Laventarine - 46

123 20 1
                                    

Daun pintu ditolak keras sehingga menghasilkan bunyi yang kuat apabila berlaga dengan dinding rumah. Pak Zail berjalan masuk sambil mencekup leher Safyna lalu terus menghempaskan gadis itu ke dinding.

Mujur sempat dia menghalang mukanya menggunakan tangan daripada bercium dengan benda keras tersebut. Safyna jatuh terjelepuk ke atas lantai. Tubuhnya dihampiri oleh Pak Zail yang sedang menyenteng lengan baju kemeja hitamnya, lelaki itu merenung dia bagai mahu hiris.

Lantas lehernya dicekik menggunakan sebelah tangan, Pak Zail menarik Safyna ke atas agar bangun. Belakang badan ditekap rapat ke dinding.

"Kau ni memang tak serik-serik! Memang sengaja nak naikkan baran aku!" Ujar Pak Zail sambil menekan leher Safyna dengan lebih dalam. Gadis itu terkapai-kapai mendapatkan oksigen, kedua belah tangan naik untuk menghalang perbuatan lelaki dayus itu.

"Kau nak lari ke mana? Lari lepastu pergi mengadu dekat orang lain? Pergi buka mulut cerita pasal aku dekat kawan kau? Hah?! Kau buat?!" Soal Pak Zail keras, wajahnya dirapatkan ke wajah Safyna. Mahukan jawapan.

Safyna telan liur, kepalanya cuba digelengkan.

"Kau tahu kan apa jadi kalau kau tipu aku? Baik kau jujur!" Desa Pak Zail lagi. Dia tidak percaya dengan jawapan yang diberikan.

Safyna geleng kepala. Dia mencengkam tangan Pak Zail yang sedang kuat mencekik batang lehernya. Sakit, tak cukup oksigen.

"Kau.." sebuah penampar dilayangkan kuat ke wajah Safyna.

Terteleng kepalanya ke tepi, tak sempat mahu toleh sudah diberi berduyun-duyun pukulan. Safyna mengangkat tangannya untuk menghalang pukulan yang dilampiaskan, makin diberi makin padu lelaki itu layangkan.

Selepas penampar terakhir diberi, tubuhnya dicampak ke atas lantai. Nak bangun semula tetapi kudrat sudah lemah. Apabila badan dibangkitkan sedikit, terasa belakangnya dipijak oleh kaki seseorang. Terus Safyna rebah kembali.

"Susah sangat ke kau nak tutup mulut?! Dah pandai menipu, curi keluar, mengata pasal aku sekarang! Kau ni memang nak kena ajar lebih!" Buk! Kaki kiri menendang badan Safyna seperti bola sepak.

Pak Zail mengalihkan badan Safyna menggunakan kaki untuk menghadap dirinya. Sejurus itu sebuah tendangan padu hinggap di wajah gadis itu.

"Kau berfoya dekat luar sana lepas bukak mulut bodoh kau tu pasal aku. Apa kau nak semua orang pandang aku buruk? Lelaki zalim? Tak pandai jaga anak? Psiko? Itu yang kau nak?! Kan?!" Tangan Safyna pula dipijak dan dihanyak.

Dia mahu menjerit akibat kesakitan yang melanda tetapi kotak suara bagai tidak berfungsi. Mata dipejam erat.

"Perempuan macam kau ni.. layak mati!" Muka Safyna ditendang lagi. "Menyusahkan!" Buk! Lagi dan lagi.

"Kau tertekan sangat ke hidup dengan aku?" Pak Zail memberhentikan perbuatannya. Dia perlahan-lahan duduk mencangkung di sebelah Safyna, rahang gadis itu dipegang.

Tiada jawapan. Terlalu sakit untuk berkata-kata.

Pak Zail geleng kepala lalu ketawa kecil. Selang beberapa detik kemudian, sebuah penumbuk dilayangkan tepat ke wajah Safyna. Rambut midnight itu dicekup lalu dengan sekuat hati Pak Zail menumbuk kepalanya. Safyna dibangunkan secara paksa, dirinya dibawa ke meja kayu lalu dihempas kuat.

"Kau nak cakap yang aku ni buat bukan-bukan dekat kau?! Dera kau? Maki hamun kau? Kau nak cakap semua benda dekat orang luar?! Kau tak payah tunjuk berani sangat!" Dihempuknya kepala Safyna daripada belakang.

Mata tercari-cari sesuatu benda untuk dijadikan sebagai barang pukulan. Pandangannya tertancap pada pasu bunga yang berada di atas laci kecil di tepi kerusi, Pak Zail terus mengambil dan disebatkan pada belakang badan Safyna.

"Lepastu kau kata kau depress sebab aku, anxiety sebab aku, main toreh tangan terjun bangunan apa kejadah semua pasal aku.." Pak Zail mencekup leher Safyna kuat. Bibirnya dirapatkan ke telinga gadis itu lalu berbisik.

"Kau stress, kau depress, kau nak mati.. sebab aku?" Ketawa hambar. "Dengar sini, kalau kau nak mati.. mati jelah. Aku tak akan ambil tahu kalau kau nak toreh tangan, kelar leher, terjun bangunan ke apa sebab aku lagi rela kau mati! Kau hidup ni pun untuk jadi barang permainan aku! Aku bosan, aku ada kau. Kan sayang?" Kucupan diberi pada pipi Safyna sekaligus.

