Laventarine - 23

276 27 4
                                    

Suara pekikan Hannah jelas kedengaran di gegendang telinga meskipun dia berada beberapa tapak jauh sama sekali daripada tuan empunya suara. Hannah di tingkat atas, dia di tingkat bawah. Lancang memetir bersama adiknya yang baru balik daripada sekolah.

Semuanya gara-gara si adik yang leka menghadap permainan atas talian tanpa membersihkan diri dahulu. Dengan beg sekolahnya yang masih tersadai di kedua belah bahu, stokin pun belum lepas, memang mengena lah jawabnya. Apabila telinga menangkap setiap bait perbalahan mereka, apa yang Safyna boleh katakan adalah.. rasanya sudah termaktub dalam keturunan Hannah ni genetik telinga kuali.

"Sebelum aku carik kamu, pergi tukar baju sekarang! Letak handphone tu kalau tak nak aku pijak"

"Nanti orang bagitahu papa yang kakak pecahkan handphone orang. Biar kakak bayar balik sampai kakak miskin, boleh lah orang halau. Tenang sungguh rumah ni"

"Sebelum kau halau aku nyawa kau tu memang aku lumatkan habis-habis dulu! Dasar budak tak habis sekolah ketiak pun orang lain cukur. Dah malas aku nak bertekak dengan kau, pergi salin baju apa semua, letak handphone tu!"

Safyna geleng-geleng kepala. Boleh naik mental sebab hadap situasi macam ni saja. Sorang dah berasap sorang lagi tambahkan minyak hah memang sampai mampos pun tak selesai!

Punggung dilabuhkan di atas sebuah bar stool yang terdapat di ruangan dapur tersebut lalu bibir meneguk isi cawan plastik yang dipegangnya. Nak duduk pun bermasalah. Safyna cuba melaraskan kedudukannya.

Maklumlah dia mana pernah guna bangku setinggi ini. Rumah Pak Zail juga sebenarnya turut ada di bahagian dapur tapi tak pernah pula dia duduk, cuba pun tak teringin. Bak kata seorang Zail Harun..

"Bala macam kau ni, tak layak nak duduk dekat tempat mewah ni. Tempat ni untuk orang berada saja. Kalau kau duduk, habis busuk, berbau, rosak tempat aku ni! Aku benci orang jijik macam kau! Faham, anak lorong?"

Sejurus itu sebelah tangan Pak Zail naik menutup mulut dan hidungnya lalu membuat gaya orang mahu muntah. Ditayangnya segala ekspresi tak suka, benci, meluat dan pelbagai lagi kepada Safyna. Atas bawah atas bawah anak mata mengeji anak gadis yang tidak bersalah itu. Tak puas hati lagi, satu ludahan air liur dicurah tepat ke arah Safyna. Kepalanya juga makin menunduk.

Mengingatkan peristiwa itu, entah kenapa dirinya dibelenggu rasa serba salah yang teramat. Mata meninjau kembali tempat yang dia duduki sekarang ini, tempat yang dia diharamkan untuk duduk atas gelaran-gelaran keji yang pernah diterimanya. Sepantas pelesit Safyna turun daripada bangku tersebut, dia lagi rela berdiri sambil menunggu kehadiran Hannah.

Jari-jemari ligat mengurut-ngurut kepala yang terasa sengal dan sakit. Kebelakang ini dia kerap menghidap sakit kepala yang teramat sehingga tak berdaya mahu berjalan. Bukan dia tak biasa tapi rasa sakit kali ini berada pada tahap yang lain.

Setiap kali ia menyerang kepala, mesti Safyna akan melihat cahaya yang terang berlalu dengan sepantas kilat. Rasa bagaikan jantung dan otak berhenti berfungsi, pandangan mula kabur, mahu pengsan dan pernah juga dia merasakan bahawa benda di sekeliling termasuk dirinya seperti tidak nyata. Akan tetapi, dia cuba menepis semua perihal itu ke tepi.

Terlalu banyak bebanan yang perlu dipikul, terlalu banyak luka yang diterima, semuanya atas dasar paksaan semata, semua benda perlu dia hadap sendirian kerana tiada sesiapa pun yang akan mengambil tempat di dalam sarung kasutnya.

Berserah? Untuk kali yang keberapa dia perlu berserah? Bukannya dia tak cuba untuk bangkit dan keluar, dia cuba habis-habisan tapi akhirnya dia sesat. Dia penat, penat dan lali dengan permainan dunia yang tiada penghujungnya. Sampai bila dia perlu bernafas di dalam kegelapan selimut yang penuh duka ini? Hingga akhir hayat?

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt