Laventarine - 21

243 29 2
                                    

Selang beberapa jam selepas waktu sekolah, kini tiba masa semua orang dibenarkan untuk bertemu dengan rumah masing-masing. Berat kaki Safyna ketika berjalan menuju ke luar pintu pagar sekolah. Memikirkan beban yang masih menatang di bahu, mahu saja dia daftar wad mental.

"Saya akan buktikan" kata-kata yang galak bermain di kepalanya sejak berada di dalam bilik gerakan tadi. Mulut tahu bercakap sahaja, kan dah buntu otak sendiri. Oh Ya Allah rasa nak pasrah je!

Sedang Safyna mengelamun, tiba-tiba bahunya ditepuk daripada belakang. Segera dia menoleh, pandangan dihiasi dengan seraut wajah manis seorang perempuan. Siapa lagi kalau bukan Hannah Adira.

"Kenapa?" Soal Safyna.

"Ikut aku balik, Fyn" sekata persoalan dibalas.

Dahi Safyna berkerut. Perempuan ni dah kenapa.

"Kenapa pula?".

"Ikut jelah. Aku tak nak kau balik kat balung neraka tu lagi. Duduk dengan aku buat sementara waktu"ajak Hannah.

"Hah? Eh terima kasih jelah. Duduk dengan kau? Habis makan pakai aku semua tu macam mana?"

Hannah menghela nafas panjang sebelum kembali membuka mulut.

"Yang tu kau tak payah fikir. Aku tau nak buat macam mana. Makan pakai tidur semua biar aku settle down kan. Just stay with me for a while. Aku stress lah tengok kau asyik kena makan azab dengan orang tua tak guna tu. Makanan yang dia bagi pun aku tak nak kau ambil, semua duit dia hasil daripada entah mana, kita pun tak tau."

Tengkuk leher tak tahu nak geleng atau angguk. Setuju dalam diam. Pernah juga lah dia mempersoalkan kedatangan setiap wang tunai yang diperolehi oleh Pak Zail. Banyak lagi benda yang menarik perhatian sisi syak-wasangka Safyna.

"Tak susahkan kau dengan keluarga kau ke? Izin diorang..?" Ragu Safyna.

"Aku suggest, diorang setuju. Diorang tahu situasi kau macam mana. Bapak aku pun sipi-sipi nak terbalikkan meja makan waktu aku cerita benda alah ni."

Terus berpusing kepala Safyna, tepat menghadap muka Hannah. Nak berkecai kakinya apabila Hannah berkata sebegitu.

"Asal kau pergi cerita.. Ya Allah!" Protes Safyna.

"Benda patut cerita. At least kau ada lagi orang yang jadi tulang belakang kau. Walaupun tak ramai, janji kita tak bersalah."

Hidung hanya dapat mendengus kecil. Ada betul juga apa yang Hannah cakap tapi agak terkejut apabila isu ini sampai ke telinga keluarga orang lain.

"Tapi Hannah.. aku rasa macam awkward lah bila tiba-tiba je ada orang lain masuk tumpang sebab masalah dia sendiri. Kau tak rasa ke?" Ujar Safyna sambil melilit hujung tudung dengan jari-jemarinya.

"Habis tu kau nak duduk menghadap azab balung neraka setan jadian dekat rumah tu?" Serius Hannah bertanya.

Safyna terdiam seketika. Nak balik? Memang tak akan masuk dalam kamus hidupnya. Hadap Pak Zail? Setelah berbaldi-baldi trauma dan sakit dia terima, memang dia lagi sanggup tumpang reban ayam.

"Habis tu kalau Pak Zail cari aku?"

"Langkah kubur aku dulu."

Safyna tak boleh beritahu sama ada Hannah bersahaja sekarang ini atau tidak. Dari segi air mukanya, nampak seperti ye. Serius. Tiba-tiba perasaan bersalah dan berterima kasih datang bergelora, serentak. Hannah banyak berkorban dan berjasa pada dia, apa lah yang dia boleh balas agaknya.

"Kita settle kan isu ni sama-sama, aku tolong. Biar lah orang nak cakap apa, I never care what people say" boleh dikategorikan sebagai betul juga, Hannah memang jenis tak makan saman. Dibagi saman dibayar air liur.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now