Laventarine - 13

312 38 6
                                    

"Abang, kat depan tu nanti belok kiri" kata Safyna sambil tangan menghala ke depan.

Abang Paan menganggukkan kepala. Mereka kini dalam perjalanan menuju ke 'rumah Safyna'. Dalam hati Safyna, dia sudah tidak sabar untuk pergi ke rumah Hannah. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk berlindung.

Sikit saja lagi mereka akan sampai di rumah Hannah. Ketika motosikal Abang Paan menunjukkan ala-ala mahu masuk ke kiri, malah dipulasnya motor itu ke hadapan. Serta merta senyuman Safyna mati.

"Eh bang, kenapa abang tak masuk tadi? Itulah simpang yang saya cakap" air mukanya agak terganggu gara-gara tindakan orang di depan. Mungkin lelaki itu salah sangka.

Soalannya tidak dijawab. Malah Abang Paan terus menerus membonceng motosikal birunya. Mata Safyna membuntang apabila kenderaan yang dinaiki belok masuk ke simpang lain. Jalan ke rumah Pak Zail.

"Abang! Abang! Abang salah jalan ni!" Kata Safyna sambil tangannya menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu.

"Abang patah balik! Salah jalan lah!"

"Kenapa cuak?" Tanya Abang Paan perlahan.

Safyna ketap bibir bawahnya. Dia rasa nak terjun saja sekarang ni.

"Abang salah jalan!" Pekik Safyna.

Lelaki itu meletuskan tawa kecil. Geleng-geleng kepala dengan kelakuan Safyna.

"Apa kau ingat kau boleh lari hah?"

Terkedu Safyna dengan kata-kata Paan. Kotak suara bagaikan disekat, jantungnya seakan-akan mahu cardiac arrest. Jangan cakap.. dia ialah orang upahan Pak Zail!

"Abang tolong lah bang! Jangan buat saya macam ni bang! Saya merayu!" Rayu Safyna dengan nada suara yang bergetar.

Tapi lelaki itu hanya persetankan segala rayuan Safyna. Tangannya memulas pendikit motosikal untuk mencapai had lebih laju.

Apabila motosikal hampir tiba di rumah Pak Zail, kaki Safyna berasa mahu terjun terus. Kereta Honda Civic yang tersadai di perkarangan rumah menandakan bahawa orang tua itu berada di dalam.

Usai motosikal biru Paan masuk ke perkarangan rumah, terpapar satu figura tegap sedang terpacak sambil berpeluk tubuh. Wajahnya bengis tak sudah. Safyna di belakang mengecilkan dirinya.

Bila lihat ada peluang untuk lari, Safyna segera turun dari motosikal. Tapi alangkah padahnya, pergelangan tangan kanannya direntap kuat oleh Paan. Bergelut Safyna berseorangan dalam genggaman kasar lelaki itu.

"Ok bos, saya dah bawa balik bos punya anak jadi.." jari jemarinya membuat tanda duit.

Pak Zail mengeluarkan dompet kulitnya. Wang kertas ungu sebanyak 5 keping diberikan kepada Paan. Lelaki itu menyambut dengan penuh keterujaan lalu diletakkan pada batang hidung. Hidu bau duit haram tersebut dengan nikmatnya.

"Dah, blah! Kau perempuan, sini!" Kaki Pak Zail automatik berjalan ke arah tempat Safyna.

Paan melepaskan pegangannya dan membiarkan dua beranak itu selesaikan hal sesama mereka. Geleng-geleng kepala Safyna, menggigil pandangannya ketika melihat wajah Pak Zail. Lelaki itu mencekup kuat kepala Safyna lalu ditarik ke belakang.

"Kau turun!" Arah Pak Zail.

Safyna segera melompat turun dari motosikal itu. Kemudian tubuhnya ditarik kasar, masuk ke dalam rumah. Sempat Pak Zail berpesan pada Paan supaya tutup pintu pagar rumahnya sebelum pergi.

Langkah saja pintu, Safyna dihambur kuat ke dinding. Perlahan-lahan badan mengesot ke belakang supaya dia dapat menjauhi Pak Zail.

"Kau jangan nak teriak depan aku!"

Lantas sebelah kakinya melayang tepat pada tubuh Safyna. Gadis itu rebah kembali di atas lantai.

"Kau dah malukan aku! Dekat mana aku nak letak muka aku lepas ni! Aku sekolahkan kau untuk belajar, banggakan aku! Ini tidak, kau pergi menyundal dengan cikgu sendiri!" Tengking Pak Zail.

