Laventarine - 29

176 27 1
                                    

Bunyi pintu dibuka membuatkan kepala Riza berpaling ke arah ia. Matanya disapa dengan figura seorang perempuan yang sedang menutup daun pintu lalu menapak ke arah tempat duduk mereka.

"Better? Dah tak ada bahagian-bahagian terdedah dah?" Soal Riza separa mengusik, membuatkan mata Safyna terus mencerlung ke arahnya.

Kaki Safyna berhenti di sisi sebuah kerusi kayu besar yang terdapat di ruang tamu rumah itu.

"Aik, kenapa tercegat macam tiang tunggul tu? Duduk lah" pelawa Riza.

"Sini? Erm.. saya tak selesa lah duduk dengan orang tak kenal. Lagipun tak ke nampak biadap kalau saya terus duduk macam tu aje? Saya bukannya tuan rumah ni" ujar Safyna, canggung dengan keadaan sekarang. Dia mengusap-usap belakang lehernya sebagai tanda janggal.

Kata-kata Safyna mengundang letusan tawa kecil Riza. Sangat-sangat menggeletek hatinya.

"Haih.. okay.. okay. Awak dipersilakan duduk di hadapan saya ni, you're my customer jadi awak layak labuhkan diri atas kerusi tu" gaya pertuturan diubah menjadi lebih sopan, rasanya nanti dia kena cerita dari A hingga 100000000.

Safyna menuruti pelawaan yang diujarkan. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kayu tersebut, pandang polos ke arah Riza.

"Ehem. Okay, Safyna. I want to ask something even though I already know the answer but still.."

"Ta.. tanya apa?" Liur ditelan, melihatkan gaya orang di hadapannya ini mahu bertanya, nampak macam dia nak bagi soalan taraf Phd.

"Don't you remember me? I mean you really really don't? You don't recognise me at all?" Jari telunjuk daripada buku lima membuat pusingan bulatan di muka sendiri.

Safyna pula sudah terpinga-pinga. Soalan memang nampak mudah tapi entah kenapa lidahnya tiba-tiba lumpuh, tak mampu nak bergerak.

"Hey janganlah takut. Aku tanya je. Relax, aku tak soal kau pasal algebra" pujuk Riza, mahu mengurangkan kecanggungan di antara dia dan Safyna.

Safyna perlahan-lahan mendongakkan anak matanya, dia cuba menyelongkar memori di dalam minda. Itulah, terlalu banyak orang tua tu sumbat sampai secebis pun dia tak jumpa.

"Maaf, saya tak kenal dan saya tak ingat awak" jujur Safyna akhirnya.

"Okay, it's fine" angguk kepala. "You must don't know about this place either, do you? Want me to introduce it? And finally you can recognize the head of this place too, who knows I can ring a bell" hanya bersahaja setiap patah dan bait perkataan yang dikeluarkannya tetapi dipenuhi dengan sebuah janji disebalik ia.

Kepala mengangguk faham. Mata Safyna tidak boleh berhenti daripada melilau, dia kagum dengan tempat ini. Sejuk, sehingga jaket coklat yang menutupi tubuhnya ditarik erat lagi.

"Okay, sekarang ni.. oh! I would like to know about this place and ofcourse.. the owner too! Who knows my memories will turn back to me, like heyyo mom we're back! Hahaha" letusan ketawa janggalnya cuba dikawal, tetapi Safyna tetap tidak dapat menanganinya. Otak terkebil-kebil mahu susun ayat, apa ingat mamat tu je ke yang boleh speaking? Kita pun boleh lah!

Senyuman sinis terukir di bibir Riza. Sama ada kagum atau tahan lucu dengan permintaan Safyna, dia sendiri tidak tahu. Oh Riza, husnuzon. You will get it later.

Lelaki itu menarik nafas sebelum memulakan cerita. Becok mulutnya menceritakan tentang apa yang sudah berlaku di antara mereka berdua, tidak lupa juga dia mengenalkan Safyna tentang tempat ini. Di mana taman bunga Lavender terletak, di mana barisan pokok bunga Sakura berada, semuanya dia paparkan kepada Safyna.

