Laventarine - 67

96 12 1
                                    

Usai sahaja sesi persekolahan tamat, Safyna dengan gembiranya menghayunkan kaki menuju ke pagar besi sekolah. Handsock hitam yang baru sahaja dibeli dari koperasi dimasukkan ke dalam poket baju. Sedang nikmat berjalan, tiba-tiba lengannya direntap oleh seseorang. Terjerit kecil Safyna akan hal tersebut.

Tak sempat kepala mahu toleh ke belakang, dengan kasarnya dia dihempas masuk ke dalam perut kereta seseorang. Bunyi pintu ditutup kuat kedengaran di cuping telinga sebelum sebelah lagi daun pintu dibuka. Segera dia mengubah posisi, Safyna berpaling ke tepi dan rahang hampir jatuh cecah tanah.

"Cikgu?!" Sebelah kening diangkat apabila tahu diri diseru. Tanpa mengendahkan reaksi penumpang di sebelah, enjin kereta lantas dihidupkan.

"Apa cikgu buat ni?!" Lantang suara Safyna menyoal. Jongket bahu sahaja respon dia bagi. Menyirap darah Safyna melihatnya.

Lantas badan dipusingkan menghadap pintu, dengan sekuat hati Safyna menarik handle pintu tersebut bersama harapan untuk meloloskan diri. Tetapi usahanya tidak berjaya dan kini dia tahu bahawa lelaki itu sudahpun mengunci ia. Kepala berpaling ke arah si pemandu dengan perasaan yang marah.

Tatapan tajam disambut oleh ekspresi selamba. Sebuah senyuman sinis terukir di bibir Cikgu Hayyan, tangannya elok tersadai di bingkai tingkap sambil kepala ditongkat. Mereka saling menatap wajah satu sama lain untuk beberapa minit sebelum Safyna memisahkannya. Belakang badan disandarkan pada kerusi empuk tersebut. Tangan menyilang ke dada, berkerut dahi gadis itu.

"Aik, dah putus asa? Tak nak cuba lagi? Tadi kemain kuat awak tarik" sinis dia hambur. Mata menjalar turun ke bahagian lengan yang terangkat sedikit, menampakkan handsock hitam kepunyaan Safyna. Tudung putih yang labuhnya hampir mencecah paras siku ditenung sebelum dia berpaling ke hadapan semula.

"Selalunya orang alim ni tak cepat putus asa. Tapi kenapa awak sebaliknya pula? Hah, kenapa? Yelah.. kan agama selalu cakap yang kita orang Islam tak boleh berputus asa, itu adalah salah satu dosa" selamba dia berkata-kata. Hela nafas, jeling. Dah mula main bab agama pula.

"Saya tengok awak ni macam pandai agama sangat je, habis kenapa buat benda yang terang-terang berdosa? Macam tunggang agama.. haha gurau gurau. Jangan terasa lah, sayang. Hahaha.. saya ni cuma nak buat topik untuk berborak dengan awak. Dah lama tak dengar suara awak, rindu. Lagipun.."

"Eishhh, kau diamlah! Tak payah nak buka topik nak sembang sakan dengan aku, aku tak hamak dengan bicara lara kau!" Akhirnya meletus lahar gunung berapi Safyna yang sudah lama dia tahan. Lenyap sudah panggilan cikgu-saya itu.

"Sekarang ni kau bagitahu aku, mana kau nak bawak aku? Kalau setakat nak bawa pergi 'date' murah kau tu eh lebih baik kau lepaskan aku sekarang!" Terbeliak mata Cikgu Hayyan untuk beberapa saat sebelum dia kembali meredupkan mata. Kening jongket sebelah lalu kedua belah tangan tepuk mengejek.

"Wow, garangnya.. Jangan marah-marah, sayang. Period ke? Hahahaha.. alo alo, saya suka tengok awak marah sebenarnya. Mengancam jiwa lelaki saya, rawr haha" jari-jemari tangan kiri berubah menjadi ala-ala sedang mencakar. "Saya tak nak bawa awak pergi mana-manapun, maybe sekadar untuk borak sakan."

"Borak sakan pala bapak kau lah! Aku lagi rela lepak dengan pelacur yang bersepah dekat lorong dari duduk lepak dengan syaitan macam kau!" Sembur Safyna pula. Rimas mencanak naik, tahan saja diri dari mahu jahit hidup-hidup mulut sempudal ni.

Ketawa sinis dihamburkan. Dia geleng kepala sebelum stereng hitam Range Rover dimainkan. Kereta tersebut perlahan-lahan bergerak dan berubah laju apabila pedal minyak ditekan.

"Whatever, Safyna. Apa yang saya nak, saya dapat."

"Apa yang kau nak?!" Potong Safyna sekilas.

Beberapa saat kaunter pertanyaan diendahkan tetapi dia hanya menunggu dan bersabar sebelum malapetaka yang sebenar terjadi. Baik kau jawab sekarang Hayyan, sebelum stereng kau aku yang kawal!

