Laventarine - 56

104 20 1
                                    

Kelopak mata dipejam seerat-eratnya. Peluh yang menghiasi satu badan akibat suhu panas bilik hanya diendahkan. Rasa sebak dalam jiwa masih tidak mahu pergi. Sudah jam berapa selepas dia dapat bertemu dengan ibundanya. Biarlah bengkak sampai berdarah mata ni, dia hanya mahukan insan yang digelar sebagai ibu.

"Ya Allah.. tolonglah aku Ya Allah. Aku tak boleh nak tempuh dah" adu Safyna sambil mengesat air mata.

Bekas jerut yang ditinggalkan pada leher dipegang. Terasa sedikit pedih akibat kesan gores yang dalam sehingga berdarah. Keadaan dia sekarang ini, tidak dapat digambarkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dalamnya duka yang ditanggung. Kata-kata sang ibu bermain-main di dalam kepala.

Safyna tunggu ibu pulang, walau tak akan pernah datang.

Beberapa jam yang lalu..

Kedua belah tangan cuba menolak kuat tali hitam yang sudahpun mengikat ketat batang leher. Tangan kirinya terkial-kial memegang ikatan tali tersebut, dia cuba untuk membuka ikatan simpul itu kembali. Meskipun jari-jemari mula terasa pedih tetapi tetap Safyna mencuba sedaya upaya untuk merenggangkan tali itu daripada lehernya.

Tidak dinafikan bahawa lehernya sekarang bagaikan mahu terkehel dan putus sekaligus. Menggigil-gigil jari yang mahu membuka ikatan akibat terlampau ketat. Jika dia mati di tali gantung pada hari ini, hati hanya mampu menerima. Mati bunuh diri.

Teruntuk ibu, maafkan Safyna.

"Ibu—" tersekat anak kotak suaranya.

Beberapa detik kemudian, dengan izin Allah dan semangat yang dikumpulkan, tali kasar itu ditarik perlahan-lahan lalu bergesel dengan kulit leher. Pedih menyeringai diri. Kesakitan dan keperitan memenuhi saat seorang Safyna Nadda di kala juangnya.

Apabila simpulan terakhir dilunaskan, badan Safyna lantas jatuh terhempas ke atas lantai. Helaian rambut dibiarkan menutupi hampir separuh wajah. Dia hanya membiarkan sekujur tubuhnya berada di dalam posisi sebegitu, tidak mampu untuk bangun. Permukaan lantai dibasahi dengan air mata.

Sudah takdirnya hanya air mata yang sudi menjadi peneman hidup.

......

Juga sehingga kini, minda dan fikiran tiada isi kandungan. Kosong. Air mukanya pula, mungkin kalau orang lain lihat terus kena label mayat hidup. Gerenti pucat nak mati. Tapi itulah keadaan dia yang sekarang, tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Satu badan ini sudah lesu dan lali. Kepala memberat sejak daripada tadi, kesan akibat terlalu kerap paip bocor.

Nafas berat dihela perlahan. Dia mahu buat apa sekarang ni? Sendu sampai esok fajar ke? Sedang kepala ligat memproses sesuatu yang agak tidak kena, Safyna tiba-tiba tersedar. Teringat akan hal sekolah, dengan sekali imbas mentol lampunya berkelip.

"Saya akan buktikan." "Cikgu Hayyan Eskandar."

Safyna berdecit. Dia hampir lupa tentang keamanan dan keadilan yang sepatutnya berpihak pada insan bergelar mangsa. Kes yang akan dicatat dalam sejarah sekolah. Kebenaran di sebalik syaitan yang ditutupi topeng malaikat.

Sekali lagi otak terasa mahu daftar wad ICU. Mahu jawab cantuman puzzle dalam keadaan sebegini, bukan setakat kering kontang idea akalnya malah kemarau pun boleh dikira juga. Bagaimana dia mahu menyelesaikan semua rasa perit ini? Taraf dia, hanya seorang pelajar kelas bawah. Dipandang serong oleh mata-mata lain. Malah, lebih teruk.

Dia tidak boleh berfikir langsung, jiwa haus akan bantuan seseorang meskipun penat. Mungkin, Hannah boleh bantu kerana sahabat dia yang seorang itu ialah satu-satunya harapan buat masa sekarang. Tapi tak ke macam menyusahkan orang saja? Ulang-alik balik-balik pergi menempel dekat Si Hannah Adira tu. Apa kau ingat dia babu kau?

Kepala menggeleng perlahan. Wah lah, mahu mogok terus murung dia sebab benda ni je nanti. Tidak apalah Safyna, dengar cakap ibu. Rehat.

