Laventarine - 66

79 15 1
                                    

Hiba. Lali. Penat. Semua bercampur aduk dalam satu masa. Kain jaket dicengkam erat apabila angin menyentuh kulit. Suhu luar yang agak sejuk membuatkan dirinya berasa selamat. Kepala sedari tadi asyik menunduk ke bawah, galak menyembunyikan esakan kecil dan titisan air yang berjuraian di pipi.

Adakah patut dia dibenci oleh semua orang? Di mana letaknya silap yang tidak boleh dimaafkan itu? Kenapa malang sangat nasib hidup ini? Salahkah dia mahu menikmati hidup dengan aman tanpa ada duka yang setia menjadi peneman? Andai dia berkata tidak pada takdir yang telah Allah tentukan sebelum lahir lagi..

"Terima kasih, Hannah. Terima kasih untuk semuanya. Aku hargai apa yang kau buat, tapi jangan pentingkan aku sangat sampai lupa keluarga sendiri. Nikmati kebahagiaan yang kau ada sebelum terlambat, Hannah. Aku minta maaf. Untuk semua masalah kau dengan hal peribadi kau. Aku minta maaf."

"Makcik harap sangat kamu jauh lah dari anak makcik. Dari keluarga makcik. Kami dah tak nak kena tempias atas sebab masalah kamu. Pergi settlekan dulu sebelum nak berkawan. Tambah mangsa keadaan je karang." - Datin Helena

"Sebab kau, aku dengan kakak aku bergaduh! Semuanya sebab kau, perempuan! Memang bala musibat jiwa pembunuh kebahagiaan ngan hidup orang je lah!" - Hansa

Kata-kata yang perlahan-lahan menyerap dalam diri sebaik sahaja dia membuat keputusan mahu angkat kaki dari situ. Apa yang dilontarkan kedengaran tersangatlah ikhlas. Hannah sudah beberapa kali cuba menghalang dan memujuknya tetapi dia sedia tidak menerima. Penatlah jadi pembawa bala ni.

Luka dan segala pecah darah yang berada pada tubuh kian tidak terasa. Tangan kanan menyeluk kocek jaket, memegang pisau yang sehingga kini menjadi tanda tanya. Dia genggam, darah yang melekit mengenai kulit tapak. Penat sudah mahu perah otak, sehingga kini dia tidak dapat mengingati apa-apapun.

Safyna melabuhkan punggung pada kerusi batu yang berdekatan dengan longkang. Dia menangisi takdir hidup di situ. Kepala jaket ditarik ke hadapan lagi, kuku pula tidak berhenti menguis-nguis. Ya Allah kenapa lemah sangat aku ni?

"Ya Allah, kenapa semua benda jadi makin susah? Perancangan apa yang kau ada? Kenapa aku diuji macam ni? Penat lah. Ya Allah, adakah kau di sana? Kau dengar tak suara aku, Ya Allah? Kau dengar tak segala tangis dan luahan hamba-Mu ini Ya Allah? Kenapa aku yang kena uji macam ni? Aku penat sangat-sangat. Aku nak bahagia juga, Ya Allah" esakan demi esakan dihambur keluar. Air mata dilap dengan menggunakan belakang tapak tangan.

Kenapa dia juga yang selalu menjadi mangsa? Bukan nak persoalkan takdir Allah tapi, jiwa dia terseksa ya amat. Hidup itu senang, tapi nak teruskan hidup bukan suatu perkara yang senang.

Anak mata jatuh pada pemandangan alam yang sedang bergerak sepoi-sepoi bahasa, angin dan cuaca agak baik pada petang ini. Sekejap lagi senja ambil urus, dia pula tiada hala tuju dimana mahu berteduh. Balik rumah? Bagi setan sajalah yang huni.

Kepala dongak melihat langit bertona biru dan putih yang agak kegelapan. Dengan mata sembap akibat juraian air mata, dalam hati dia berdoa sesuatu pada Allah.

"Ya Allah, jangan jadikan Fyn seorang pembunuh, Fyn mohon."

Hari paling dibenci, hari persekolahan. Jejak saja kawasan sekolah tersebut, dia sudah dapat bau musibat yang akan datang. Mata jeling sebuah kereta Range Rover berwarna hitam yang cantik tersidai di dalam kotak parkir. Tajam dia menjeling kereta itu, jangan tanya kenapa aku benci kau, kereta. Tanya kepala batas kesayangan kau tu!

