Laventarine - 59

92 19 3
                                    

Enjin kereta yang kedengaran memasuki perkarangan rumah hanya diendahkan. Batang penyapu disandarkan ke dinding sebelum kaki menapak ke arah pintu dengan kelajuan line minta kena maki. Menyambut tuan rumah yang baru sahaja balik daripada meluangkan masa dengan bakal keluarganya.

Daun pintu diselak seluas alam, kepulangan yang tersangatlah dialu-alukan. Safyna mengecilkan diri di balik dinding sambil mata memerhati tingkah laku orang luar. Suara kebahagiaan melintas pendengaran, menunjukkan betapa seronoknya mereka bersama. Iris mata dihidangkan dengan keseronokan tawa sebuah keluarga.

"Jom ayah angkat!" Suara lelaki yang cukup dikenali. Badannya disuakan separuh ke dalam kereta.

"Abang nak! Abang nak!"

"Alah.. adik pun nak!"

"Jangan gaduh jangan gaduh.. Ayah angkat dua-dua sekali, eh?" Sejurus itu, bunyi sorakan bergema di dalam kereta. Pak Zail lantas menghulurkan belakang badannya kepada Airil lalu digendong. Yasmin pula didukung daripada hadapan, senyum sampai ke telinga mereka berdua. Ketiga-tiga wajah tersebut bagaikan dihiasi dengan cahaya Nur yang menjaminkan kebahagiaan, gelak ketawa tidak lekang dari bibir masing-masing.

Tanpa sedar, keharmonian mereka sedang disaksikan oleh sepasang mata. Pandangan kosong menjadi penyaksi tetapi dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu betapa dukanya si dia. Bila saja dia boleh diperlakukan sebegitu?

"Hah kau buat apa tercegat dekat sini?! Pergi angkat barang lah!" Jerkah satu suara yang mengejutkan lamunan Safyna. Kepalanya terus menoleh ke muka sang empunya suara, Pak Zail.

"Err.. maaf, Pak Zail. Maaf!" Badan ditundukkan separuh. Lantas dengan itu, Safyna terus menapak ke luar lalu menuju ke bonet kereta.

Tangan membuka bonet ke atas, sebaik sahaja mata melihat kuantiti barang yang dibeli terus istighfar cik hati. Banyak gila. Bukan tak biasa dia urus kerja angkat barang tapi memandangkan sebelum ini orang tua itu hanya berseorangan, jadi kalau beli apa-apapun tak sampai 5 ke atas. Tapi kali ini, rasanya kena pinjam kereta sorong jiran sebelah.

Safyna geleng kepala. Nak tak nak, larat tak larat, kau buat saja lah kalau tak mahu kena hidang hadiah orang. Dengan kudrat yang ada, kedua-dua belah tangan mula melangsungkan kerja. Sebelah tangan sahaja sudah pikul 3 beg plastik besar. Langkah kaki cuba distabilkan agar tidak berlaku sebarang kemalangan di tengah jalan.

Di kala diri sedang memikul beban, tiba-tiba tubuhnya dirempuh oleh seseorang. Nasib baik barang menjadi penghalang, kalau tidak mahu bercium dia dengan permukaan simen keras. Safyna hela nafas berat. Hai lah, makhluk asing mana yang main ragbi dekat rumah orang ni?

"Ups, sorry bik. I tak sengaja langgar you, maklumlah kaki I sakit sebab jalan-jalan makan angin bersama buah hati tadi" suara nyamuk melintas gegendang telinga, Arla.

Safyna toleh kepala perlahan-lahan sambil diiringi bersama panahan tajam mata. Dia menusuk wajah wanita di hadapannya, tak sengaja konon. Nyampah! Ayat pun dua kali lima, naik geleman teman dengornya! Genggaman pada plastik dikejapkan. Tak mahu buang masa kerja, Safyna lantas menghayunkan langkah semula.

"Eh lupa nak pesan." Arla memusingkan tubuhnya. "Alang-alang kau dah ada dekat sini, aku just nak place an order. Lepas ni tolong sediakan air dalam besen, campur ais batu sekali. Urut kaki I tau. Sakit sangat lah.. Kalau I suruh husbaby I yang buat, lain jadinya nanti ahahhaha. Lagipun, itu kan tugas you, okay bik?" Jari telunjuk menggulung-gulung hujung rambut, senyum manis bak bunga taik ayam diukir.

Mendengarkan titip pesan Arla, sekali lagi Safyna mendengus perlahan. Bebola mata diputarkan ke atas. Barang yang dijunjung pun masih belum sampai ke tempatnya, dia pula sesuka hati mahu letak barang baru. Tak kenangkan situasi ada juga plastik beg ni melayang dekat muka orang. Berat ni kira berat dosa hangpa gamaknya.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now