Bahagia? Wujudnya ia apabila detik ketenangan pemikiran berlangsung. Mungkin.

"Weh kau ni okay tak, Fyn? Macam orang sakit berkurun je aku tengok" punggung dilabuhkan sambil mulut tak berhenti menanya khabar.

Safyna angguk kepala. Lupa mahu calit sedikit alat solek tadi, kan dah dedah air mukanya yang tak seberapa itu. Dia berpaling menghadap Hannah di sisi.

"Aku nak minta bantuan kau ni. Itupun kalau kau sudi. Tapi aku janji, ni kali terakhir aku minta tolong dari kau. Sikit je kali ini" tangan kanan mengangkat sumpah. Bagai nekad.

Terkebil-kebil Hannah melihat, bibir dicebik sedikit.

"Amende lah kau ni. Eh pertama sekali, aku tak kesah lah kalau kau nak minta tolong dekat aku setinggi selebar gunung Everest sekalipun. Banyak mana sekalipun. Aku tak kesah. Aku sudi je. Apa kau fikir kau ni membebankan aku? Ergh, please.." Ujar Hannah. Ini sudah kali keberapa dia ulang skrip yang sama?

Safyna mengeluh.

"Bukan apa, kau dah banyak risiko kan diri kau semata-mata untuk hal personal aku je."

"Then?"

"Jadi, aku cam.. kesian juga lah dekat kau" ikhlas dari hati, jiwa, perasaan dan emosi ye wahai kawan. Mungkin dari luar nampak baik tapi dalamnya kita tak tahu, bukan? Ya Allah.

"Aku hempuk kang budak ni! Eii! Dah-dah, apa yang kau nak aku tolong?" Hannah memutuskan sesi emosi yang berlangsung sebentar tadi. Tidak mahu melengahkan masa, terus sahaja dia tanya.

"Ermm, aku nak minta idea dari kau. Pasal kes aku dengan.." sahaja Safyna membiarkan ayatnya tergantung. Kepala disengetkan untuk memberi maksud tersiratnya. Hannah bagaikan dapat tangkap lantas mengangguk perlahan.

"Oh! Oh okay! Haih.." sebuah keluhan dilepaskan. Mungkin otak perempuan itu diserang virus Haydache secara mengejut.

Tidak mahu Hannah seorang sahaja yang sakit kepala memikir, Safyna turut serta dalam proses pemikirannya. Masing-masing sibuk memerah otak, asah bagi tajam.

"Hah, aku tahu!" Hannah petik jari. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan sebuah buku nota yang sudah tersemat sebatang pen di kulit buku. Kedua-dua alat diletakkan ke atas kerusi batu yang diduduki.

"Aku tahu akal aku tak sebijak dan agak haram tapi ini sekadar rancangan jelah. Ikut kau nak ikut ke tak nak" pesan Hannah siap-siap. Safyna mengangguk kepala, badan dibongkokkan untuk melihat dengan lebih dekat dan terperinci.

"Macam ni, kalau jantan murahan tu nak bawa kau ke mana-mana.. pastikan kau heret sekali telefon. Rakam perbualan korang. Rancang perjumpaan kau berdua di mana dan dekat mana, kalau tempat yang ada CCTV lagi bagus. Dekat sekolah pun termasuk juga. Kita simpan sebagai bukti. Nanti aku komplot dengan bodyguard kesayangan aku untuk escort. Kita jadi juru gambar tak bertauliah. Amacam?" Dua belah kening dijongket ke atas bersama senyuman sinis di bibir.

Bibir Safyna muncung mendengarnya. Seriuslah? Agak berisiko ye di situ.

"Termasuk waktu sekolah?" Mahu pengesahan.

"Ye."

"Oh.." teragak-agak dia cuba menerima rancangan tersebut. Bagus tapi tidakkah agak berbahaya? Nak bantah pun tak boleh, dibuatnya kalau perempuan tu tanya kalau dia ada rancangan tambahan, haru nak jawab. Sebab otak sudah kosong. Tambah pakej pening lagi. Sesiapa ada rancangan?

"Maksudnya, kau nak kitorang berdua buat-buat macam couple yang sebenar. Tapi mamat tu tak sedarlah yang aku ni hanya nak gula-gula kan dia je.. okay faham."

"Kind of. Kalau boleh, nanti bila kita dah dapat pecahkan tembelang telur dia, memang punah habis-habisan hidup mamat keparat tu. Dah main kayu tiga belakang isteri, lepastu jadi pedofilia, apa yang dia nak? Jahannam premium with VVIP card? The greatest treatment ever?"

𝐋𝐀𝐕𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐈𝐍𝐄 [𝐂]Where stories live. Discover now