Laventarine - 27

188 23 4
                                    

"Terkedu? Bagus, dah sedar diri, kan? Tepi!" Pak Zail meneruskan langkahnya, tetapi Hannah tetap tidak bagi keizinan. Dia menghalang pergerakan lelaki itu sehingga..

PAK!

Tangan Pak Zail hinggap di pipi Hannah membuatkan gadis itu terduduk di atas lantai. Dia memegang pipi kanannya akibat sengal yang kian terasa.

"Aku dah cakap, jangan cabar aku! Hah terimalah padahnya, degil!" Tengking Pak Zail.

Namun Hannah bangkit semula, baginya setakat kena tampar ni bukan level dia. Bila dia cakap tak boleh, dia betul-betul maksudkannya! Serta-merta Hannah bangun lalu menapak ke arah Pak Zail, rasanya orang tua tu tak pernah lagi tengok dia bertukar jadi Mufasa.

Buku lima digenggam erat, kedua belah tangannya naik mencekup kain baju Pak Zail lalu ditarik ke belakang. Badan lelaki itu dirembat secara mengejut lalu tubuhnya terhempas kuat ke atas lantai. Hannah berjalan mendekati Pak Zail, belum sempat orang tua itu mahu membalas, Hannah terus melayangkan sebuah penumbuk ke muka musuhnya.

Giliran serangan untuk kali kedua mahu dilancarkan, Pak Zail segera menangkap tangan Hannah lalu dikilaskan. Dia menolak tubuh gadis itu ke tepi, sebelah tangannya sempat memegang lagi sebelah tangan Hannah yang bebas. Dengan jiwa berapi yang kian membara, Hannah ditarik semula untuk menghadap wajahnya lalu tamparan demi tamparan hinggap di muka gadis itu.

"PAKCIK! BERHENTI! PAKCIK! KAKAK!"
"PAK ZAIL- TOLONG BERHENTI PAK ZAIL! JANGAN CEDERAKAN HANNAH!"

Kedengaran suara Safyna dan Hansa merayu-rayu meminta agar perbuatan keji itu diberhentikan. Berkecai hati Safyna dan Hansa apabila mereka dipersembahkan dengan tontonan sebegitu rupa.

"Aku. Dah. Bagi. Amaran. Awal. Awal! Jangan. Cabar. Kesabaran. Aku!" Tangan Pak Zail kembali hinggap di muka dan kepala Hannah.

Dalam sela-sela dirinya dipukul, Hannah mengumpulkan kekuatan dalam diam lalu kedua-dua belah tangan naik menahan perbuatan orang gila itu. Masuk saja tangan keji itu ke dalam buku limanya, genggaman Hannah pada ia dieratkan lagi. Sumpah seranah melintasi pendengaran Hannah.

Kuku menguis kulit tangan Pak Zail, iris matanya yang ditutupi rambut hitam, berubah seperti helang mahu menyambar mangsa, tepat dan tajam memandang ke arah anak mata lelaki di hadapannya. Jari-jemari serta tangan yang telah ditangkap itu cuba digerakkan dan dipanjangkan, mahu mengambil kesempatan jika ada peluang.

Makin kuat mereka berbalah, makin kaki perlahan-lahan berjalan ke belakang dan akhirnya..

PAP!

Belakang badan Hannah berlaga dengan cermin sliding door rumah yang ditutupi kain langsir bertona hijau gelap. Pabila sedar tiada lagi ruang untuk bergerak, lantas kepala Hannah dihantukkan dengan dahi Pak Zail. Tidak cukup dengan itu, Hannah memotong erangan yang baru diletuskan dengan menyepak bahagian bawah musuhnya.

Setelah berjaya meloloskan diri daripada ikatan fizikal Pak Zail, dengan menggunakan kelakuan maksima, kaki segera berlari menuju ke arah Safyna dan Hansa yang sedang berpelukan. Dilihatnya Safyna sudah menitiskan air mata dan Hansa yang masih dalam keadaan terkejut.

"Korang okay kan? Safyna? Hansa?" Soal Hannah sambil tercungap-cungap.

Hamza memberi respon, dia menganggukkan kepala.

"Orang okay je, tak tahu lah kawan akak macam mana. Dari tadi badan dia tak berhenti menggigil" ujar Hansa bersama getaran yang terdapat pada matanya. Dia takut dan masih cuba mengawal nafas yang kian menghilang.

Hannah yang faham akan keadaan mereka berdua terus memeluk sahabat dan adik kesayangannya. Hansa, meskipun dia mempunyai perangai yang agak ganas dan kasar seperti Hannah, tetapi dia akan kalah apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Hati dan mentalnya tidak bersedia lagi.

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now