Laventarine - 38

157 24 1
                                    

Petang dibawa ke malam, usai menunaikan solat maghrib, Safyna masih tidak berganjak dari sejadah. Dia duduk sambil menekup muka dengan kedua-dua belah tangan yang berlapikkan kain telekung. Air mata membasahi kain putih telekung. Sejujurnya hati sudah nekad mahu berubah tawar tapi entah kenapa, perasaan sebak dan hiba kembali mencengkam cik hati serta perasaan. Dia paling benci menangis, dia tak suka dilihat lemah.

Tapi sekarang, dia mahu menangis lagi dan lagi. Dalam hati berdoa sangat-sangat agar Pak Zail tidak menceroboh masuk bilik stor, bilik yang dijadikan sebagai tempat dia beribadah. Biarpun berhabuk dan panas, tetapi inilah satu-satunya cara agar dia boleh berkomunikasi dengan Allah, Sang Pencipta Alam.

Mental dan fizikal sudah terlalu lali mahu menghadap. Tangan naik berdoa, Safyna menghamburkan segala isi hatinya sampai tak cukup nafas dia mengadu. Sewaktu doa diaminkan, badannya rebah ke atas sejadah. Penat. Tak boleh nak digambarkan.

Kelopak mata dipejam erat, tetapi fikirannya berjalan lancar. Terlalu banyak soalan bermain di kepala. Dia.. sudah tak kenal diri sendiri. Tak tahan dengan perubahan emosi yang mendadak, sengit. Setiap hari dia berasa mahu mati, bunuh diri, salahkan orang lain atas kematian dia, cederakan diri, bunuh orang untuk kepuasan diri. Tak, dia bukan jenis yang sukakan benda merbahaya tetapi itulah, seperti yang dibahas tadi, dia sudah tidak kenal diri sendiri.

Habis badannya diukir, bukan di lengan, tempat lain dijadikan habuannya. Seperti, peha, perut dan bahagian-bahagian lain. Buku-buku kosong habis diconteng, tunjuk perasaan semuanya dihamburkan ke situ. Tak faham langsung dengan perubahan emosi yang dialami, tambah pula susah nak kawal. Terlalu banyak isu dan personaliti dalam satu badan. Penat, penat.

Apalah nasib hidup, waktu kecil dulu kemain lagi nak lumba berenang siapa sampai dulu tapi bila dah terbentuk jadi seketul manusia, nak mati pula. Lumrah hidup, kan? Perbezaannya hanya boleh bertahan atau tak?

Jawapan Safyna, entah. Haha fakta yang tak boleh dinafikan lagi. Apabila terlalu banyak perasaan menurjah masuk, hasil akhirnya hanya lah tin kosong sahaja. Empty and numb. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa, nak marah ye, nak teriak ye, nak menangis ye, semuanya nak tapi mereka ditahan. Bagaikan ada benteng penghadang.


Kenapa susah sangat orang nak faham dia? Kenapa susah sangat nak bagi dia hidup tenang? Kenapa perlu seksa? Oh Tuhan, tarik jelah nyawa aku!

Safyna perlahan-lahan bangun dari sejadah. Telekung dileraikan, sejadah dilipat dan ia dimasukkan ke dalam kotak. Sisa air mata dilap kering sebelum tangan memulas tombol pintu. Mujur susuk tubuh mahupun bayangan orang tua itu tidak kelihatan. Safyna menapak ke ruang tamu, kepala dongak mahu lihat kedudukan jarum jam.

8:15

Malam masih muda. Safyna mengambil tempat di kerusi ruang tamu, kepalanya dilentokkan penuh ke penghadang kerusi. Mata cuba dilelapkan tapi masalahnya sekarang ni.. dia tak rasa nak tidur tapi kepala dan mata sudah mula memberat. Makan? Lagi tak nak!

Sudahnya, Safyna tenung ke luar pintu. Suasana jalan yang gelap, hanya diterangi dengan lampu jalan. Tiada orang lalu-lalang. Anak jiran dah tamatkan cerita Tarzan mereka tu. Tenang. Safyna rasa mahu keluar, menikmati ketenangan yang ada. Rezeki depan mata ni.

Tanpa berlengah lagi, kaki turun daripada kerusi, dia menapak ke arah pintu. Tangan memulas pemegang grill rumah lalu ditolak ke luar, Alhamdulillah tak berkunci. Selipar Jepun dikenakan, berjalan untuk ke luar daripada rumah. Doa sangat-sangat supaya orang tua tu tak jenguk balung ni. Kalau tak mampus kuasa dua dia.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now