Laventarine - 65

89 14 1
                                    

"We really need to discuss. Apatah lagi dengan keadaan kau sekarang ni. Don't you want to say anything?" Pisau berlapik dengan sehelai kain dipegang.

Safyna dongak kembali memandang barang yang berada di dalam telapak tangan Hannah, entah mengapa berat sungguh mata ini mahu bertahan menala.

"Aku tak tahu, Hannah. Aku bangun je dari.. pengsan maybe? Ye, aku bangun dari pengsan je terus tengok semua dah jadi kucar-kacir. Darah atas lantai, kerusi tunggang terbalik, pinggan mangkuk macam kena layang. Aku tak faham. Sumpah aku tak faham. Aku tak ingat langsung. Aku tak ingat apa-apa, penat aku fikir pasal ni.." riak muka berubah bagai mahu menangis.

Makin dia cuba mahu ingat, makin tiada sebarang gambaran mahupun samaran yang keluar. Kedua belah lutut naik ke dada, tangan memegang kakinya. Pelik, sungguh pelik.

"Betul ni kau tak ingat apa-apa?" Safyna angguk.

"Walaupun sedikit?" Angguk juga.

"Entah lah, memori aku ni macam sampai takat ada budak nama Airil ni panggil aku lepas itu.." Kepala teleng sedikit ke tepi. "Sampai itu sajalah."

Hannah yang khusyuk mahu dengar akan sambungan cerita terus tarik bibir apabila jawapan yang dia dapat tidak mencapai tahap jangkaannya. Sampai ke depan leher dipanjangkan tapi 'itu jelah' dia dapat.

"Faham." Angguk kepala. Kemudian dia baru tersedar sesuatu. "Tapi siapa Airil?"

Sebuah decitan meletus. Sedari tadi kuku tidak berhenti menguis-nguis benda yang dapat disentuh. Mahu cerita tentang dunia duka bahagian baru, rasa berpasir lidah. Dengan kudrat dan nafas yang dikumpul, Safyna buka mulut.

Belum sempat nak buka mukadimah, sepantas pelesit Hannah seret diri mengambil tempat di sebelah Safyna. Teragak-agak gadis itu mahu buka mulut pada mulanya tetapi dengan sokongan kawan yang disalurkan oleh Hannah, dia memberanikan diri.

Khusyuk Hannah mendengar, sekali-sekala tangan menggenggam erat apabila Safyna mencapai klimaks ceritanya. Panas saja telinga dan hati sepanjang mendengar isu peribadi tersebut, kum tang klang tung mencarik-carik cik hati. Kalau tak kenangkan heretan baran ke dalam dosa, mungkin sekarang juga dia angkat kaki pergi hunus tenaga pada manusia-manusia durjana tersebut.

Entah berapa banyak dosa kering dia buat. Argh, sakitnya hati. Zail Harun dan Arla Dania, padan sangatlah tu! Masing-masing bermasalah, masing-masing muka minta kena ganyang. Betullah apa orang kata, jodoh itu mencerminkan diri kita. Betulkan?

"Diorang dah nak kahwin dalam masa terdekat ni. Allah, bala... bala.." mengucap Safyna dibuatnya apabila otak boleh kenang tentang pasangan neraka sejoli itu.

"Sayang betul Allah dekat kau, Safyna." Meletus tawa kecil yang kedengaran hambar sebaik sahaja Hannah berkata sebegitu.

"Kalau lah benda tu betul.. haha. It's okay, patience is beautiful. Aku kan cantik" tayang muka meluat apabila ayat hujung itu keluar dari mulut sendiri.

"Betullah tu. Oh ya—" belum sempat mahu sambung ayat tiba-tiba pintu bilik dihempas kuat. Mengundang perhatian dua manusia tersebut untuk menoleh ke arah sana.

"Woi Hannah! Apa bingai sangat kau ni?!" Lantang Hansa bersuara bersama kaki yang menapak kasar ke arah si kakak.

Beku terus muka Hannah sebaik sahaja si adik yang dianggap sebagai tetamu tak diundang tiba-tiba menerpa masuk. Heret sekali perangai biadapnya, dia terus bangun dari tempat duduk.

"Kamu pahal main terjah je bilik orang?" Mendatar suara Hannah bertanya. Peti suara berubah setiap kali bercakap dengan Hansa.

Hansa memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Hannah, hujung jari kaki hampir bertemu. Dagu dongak tinggi, mahu lontar bebola api.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now