Safyna ketap rahang. Jijik dengan sentuhan fizikal itu. Air matanya cuba dikawal biarpun sudah menitis beberapa kali akibat kesakitan fizikal yang dialami. Anak mata hanya memandang ke bawah, pandangan redup. Dia sudah tawar hati dengan semua ni.

"Dah tu? Apakata kau bunuh je aku" Ujar Safyna. Pak Zail yang mendengar terus ketawa bebas.

"Wow dah reti main aku kau dengan aku sekarang, haha. Hm.. bunuh kau? Aih.. kesian lah aku. Siapa nak jadi Barbie doll aku nanti? Hannah?" Bersama kening yang dijongket, selamba dia sahaja menyeru nama Hannah. Safyna cuba mengawal dirinya apabila nama itu muncul daripada mulut si zalim. Orang tak bersalah kau babitkan.

"Ye, aku stress. Sebab kau. Aku nak bagitahu orang ramai betapa bagusnya layanan kau. Biar diorang tahu semua pasal kau, biar terpampang muka pantat kuali kau dekat surat khabar, buletin. Kau kan nak jadi bintang terkenal.. ideal father of the year. Bukan?" Sebaris senyuman diukir, rambut yang menutupi matanya ditiup perlahan.

Kelihatan Pak Zail telan liur. Tahu Safyna cuba untuk memprovokasi dirinya. Genggaman pada pasu dieratkan.

"Aku dah bagitahu banyak kali, tak payah acah berani. Kau jangan saja cabar aku. Usaha kau sia-sia je nanti, tak ada orang yang akan percaya kau. Ingat sikit, kau bala je sebab tu tak bahagia. Orang macam kau.. tak layak bahagia!" Cengkaman di leher dikejapkan.

Safyna panggung kepala, dia mengambil nafas terlebih dahulu.

"Kalau aku tak bahagia, aku akan pastikan kau pun sama. Our differences are gender and age only. Aku nak kau dapat balasan sepuluh kali ganda lebih daripada apa yang kau buat, jantan dayus" terkesan dengan kata-kata itu Pak Zail langsung menghentak Safyna ke meja semula.

"Mengarut! Kau tu perempuan, budak, lemah! Mana kau tahu nak balas balik? Balas dendam? Kau tahu cakap je! Sama dengan betina yang dah mampus tu! Tahu cakap je, menyusahkan!"

"Safiyyah Mawaddah! Betina kau, kan?! Uuuiishhh, masa perempuan kau hidup kemain lagi novel cinta korang tapi senyap-senyap main paku kat belakang. Ibu, ayah buaya platinum bu! Ibu! Ayah jahat! Ayah curang! Ibu!" Terjerit-jerit Safyna memanggil si arwah. Pak Zail terkaku melihatnya, tetapi hanya seketika sebelum dia meluru ke dapur.

Tangan mengambil pisau yang berada di tepi sinki lalu dia menapak ke arah Safyna. Kelihatan gadis itu masih menyeru ibu yang sudah pergi meninggalkan dunia.

"Macam mana budak ni tahu.." bisik hati Pak Zail. Dia terus berlalu ke arah Safyna lalu belakang badan gadis itu ditendang.

"Gila! Kau gila!" Dia melangkah ke hadapan untuk menghadap Safyna. Tangannya menarik tangan Safyna lalu pisau yang diambil diletakkan pada tapak tangan Safyna.

"Kau bunuh diri kau sekarang! Kau bunuh! Kau mati! Aku nak tengok kau bunuh diri! Kau tak layak hidup, kau gila, kau bunuh diri sekarang!" Desak Pak Zail. Suruh anaknya sendiri supaya membunuh diri.

Safyna merenung pisau di tangan, lama dia menala pada benda itu.

"Aku cakap apa? Kau tak dengar ke? Bunuh diri lah!"

Orang tua itu terus menerus membising. Rimas, bising. Safyna tidak berfikir apa-apa lagi, dia terus menyelak lengan baju kanan lalu pisau itu menoreh kulit lengannya. Darah perlahan-lahan mengalir keluar, setitis demi setitis ia jatuh.

Lengan baju kiri diselak, perkara yang sama dilakukan. Bukan satu torehan dibuat, malah dua. Pak Zail mula perlahan-lahan menapak ke belakang, apa yang dilihat cukup gila padanya biarpun itu adalah diatas kehendak sendiri.

Safyna angkat kepala, pandang Pak Zail. Tiada senyuman yang pada wajahnya, hanya pandangan redup. Dia menyeluk kocek seluar, mengeluarkan beberapa keping gambar yang disimpan. Gambar-gambar itu diletakkan pada lantai lalu tanpa basa-basi dia terus menetak dua keping gambar bertindih daripada keseluruhan menggunakan pisau yang berlumuran darah.

Safyna angkat tangan kemudian, dia perlahan-lahan bangun menapak ke belakang. Pak Zail pula cuba menjenguk gambar-gambar tersebut dan matanya terbuntang luas. Itu adalah gambar dia dan gambar Safiyyah Mawaddah.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now