya teramat berat. Tanda-tanda dia perlu berhenti dan rehatkan diri tapi jam masih belum menunjukkan pukul 4 jadi dia perlu meneruskan live. Sudahlah esok sekolah, kerja yang diberi pun masih ada tak siap. Lepas habis live nanti baru dia sambung buat.

Walaupun setiap hari dan setiap tahun Safyna hadap benda sama, tipulah kalau dia tak pernah pendam hasrat untuk menjadi seorang pelajar yang berguna. Memang pada iris mata orang luar, dia ialah seorang pelajar yang cemerlang dan disenangi orang ramai. Sehingga membuatkan ada pihak busuk hati dengannya.

Akan tetapi, jauh di lubuk hati Safyna, dia sama sekali tidak pernah berasa bangga terhadap diri sendiri. Apa yang mereka lihat, semuanya dusta belaka. Kalau tak disebabkan tekanan yang dia peroleh dari rumah, gerenti nama dia sudah tersemat dalam senarai budak bermasalah.

Disebabkan status dia yang agak terkenal, semestinya Pak Zail mahukan yang terbaik buat Safyna. Biar semua orang nampak betapa bagus dan hebat mereka berdua. Terpaling perfect katanya. Tapi itu semua adalah untuk melindungi imej dia tersendiri. Dekat luar bolehlah berlakon mesra, dekat rumah dah serupa neraka buatan.

Lelaki itu hanya kisah tentang markah dan gred Safyna sahaja, selebihnya dia tepis ke tepi. Kalau markah kurang dari 95, siksaan demi siksaan menanti diri. Jika nama Safyna tidak tergolong dalam senarai Top 2, balik nanti rumah Pak Zail akan dimeriahkan dengan raungan kuat suara anak gadis tersebut.

Semuanya Safyna dah merasa. Dari seringan-ringan siksaan sehingga seberat-berat siksaan. Tubuh dia yang terlindung disebalik kain baju ni, kalau selak sikit mesti dah nampak pelbagai jenis parut. Dia memang lemah bila orang lain sentuh pasal fizikal tubuhnya.

Kenapa lah aku tak mati je?

"Tolong buat asmr lukis dekat skrin, terima kasih. Ye sama-sama.. boleh je sayang" lembut suara Safyna membalas komen pengikutnya, tak lupa juga bersama senyuman manis yang tak lekang di bibir.

Tangan mencapai sebatang pensil kuning lalu hujung mata alat itu diletakkan pada skrin telefon. Dia mula meneruskan permintaan yang diberi.

Beberapa minit kemudian, dia kerling jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 3:40 minit pagi. Dah nak dekat pukul 4, Safyna tarik nafas lega. Dari hujung rambut hingga hujung kaki dia terasa amat lenguh.

Fikir lepas dah tamat live, boleh lah dia nikmati kenikmatan tidur, tapi bila mata kerling pada beberapa buah buku yang berselerak atas meja, terus angan-angannya terbang. Baju sekolah pun tak gosok lagi dan hal itu membuatkan Safyna mahu menangis. Beban demi beban menimpa dia.

"Okay semua, dah pukul 4 so saya nak tamatkan live. Sweet dreams and goodnight" seraya itu satu kucupan diberikan.

Safyna sedaya-upaya cuba mengawal ekspresi mukanya yang agak serabut. Senyuman manis setia menjadi peneman diri. Lebih tepat lagi, topeng.

Tamat sahaja live asmr, Safyna lantas menghempaskan tubuhnya di atas tikar plastik tersebut. Sebelah tangan dibawa naik ke dahi lalu memicit-micit kepalanya. Separuh nyawa dia menahan rasa sakit dari tadi. Ikutkan hati, sekarang juga dia nak lelap tapi memikirkan tentang perihal esok hari, niatnya dibatalkan. Paksa diri untuk bangkit.

"Ya Allah, aku penat. Nak tidur" suram suara Safyna mengadu pada sang pencipta.

Akibat penat yang mengongkong diri, Safyna menitiskan air mata.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora