Laventarine - 45

119 21 2
                                    

Mendengarkan hal itu, terus kepala Hannah berpusing ke arah Safyna. Dia meluru terus pada sahabatnya lalu pegang lengan Safyna erat.

"Ibu tak halau dia ke?"

"Macam mana ibu nak halau kalau dia tu cepat naik tangan?! Kamu kenal dia kan? Tak kan kamu tak tahu dia tu macam mana orangnya, pakai akal tu Hannah!" Marah Datin Helena. Sewaktu masuk tadi, dia juga sedikit terkejut dengan keadaan dua orang anak dara itu tetapi terus ditepis ke tepi.

Kening Hannah makin berkerut, dia geleng kepala lalu pandang Safyna. Kelihatan gadis itu turut berkerut wajahnya.

"Fyn, aku-"

"Tak apa, aku dah agak dia akan datang. Jom" ujar Safyna perlahan, sejurus itu Hannah ditarik mengikut langkahnya.

Ketika kaki menuruni 5 anak tangga terakhir, dua kepala itu dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri tegak di atas lantai bawah. Naik anak mata, pandangan lelaki itu tajam merenung mereka berdua, disertai bersama buku lima yang sedang digenggam kuat. Lidah Safyna mula bermain di dinding mulut.

"Kau nak apa datang sini?" Hannah bertanya. Muka berang ditayangkan.

Lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Zail itu mengukir sebaris senyuman. Khas untuk soalan Hannah.

"Apa lagi? Ambik hak aku balik lah."

"Hak kepala bapak kau lah!" Hannah jeling matanya.

"Dia anak aku, jadi dia hak aku. Benda ni pun kau tak tahu ke, huh?" Sebelah kening dinaikkan sedikit.

"She might be your daughter but you're not her father. She's someone else's daughter. Kau tak layak dapat title bapak, jantan kerepot!" Hannah tusuk pandangan mata Pak Zail dengan anak matanya. Naik darah dia setiap kali hadap orang tua ni!

Pak Zail kerut dahi, bibirnya dimuncungkan sebelum sebuah ketawa kecil dilepaskan.

"Aku salurkan dia dalam rahim perempuan yang dah mati tu, kau kalau bodoh Sains tak payahlah nak showoff sangat budak. Terencat akal ke apa?"

"Kau jangan sesuka hati cakap anak aku macam tu!" Marah Datin Helena yang sedang menuruni anak tangga. Ketap rahang kuat akibat marah yang membuak.

Pak Zail naik kepala memandang Datin Helena, matanya dikecilkan. Dengan selamba dia senyum lalu jongket kedua belah bahu.

"Ehem, niat aku datang sini bukannya nak gaduh dengan anak kesayangan kau tu, tapi aku cuma nak ambil balik hak milik aku yang dah salah masuk rumah. Bagi anak aku and we're done." Ujar Pak Zail. Matanya berpindah ke arah Safyna yang berada di sisi Hannah.

"Huh, tak payah berangan lah" kata Hannah perlahan. Tetapi telinga lintah Pak Zail dapat kecapinya, langkah kaki dianjakkan setapak ke hadapan.

"Tak payah berangan? Alright.. aku datang sini minta elok-elok tapi sayangnya kena layan macam sampah je. Orang minta elok-elok tak boleh bagi elok-elok ke? Kalau kau cakap macam tu.." mata kerling Hansa yang berada beberapa tapak jauh daripadanya.

Pak Zail toleh semula kepala, sambil ditenungnya tiga makhluk Allah tersebut, dia perlahan-lahan berjalan merapati Hansa.

"Hoi! Kau buat apa! Kau jangan sentuh Hansa!" Lantang suara Datin Helena menghalang. Cepat-cepat dia menuruni anak tangga untuk menyelamatkan anak bongsunya.

Hannah dan Safyna juga turut mengikuti langkah si ibu, mereka berhenti sebaik sahaja kaki memijak lantai marmar ruang tamu tersebut.

"Hoi jantan! Jangan sentuh anak aku!" Tetapi semuanya sudah terlambat, Pak Zail kini melingkari batang leher Hansa dengan sebelah tangannya. Sebelah tangan lagi genggam bahu gadis itu, terbuntang mata Datin Helena melihatnya.

Gelabah terus sifat keibuannya, nak saja dia tengking tapi satu patah perkataan pun tak dapat dikeluarkan. Tiba-tiba mata disapa oleh sesuatu, terus mentol akal berkelip-kelip. Demi anak yang disayangi, terus Datin Helena meluru untuk mencapai benda tersebut, batang penyapu.

"Kau.. jantan.. kau jauhkan diri dari anak aku!" Arah Datin Helena keras, batang penyapu itu dihalakan tepat.

Pak Zail hanya senyum melihat wanita di hadapannya.

"Kalau aku tak nak?"

"Kalau kau tak nak.. aku rodok kau dengan batang penyapu ni! Aku sula tengah kau sampai mati pucuk!" Batang penyapu diangkat tinggi-tinggi, dia meluru terus ke arah Pak Zail.

Tetapi tindakan Datin Helena tidak menyentuh sedikit pun perasaan dia, Hansa makin dirapatkan ke dalam dirinya. Mencabar sifat sayang seorang ibu.

"Jawapan aku.. tak nak."

"Bagi anak aku dulu, atau aku ambik anak kau" sebuah ugutan dicetuskan. Dengan bibir yang tersenyum bersama muka tiada perasaan ditayangkan.

Datin Helena ketap bibir. Ini bukan setakat mati pucuk aku bagi, mati jumpa Tuhan terus aku bagi karang!

"Think about it. Lagipun anak kau boleh tahan.. what is this little cute girl name? Hansa? Cantiknya nama awak. Macam orangnya" ujar Pak Zail sambil tangannya dikejapkan pada tubuh Hansa. Dia angkat kepala setelah itu.

Datin Helena telan liur, berani betul kau sentuh anak aku?! Kaki menapak ke hadapan, kali ini dia betul-betul rasa nak bagi hadiah istimewa.

"Kau!" Tangan dinaikkan tinggi-tinggi, sedia mahu mendarat pada kulit seseorang.

"Makcik!" Suara itu membuatkan Datin Helena sempat brek tangan kanannya. Dia menoleh ke belakang, Safyna.

"Makcik, tak apa makcik. Biar saya uruskan. Ini hal saya dengan ay- Pak Zail. Mak cik tampar dia, lempang naik kaki sekalipun tak akan ubah apa-apa pun. Percayalah" Safyna cuba meyakinkan wanita yang merangkap ibu kepada sahabat baiknya. Hakikat yang sebenar.

Safyna pandang Pak Zail, iris mata lelaki itu dipandang tepat.

"Pak Zail, lepaskan Hansa. Dia tak bersalah. Jangan libatkan orang lain dalam urusan sendiri. Sekarang ni, Fyn dah berdiri betul-betul depan Pak Zail. Jom balik, nak hentak nak lanyak nak panggang Fyn ke, buat dekat rumah. Lepaskan Hansa. Itu je, lagipun itu yang Pak Zail nak, bukan? Dah, ini bukan tempat kita nak gaduh buat drama sekupang" lelaki itu dipandang atas bawah sekaligus.

Tidak terbias sedikit ketakutan dalam diri Safyna, selamba bercakap seolah-olah dia tidak akan menerima azab jadian. Bagaimana gadis itu sudah bersedia untuk menerima segala hadiah yang diberi.

Pak Zail longgarkan pegangannya, Hansa ditolak sedikit ke hadapan. Dia mendekati Safyna lalu batang leher gadis itu dicekup daripada belakang. Pegang seperti mahu cekik.

"Bagus. Macam ni yang aku nak" sepatah dua kata diberi sebelum lelaki itu berjalan keluar bersama hak miliknya di sisi. Hannah yang melihat dua beranak tersebut hanya mampu ketap rahang kuat. Lahar api membuak-buak di dalam diri.

"Bagus, berambus kau betina tak guna. Enjoy your day"

Ujar satu suara dalam nada berbisik, senyuman perlahan-lahan diukir sambil melihat kelibat manusia itu hilang daripada pandangan.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now