Safyna segera bangun untuk menyelamatkan diri. Belum sempat kaki mahu berjalan, tudung Safyna dicekup kasar oleh Pak Zail lalu dikilaskan menghadap dirinya. Menggigil-gigil Safyna apabila matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu.

"Aku bukan main-main tau. Lepas ni kalau ada orang kaitkan aku dengan perbuatan jijik kau tu, memang hancur kau aku buat!" Jari telunjuk Pak Zail menuding tepat ke arah Safyna.

"Engkau dah lah bawa bala dalam hidup semua orang! Hidup aku! Kau rosakkan hidup aku! Kau tau tak aku menyesal sebab halang betina tu gugurkan kau. Banyak musibat kau bawak! Sekarang ni kau buat hal pergi sondol dengan jantan sekolah kau?! Kau.. Ke kau nak jadi hamba pemuas nafsu aku?!" Sebelah tangannya naik mencekik leher jinjang Safyna pula.

"Lepastu kau nak lari? Nak lari mana sundal.. Kau tahu kan aku boleh jumpa kau sampai dalam lubang cacing sekalipun! Berani ye kau sekarang.. dah buat salah lepastu nak lari!"

Pap!

Sedas satu tamparan kasar hinggap di pipi kanan Safyna. Kepala dia terus pusing ke tepi. Akibat masih tak puas hati, Pak Zail berkali-kali menghayunkan tangannya pada anak gadis itu. Mereka bergelut sehingga belakang badan Safyna berlaga dengan dinding rumah.

Kedua belah tangan Safyna yang bebas segera naik untuk menangkap tangan Pak Zail. Dipegangnya lengan lelaki itu erat-erat. Separuh nyawa menghalang Pak Zail dari terus menerus memukul dirinya. Kuku jari jemari Safyna mencengkam erat lengan Pak Zail lalu digores kuat seperti seekor kucing.

Apabila serangan Pak Zail bagaikan digugat, dia melepaskan tangan yang mencekik leher Safyna. Dengan peluang yang ada, Safyna lantas menolak Pak Zail ke belakang. Cepat-cepat menyelinap keluar dari bawah ketiak lelaki itu.

"Mana kau nak lari?!" Kedengaran suara garau Pak Zail berbunyi. Tubuhnya dipusingkan ke belakang.

Baru dua langkah Safyna berlari, tiba-tiba satu lengan kasar mencekik lehernya. Dia ditarik ke belakang semula, kedua belah tangan Safyna naik mencengkam lengan sasa Pak Zail yang sedang menghalang proses pernafasan dia.

"Fyn.. tak.. buat" Safyna gagahkan diri untuk bersuara. Walaupun suaranya bagaikan angin, tapi cukup untuk didengari oleh mereka berdua.

"Alasan bodoh! Kau jangan ingat aku nak percaya cakap kau!" Sejurus itu Safyna ditolak kuat.

Safyna jatuh kembali. Sebelum Pak Zail membuka langkahnya, dia mengundurkan diri ke belakang. Paling kepala ke tepi. Menggigil satu badan akibat takut yang melampau. Kedua belah tangan menggenggam erat satu sama lain, pernafasannya menjadi tidak terkawal, semua benda membuatkan dia berasa mahu muntah.

Apabila Pak Zail mendekatinya, Safyna automatik berpusing menghadap ke dinding. Jiwa dan hati sudah terlalu lemah mahu menghadap perangai baran Pak Zail.

"Kau ni dah melampau sangat" ujar Pak Zail lalu menarik Safyna supaya berdiri. Tudung Safyna dibuang ke tempat lain.

"Kau bangun!" Dia menarik kedua belah tangan Safyna.

Safyna bergelut di atas lantai, sedaya upaya untuk tidak bangun. Akibat kekuatan Pak Zail melebihi tenaganya, akhirnya Safyna akur. Sebaik saja dia berdiri, rambut hitamnya dicekup kuat sekali lagi.

"Mari sini aku ajar kau cukup-cukup!" Sejurus itu buku lima Pak Zail dihayun kuat pada perut Safyna.

Akibat terlampau sakit, kaki Safyna melemah sehingga dia hampir terduduk. Namun dirinya ditarik habis oleh Pak Zail. Penumbuk lelaki itu hinggap di wajah Safyna pula.

"Kau suka sangat menyundal kan." Bunyi tali pinggang dibuka membuatkan mata Safyna terbuntang luas. Azab tali pinggang menanti.

"Biar aku rasa kau sikit!"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now