Laventarine - 3

377 45 0
                                    

Lemah gemalai kaki Safyna menapak masuk ke dalam kelas. Sampai saja di meja, serta merta dia melabuhkan punggung lalu lentok kepala atas permukaan meja tanpa menanggalkan beg hitamnya. Penat sangat-sangat. Rasa nak pengsan pun ada.

Tok! Tok!

Bunyi mejanya diketuk. Safyna yang baru nak layan tidur terus tak jadi mahu teruskan. Kelopak matanya naik perlahan-lahan. Pandangan mata menjamah figura dua orang remaja perempuan yang sedang terpacak di hadapan. Sorang tengah peluk tubuh, sorang lagi tengah cekak pinggang. Ni mesti..

"Weh, nak tengok homework kau" pinta salah seorang dari mereka sambil menghulur tangan, Rina.

Tanpa buka apa-apa mukadimah, selamba mak badak saja perempuan itu minta hasil kerjanya. Senyum ikhlas pun tak ada. Benda ni sudah menjadi rutin harian mereka setiap kali guru-guru beri kerja sekolah. Bila tak siap, semuanya nak rujuk pada dia sorang.

Safyna geleng kepala sebagai tanda dia tak mahu. Penat-penat dia siapkan semalam, jawapan pun entah betul ke tidak, datang sekolah pula kena hadap dua mangkuk ni.

"Alah bolehlah. Aku nak tengok je. Janganlah kedekut sangat, nanti cikgu marah aku pulak" adu Rina.

Safyna tutup matanya lalu geleng lagi. Tahu pun takut kena marah, dah tu kat rumah siapkan lah. Masa cuti buat apa je.

"Hoi, jangan kedekut sangat boleh tak? Mentang-mentang kau pandai halah. Kitorang nak, bagi jelah! Apa susah sangat kau ni?" Lantang suara sahabat baik di sebelahnya, Farhana.

Safyna buat pekak. Malas betul dia nak layan dua mangkuk aka Queen Of Gediks tu. Dua-dua perasan cantik, rasa lebih hebat, rasa tak sama macam perempuan lain, helok sangatlah kena swing dengan mangkuk.

"Dia buat tak tahu je? Eh hello, kau ni pekak ke apa? Kitorang nak homework kau, itu je! Kau bagi jelah!" Gesa Rina lalu tangannya menepuk kuat meja Safyna.

Bila lihat Safyna masih tak berganjak, makin meruap darah mereka berdua. Tunjal kepala Safyna dengan pensil sendiri. Berkali-kali dua manusia itu menengking dia tapi apakan daya, Safyna masih tak layan. Berlambak lagi orang dalam kelas ni, mintak dia juga buat apa.

"Dasar pembunuh labang! Farhana, you pergi selongkar beg dia. Keluarkan kerja-kerja dia. Eish panas betul hati I ni! Cair mekap tau!" Arah Rina sambil mengipas-ngipas mukanya dengan tangan sendiri.

Sejurus itu Farhana menuju ke arah beg hitam Safyna lalu dia mula menyelongkar bagaikan seekor anjing. Safyna tarik nafas dalam-dalam, dua mangkuk ni memanglah kan. Dia angkat kepala lalu pandang ke belakang, nak marah tapi tak bermaya.

"Eh mangkuk! Kau buat apa?!" Satu pekikan suara yang datang dari pintu masuk kelas membuatkan Safyna toleh ke arahnya.

Hannah. Garang muka gadis itu menapak ke arah mereka bertiga. Habis lah dua mangkuk tu kena seround dengan dia nanti.

Bila kaki mendekati tempat kejadian, pandangan Hannah tajam melihat Rina dan Farhana.

"Musibat apa pulak korang buat kali ni?" Bergilir-gilir Hannah pandang dua orang itu.

Rina mula naikkan mata ke atas sambil cebik bibir merahnya. Annoying dengan musuh sendiri. Dari masuk sekolah sampai ke hari ni diorang setia dengki satu sama lain. Entah berapa kali budak berdua ni kena panggil dengan cikgu sebab bergaduh.

Rina tapak ke hadapan lalu tangan kirinya menongkat pada meja Safyna.

"Aku mintak homework dia. Kenapa? Ada aku kacau kau?" Tanya Rina sambil angkat kedua belah keningnya.

"Haah ye, and Fyn pun tak nak bagi homework dia dekat korang berdua. Tulah, siapa suruh tak siapkan kerja sekolah. Biar padan muka kena marah dengan cikgu. Beban!" Balas Hannah sambil mata memandang Rina atas bawah atas bawah.

"Wah wah kau.. hey perempuan! Kau tak payah nak masuk campur hal kitorang lah. Yang kena minah ni bukan kau, so tak payah lah nak busy body sangat bruh!" Protes Rina. Nada suaranya tinggi seakan-akan kemarahannya memuncak pada Hannah.

Hannah tidak balas apa-apa, pandangan redupnya tak lepas melihat Rina. Beberapa saat kemudian, dia tergelak kecil.

"Oh so sorry Achatina fulica!" Hannah kepit suara sendiri seakan-akan mengejek kotak suara Rina. Kakinya mula menapak ke arah gadis itu dan..

Pap!

Sedas penampar Jepun khas dari Hannah Adira melayang tepat pada kepala Rina. Teleng terus kepala mangkuk tu. Saksi-saksi lain yang melihat juga terkedu. Kecuali Safyna. Sebagai kawan baik kepada Hannah, dia tahu apa yang budak tu akan lakukan. Physical friendly.

"Rina! Omaigaddd!" Suara jeritan dari Farhana. Segera dia menuju ke arah Rina yang ala-ala mahu menitiskan air mata.

Safyna dan Hannah pandang sesama sendiri. Bibir Hannah naik sinis. Tanda kepuasan dia. Pagi-pagi lagi dah kena masuk gelanggang. Huh!

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now