"Macam mana sekarang? Ada nampak bayangan your babies waving at you?" Tanya Riza, dia memalingkan tubuhnya ke arah Safyna. Kini mereka berdua berada di sebuah tempat yang agak tinggi, kaki beralaskan kayu dan mata dihiasi dengan keindahan ciptaan Allah SWT.

"Entah" pendek Safyna membalas.

"Belum lah tu."

"Dia macam ni. Saya tak ingat, saya tak dapat cam, tapi saya rasa familiar dengan tempat ni" cebik bibir.

"Tak apalah, nanti lama-lama ingat lah tu. Jom masuk dalam, kita ada banyak benda nak kena bincang. Kau datang sini bersebab, bukan saja-saja nak suruh aku jadi tour guide kan?" Ujar Riza. Badan dipusingkan ke belakang lalu dia terus berjalan menuruni laluan bukit tersebut.

"Eh tunggu!"

Permukaan gelas diketuk-ketuk. Safyna masih menunggu kehadiran Riza yang sudah hilang entah ke mana selepas dia berlalu pergi ke dapur. Katanya nak sediakan santapan untuk mereka, mungkin dah jadi santapan tu kut. Lama betul hilangnya. Lenguh kaki mahu lurus ke bawah saja, dia menaikkan kaki menjadi posisi bersila.

"Maaf tunggu lama. Aku sediakan air herba sekali, tadi lama sebab nak pergi cari bahan-bahan dia" ujar Riza seraya meletakkan santapan mereka di atas meja tersebut. Dia mengambil tempat di hadapan Safyna.

"Jadi kau dah tahu kan tempat ni untuk apa? Selain berhajat, kau boleh buat tempat ni as your therapist place. Aku tahu kau dah lama pendam, sekarang ni aku bagi izin kau luah semuanya."

Safyna mengeluh, dia kurang percaya dengan sesi kaunseling sebegini. Lagipun memorinya bagaikan samar-samar sahaja. Gelas berisi koko panas itu dibawa ke bibir, lalu dihirup. Mahu menenangkan degupan kencang cik jantung.

Apabila air melintasi tekak, entah bagaimana Safyna boleh tersedak sehingga terbatuk-batuk. Riza yang melihat bergegas bangun daripada kerusi lalu menuju ke arah tempat duduknya. Tapak tangan lelaki itu menepuk-nepuk belakang badan Safyna.

"Kau berebut dengan siapa sampai tersedak ni?" Kening Riza berkerut memandang gadis di hadapannya.

Soalan dibiarkan tergantung, Safyna gelengkan kepala lalu menoleh semula ke depan. Setelah keadaan bertukar reda, mereka memulakan kembali sesi luahan hati yang tertunda sebentar tadi.

"Back to the point, you can start it" arah Riza, hirup air ke bibir bagaikan sedang menunggu tayangan filem bermula.

"Ehem.. Riza. Awak cakap tempat ni tempat yang boleh 'tunaikan hajat' kan? Tapi kalau saya tak nak hajat, boleh? Saya mungkin boleh cuba meluah tapi berhajat, semestinya tak lah. Saya kurang.. saya tak percaya yang seorang manusia boleh tunaikan hajat sesiapa pun. Tapi bila awak cakap buat tempat ni macam therapist place, itu saya setuju. Saya suka gila dengan taman bunga Lavender kat luar tu, bunga kegemaran saya tau" jujur Safyna bersama mata polosnya. Buat seolah-olah Riza tidak tahu tentang mereka berdua.

"Boleh, boleh. Kau bebas kat sini" kepala dianggukkan.

Mendengarkan persetujuan daripada tuan punya suara, Safyna menarik nafas dalam-dalam sebelum mahu membuka mulut.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Kde žijí příběhy. Začni objevovat