Laventarine - 74

81 12 0
                                    

Selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, kini Safyna berasa sedikit lega dengan semuanya. Keadaan berubah reda setelah berita tentang tembelang Cikgu Hayyan tersebar luas. Sehingga bukan hanya di sekolah tetapi sampai ke pihak luar.

Mamat itu pun sudah kena pecat dan diselesaikan selebihnya oleh pihak polis. Syukur Alhamdulillah, tak payah mata ni kena hadap muka hauk tu lagi. Kali terakhir dia nampak pun sudah lenyap dari ingatan. Entah apa jadi selepas itu dia tak mahu ambil kesah.

Usai subjek Matematik tamat berlangsung, kini tiba masanya untuk berehat. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas, menyerbu bangunan kantin di blok Tingkatan 4 dan 5 berada.

Walaupun otak mahu turut mengikuti pergi ke kantin, tapi hati berkata tidak. Selera makannya tak mahu munculkan diri.

Safyna pusing badan ke belakang, dia ambil keluar sebuah buku nota. Baru saja mahu selak kulit buku, tiba-tiba sebuah bekal hijau mendarat di atas mejanya. Dia angkat kepala. Terpacak tiga orang pelajar perempuan yang amat dikenali, Farhana, Syasya dan Puteri. Mereka senyum manis kepadanya.

"Pahal kau? Nak apa?" Soal Safyna.

Farhana mara setapak, badan ditundukkan sedikit ke hadapan bersama sebelah tangan menongkat di meja Safyna. Dia cekak pinggang.

"Tak ada apa. Just kita orang nak minta maaf kat kau. Kita orang tak tahu pun kau kena jadi mangsa perbuatan jijik Cikgu Hayyan tu. Then salahkan kau mati-matian" ujar Farhana bersama nada serba-salah.

Anak mata jeling memandang dua orang kawannya yang berada di sisi. Kemudian pandang Safyna kembali.

"Sebagai tanda minta maaf, ni kita orang ada buatkan bekal untuk kau. Makanan Korea, Bibimbap. Sedap, mesti kau tak pernah rasa, kan? Haha gurau je. Kita orang buat ni dengan sepenuh hati tau, siap belajar dari chef Korea lagi. Jamulah, lepastu bagi review. I'm sure you will like it" ujar Farhana lagi, tak lekang senyuman di bibir.

Anak mata Safyna naik turun memandang gadis itu. Terus ringan tangannya menolak bekal hijau yang dihidangkan tanpa rasa serba salah. Mati senyuman tiga gadis itu tetapi cepat-cepat diukir semula.

"Tak apa, terima kasih. Aku tak lapar" dia menolak pelawaan budak bertiga itu.

Farhana bangun, mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum berjalan menghampiri Safyna. Puteri tongkat tangan pada kerusinya lalu perlahan-lahan membuka penutup bekal tersebut.

"Jangan macam ni, kami penat-penat buat untuk kau tau. Tak elok membazir, kau pun tahu bukan?" Puteri lirik senyuman.

"Betul tu, Safyna. Aku rasa kau ni sebenarnya teringin tapi mungkin sebab kau malu.. Haha, tak apa. Jangan risau, jangan takut-takut. Ini memang ikhlas dari hati, kan girls?" Sampuk Syasya pula. Dia toleh kiri kanan memandang kawan baiknya.

"Tak apalah. Mungkin kau nak aku suap. Baru nampak manja-manja sikit" giliran Farhana bersuara. Dia merapatkan jarak dengan Safyna, penutup bekal dibuka lalu sudu kecil yang sedia ada diambil. Farhana cedok sedikit isi Bibimbap lalu dia menyua ke mulut Safyna.

"Buka mulut, please? Rasalah sikit. Sedap ni."

"Makan lah Safyna. Sedap gila aku gerenti beb!" Tambah Puteri.

Safyna pandang mereka dengan pandangan yang redup. Kalau dapat tampar sekor-sekor ni..

"Tak apalah. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak lapar, faham?" Lembut Safyna bercakap dengan mereka. Tak senang duduk, dia lekas bangun dari tempatnya. Belum sempat kaki mahu mara setapak kedepan, secara langsung sebuah tangan menarik kuat bahu kirinya. Safyna kembali terduduk di kerusi, berdesup kepala pandang orang di sisi.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now