"Jumpa bakal madu awak."

Enjin dimatikan sebaik sahaja tiba di perkarangan rumahnya. Safyna yang berada di tempat duduk penumpang terus terjaga dari lenanya. Entah bagaimana dia boleh layan lena dalam waktu-waktu lahar api menggelegak.

Buka sahaja mata, pandangan disapa dengan pemandangan aneh. Dia berada di suatu tempat yang lain, dahi berkerut seribu. Otak menjadi tertanya-tanya. Tanpa banyak soal, tangan terus memegang handle pintu untuk ditarik namun ianya sudah dibuka terlebih dahulu.

"Keluarlah, kita dah sampai" ujarnya bersama sebuah senyuman. Safyna kerut dahi, tak payah nak acah Mat Romeo sangatlah kau! Aku tak kudung lagi.

Safyna terus berganjak keluar, sempat dia beri jelingan tajam lalu kaki dihentak kuat ke atas lantai. Melihatkan daun pintu besar yang sedia tertutup rapat itu, makin menjadi-jadi dahinya berkerut. Boleh cepat kedut dia macam ini.

Bunyi pintu ditutup semula. Kedengaran derapan kasut seseorang menuju ke arahnya, Safyna yang asyik meneliti sekeliling tidak sedar akan kehadiran jejaka tersebut.

"Welcome to my house, sayang. Saya rasa awak mesti dah segar dan bersemangat untuk masuk sini. Lena betul awak tidur tadi, macam puteri beradu saya perhati. Mujur iman saya masih kuat" tangan kanan memegang bahu Safyna lalu ditarik rapat ke arahnya. Senyum manis, tanda sayang.

Kata-kata jijik yang baru diludahkan itu sedikit sebanyak membuatkan perasaan benci Safyna makin mencanak naik. Dia menggeliat dalam dakapan tersebut dan ringan saja tangan menepis Cikgu Hayyan ke tepi. Tayang muka jijik.

"Tak payah sentuh-sentuh lah! Jijik sia.." Tempat yang menjadi sentuhan longkang Cikgu Hayyan ditepuk-tepuk.

Kalau dah namanya Hayyan Eskandar, apa saja dia faham, apa saja dia erti. Dengan selambanya dia memegang tangan Safyna semula. Mencengkam erat tapak tangan gadis itu lalu dibawa naik ke paras halkum.

"Mula-mula memang tak selesa. Takpe.. nanti lama-lama awak jadi terlebih selesa sampai nak lebih dari biasa. I will make it. Kita kena tahan dan sabar dulu" hujung bibir ditarik sinis.

"Hari ini saya akan bawa awak jumpa seseorang yang semestinya akan bahagia dengan hubungan kita. Tapi, tolong kunci mulut dan jaga perangai awak ye. Sebab nanti tak dapat awak rasa nikmat malam pertama kita. Okay, sayang?" Bibir tunduk mengucup tangan Safyna.

Tak sempat Safyna mahu beri apa-apa reaksi, bibir lelaki itu sudah jatuh mencium hujung hidung. Mahu jatuh bebola matanya. Bibir kemam tanda geram, Safyna segera menarik kasar tangannya lalu dilibas tepat pada pipi Cikgu Hayyan. Sedas lagi baik, teleng terus kepala member.

"Aku tak batak nak bersetubuh dengan lelaki tak gunalah! Jangan jadikan aku sebagai hamba dan alat seks kau!" Keras jari telunjuk menuding ke arah orang di hadapan. Perangai jadah itu membuatkan dia terbayang akan figura orang yang paling dibenci.

Cikgu Hayyan toleh kepala semula, tawa sinis meletus dari bibir. Pemegang beg sekolah dicekup lalu ditarik kasar ke arahnya sehingga membuatkan Safyna hampir terjatuh. Dagu runcing dilabuhkan pada bahu Safyna sambil berbisik sesuatu.

"Kau dengar sini perempuan, apa benda sekalipun yang aku nak buat, aku buat. Apa yang aku nak, aku mesti dapat. Tanpa ada sebarang halangan dan.. ye aku paling benci bila orang ingkar arahan aku. Orang halang apa yang aku nak. Jadi aku rasa kau patut turut apa yang aku pesan kalau tak nak nasib buruk timpa kau. I know you're such a nice babygirl, my Safyna Nadda" sebuah kucupan hinggap di pipi Safyna sebelum tubuh ditegakkan kembali.

Safyna terkedu. Hati bagaikan mahu pecah, jiwa bagai dicarik kasar, otak pula mahu meletop bagai bom Hiroshima dan Nagasaki. Di balik anak mata, ianya bergetar. Sesak nafas yang sudah lama dia tahan seperti tidak sabar mahu memunculkan diri.

"Come on, sayang. Jom masuk rumah, kat luar sini panas" dia melafazkan sesuatu sebelum terasa diri ditarik dari belakang.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now