Laventarine - 77

64 15 0
                                    

Hujung mata kerling jam di tangan. Jarum menunjukkan pukul 10:41 minit malam, Safyna dongak kepala kembali. Matanya menikmati pemandangan tasik yang tenang. Dia sudah memaklumkan pada Hannah yang dia mahu pergi mengambil angin, semestinya budak itu beri izin saja. Cuma sempat kirim nasihat supaya sentiasa hati-hati dan jangan balik lambat.

SLE Palace berada tidak jauh dengan tempat indah ini. Jalan kaki pun boleh sampai punya. Kalau jauh pun, apa dia kesah. Selama dia bernafas dekat muka bumi ni, kaki yang telah dianugerahkan Allah memang dia gunakan sebaik-baiknya. SMK SF yang berbatu jauh dari rumah pun dia boleh sampai. Tak pernah komplain langsung.

Oh, cakap pasal Hannah, Safyna tunduk melihat pakaiannya yang sekarang, juga termasuk sebuah jam berwarna hitam emas di pergelangan tangan kanan. Ini semua pemberian Hannah, saja nak beritahu. Terima kasih sangat-sangat pada budak tu. Tak sangka Hannah beri hadiah seperti ini pada dia.

Jejak saja kaki pada lantai bilik khas mereka, terus Hannah sambut dia dengan pelbagai kotak dan beg berjenama. Tak percaya gila. Itu belum lagi bila satu persatu isinya dibuka, habis mulut pergi hujah seribu satu ceramah. Daniel Wellington Watch, tengok jenama pun dah tahu mahal.

Ini bukan apa yang dia mahukan, tak pernah sekali pun dia mengharapkan untuk tumpang payung emas orang. Dia kawan sebab ikhlas, bukan nak kabur mata dengan harta orang lain. Tumpang senang nampak, eh kau.

Mata merenung pada air pancut yang berdiri megah di tengah-tengah kolam. Teringin nak buat close-up, mana tau ada lagi amalan baling duit syiling untuk hajat masing-masing.

Seketika kemudian, baru saja hidung mahu ambil nafas baru tiba-tiba terasa ada tangan yang menutup mulutnya. Dapat dirasakan badan sekilas melayang ke belakang dan pandangan terus bertukar gelap serta-merta.

———

Hening panas yang menyentuh kulit membuatkan kelopak mata Safyna perlahan-lahan terbuka. Gelap. Masa itu jugalah sakit di kepala menusuk-nusuk bagaikan jarum. Mata yang dikaburi dengan kegelapan membuatkan Safyna berasa takut. Kepalanya toleh kanan kiri depan belakang seperti orang tak tentu arah.

Safyna duduk berlutut, dia menyandarkan diri pada dinding empat segi. Gelap, dia tak dapat lihat apa-apa. Tubuh dikecilkan, bercampur aduk perasaan dan fikiran sekarang ini.

Dia kena culik ke? Ada orang nak bunuh dia? Jual organ? Oh tolong, tak mahu..

Tiba-tiba tangan menangkap bunyi derapan kasut. Tak tahu sama ada sedang menuju ke arahnya atau benda lain. Apa yang dia tahu, dekat sahaja. Di balik kegelapan, dapat jugalah mata melihat figura itu sedang hayun kaki. Persis seorang lelaki.

"Dah sedar?" Suara itu berbunyi, garau. Sah lelaki!

"K-kau nak apa dari aku hah?!" Safyna lantang suara bertanya.

"Aku tak cakap dengan kau pun budak" sinis dia berkata-kata. Berkerut dahi Safyna mendengar jawapannya. Kalau dapat tengok muka ni, gerenti mamat tu tengah senyum sinis.

Kalau bukan cakap dengan dia, habis mamat ni tanya khabar dekat siapa? Dinding?

Tup! Bunyi suis lampu dibuka. Kelopak mata terus terpejam rapat bersama tangan kanan yang serentak naik paras dahi, menghalang silau cahaya di hadapannya. Syurga terus dia beri ya. Perlahan-lahan mata dibuka kembali, dari celah jemarinya Safyna dapat lihat sebuah figura lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri.

Tangan diturunkan, mata cuba menyesuaikan diri dengan cahaya tersebut. Setelah beberapa detik, iris mata Safyna melihat kembali figura serba hitam itu. Dari bawah sampai atas hanya hitam sahaja, wajahnya tersembunyi di balik topi dan pelitup muka hitam.

Alih mata, di sisi lelaki itu terdapat seorang lagi lelaki yang diikat kaki dan tangannya. Duduk di atas kerusi kayu bersama kepala yang ditutup dengan plastik hitam. Rasa nak tutup sahaja mata sebab lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek bertona putih, cecah tengah peha. Peha, bukan lutut!

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now