Side Chapter : The Truth (Long)

152 10 4
                                    

Things people has done:

- Pak Zail sumbat arak dalam mulut Safyna sebab dapat tahu Safyna beritahu Hannah tentang hubungan teruk mereka

- Pak Zail pukul Safyna semata-mata duit

- Ketika Safyna sakit, Pak Zail pernah memaksa dia agar teruskan kerja seperti biasa kalau tidak dia akan rendam Safyna dalam air panas

- Pak Zail hantar Safyna di sebuah lorong yang dipenuhi anjing dan pelacur agar Safyna teruk dikerjakan mereka

- Pak Zail berkali-kali menjadikan Safyna alat lepas nafsu supaya dapat duit. Safyna dipaksa dan akhirnya ia berlaku juga

- Setelah teruk dibentak oleh Pak Zail, alat yang digunakan Safyna untuk menutup segala lukanya ialah concealer dan bedak (itupun dipaksa)

- Pak Zail memaksa Safyna agar memakai pakaian terdedah jika tidak Safyna akan dipukul habis-habisan. Terutamanya ketika Safyna sengaja dibawa berjumpa dengan saudara mara

- Saudara mara mahupun jiran tetangga mencaci Safyna oleh kerana fitnah yang disebarkan

- Ketika Safyna di sekolah rendah, dia dibuli atas dasar gurauan 'pembunuh' dan dibenci oleh seorang guru perempuan. Ini kerana perwatakan dan kehodohan yang dilihat oleh mata orang lain terhadap Safyna

- Keluarga Mak Ngah dan Pak Lang bahagian Pak Zail menghina Safyna teruk sehingga Safyna menjadi kuli batak mereka

- Ketika Safyna mahu mengadu tentang kes bulinya kepada Pak Zail ketika dia masih kecil, Pak Zail hanya menolaknya kasar lalu ditampar muka Safyna. Dengan berkata "kau layak"

- Safyna pernah berada di dalam sebuah circle persahabatan, mereka yang asyik menyokong dan memberi semangat kepada Safyna setiap kali dia dibuli. Walhal, segala isu buruk tentang Safyna dibuat oleh mereka.

- Adik tiri Pak Zail dan kawan mereka merosakkan tombol kunci lalu menerobos masuk ketika Safyna mahu memakai baju. Dia kemudian dijadikan alat perlecehan sambil dirakam oleh Pak Zail daripada luar

- Safyna dipaksa untuk menyaksikan beberapa pembunuhan dan aktiviti 21+ oleh Pak Zail dan rakannya

- Kasut/barang Safyna akan digantung atau diletakkan di tempat tinggi selepas dia dikerjakan mengikut nafsu orang lain

- Handsock untuk menutup aurat? Stokin untuk menutup aurat? Itu ye, tetapi tujuan lain Safyna menggunakannya ialah kerana mahu menutup segala luka dan self harm

And more..


Hi, ini aku. Safyna Nadda. Ini cerita aslinya setelah kematian aku.

P

ernah terfikir alasan apa lagi yang cukup munasabah untuk ayah kandung aku sendiri hancurkan hidup aku? Selain daripada aku ni pembunuh mak aku dan dia memang nak buat, ada satu lagi cerita.

Safiyyah Mawaddah dan Zail Harun bercinta. Kisah cinta mereka boleh dikira terpaling anggun terpaling romantik. Setelah beberapa bulan dan hampir ke tahun, mereka berusaha untuk mendapatkan seorang anak. Dengan izin Allah, doa mereka dijawab.

Zail Harun, orang paling gembira tatkala dia mendapat tahu tentang kewujudan aku. Sujud berkali-kali, menangis gembira tak berhenti. Terharu sangat katanya.

Sehingga tiba saat aku lahir, di situlah dunia ini bertukar. Safiyyah, meninggal akibat tumpah darah. Zail semestinya tidak dapat terima, tetapi itu bukan permulaan wujudnya tompok kebencian dia terhadap aku.

Sampai satu masa, dia dapat tahu tentang sesuatu. Sesuatu yang sangat perit sehingga tidak boleh terima. Nak tahu apa?

Aku bukan anak dia. Darah dia tak mengalir dalam darah aku. Dna dia tak sama dengan dna aku. Dia siasat kenapa. Akhirnya, misteri terbongkar.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now