Sudah tentu apa yang dimaksudkan adalah Si Pedo Hayyan itu sudah tiba di sekolah. Rasa mahu jerit, rimas. Patut ke dia rosakkan wayar kereta tu? Mana tahu boleh kemalangan sebab break tak berfungsi? Geleng kepala.

Kaki memijak satu persatu anak tangga yang membawanya ke kelas 3RK1 di tingkat 3. Tak sabar rasanya nak pindah kelas, pindah bangunan, pindah blok bila naik menengah atas nanti. Tak perlu nak hadap kawasan yang sempit dan sesak. Cakap pasal menengah atas, dia tidak tahu sama ada mahu ambil aliran apa nanti. Sains Tulen mungkin, ah malas fikir.

Pintu utama kelas yang terbuka luas dijejaki masuk. Beberapa tempat duduk telahpun dipenuhi oleh tuan empunya. Safyna meluru ke arah meja di bahagian belakang lalu beg sandang hitam diletakkan ke atas sebuah kerusi plastik. Air Milo kotak yang disimpan dalam poket beg diambil, langsung straw putih dicucuk ke dalam lubang kotak.

Straw disuakan ke mulut lalu sedut dengan penuh nikmat. Mata asyik memerhati tingkah laku dan karenah rakan-rakan sekelasnya. Tiba-tiba mata terkunci pada susuk tubuh lelaki dan perempuan yang sedang bertepuk tampar. Galak betul ketawa, duduk rapat-rapat lagi.

Hariz dan Farhana. Mata disepetkan, lama dia melana pada pasangan kekasih tersebut. Bau-bau negatif lah.

"Assalamualaikum" sapa satu suara garau. Dia menapak masuk ke dalam kelas tanpa ada sesiapa duga. Tergopoh-gapah masing-masing pergi ke tempat duduk semula.

Sekali lagi Safyna mendengus. Jadah, bangsat yang buatkan harinya mogok, Cikgu Hayyan. Redup dan tajam dia memerhati makhluk testosteron itu dari belakang, lidah bermain di dinding mulut. Menyampah, semaklah kau! Nak saja dia jerit.

"Saya akan ganti Cikgu Zaleha sebab dia ada mesyuarat jap. Ok semua, nak saya ajar atau nak buat kerja sendiri?" Ujar Cikgu Hayyan bersama senyuman manis di bibir. Lengan baju kemeja hitamnya disentengkan hingga ke paras siku.

Hiruk-pikuk terus kelas dengan sorakan dari murid-murid. Siapa saja mahu buat kerja yang diberi oleh guru ganti? Mesti semuanya mahu lakukan kerja sendiri. Safyna hanya menyedut straw Milo tersebut, perhatiannya tidak ditumpukan pada hal di hadapan. Entah apa mamat tu membebel, malas nak kesah.

"Hariz, Farhana, awak berdua dating ke? Wah pandai eh kamu berduarghhh!" Jeritan garau Cikgu Hayyan meraih perhatian satu kelas tersebut. Dia segera bangun dari kerusi guru lalu lantas badan dipusingkan ke belakang.

"Apa benda ni?!" Bergetar anak matanya melihat cecair lekit yang berada di atas kerusi guru itu. Terus tangan meraba-raba bahagian punggung.

Terasa seperti ada sesuatu, dia menarik tangannya kembali. Terbuntang anak mata apabila mendapati telapak tangan diselaputi dengan cecair yang melekit serta dipenuhi biji selasih.

"Apa benda ni?!"

Kedengaran beberapa bunyi suara ketawa melintas cuping telinga. Safyna yang menjadi saksi hanya tersenyum sinis, redup matanya tidak lepas memandang reaksi lelaki itu. Kulit buku nota dibuka, punat pen hitam ditekan.

"Pat pat pat, siapa suruh minta, kan dah mendapat" air milo ditelan nikmat.

Iris hitam jeling ke arah Ridzwan, pandangannya dibalas balik dan dalam diam mereka berdua mengukir senyuman. Safyna menahan bibir daripada letuskan ketawa.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now